Wednesday, May 27, 2009

BAITUL MUSLIM





kenapa dengan BAITUL MUSLIM?
nak berkongsi sikit:

Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”
(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)

topik ini di tulis bukan sebab saya yang nak melangkah ke arah itu, tapi kekanda saya yang tercinta. bakal di ijab kabulkan dalam jangka masa lagi 2 minggu. terasa terlalu cepat untuk abang memegang gelaran seorang suami itu. mungkin dah jodoh abang yang tertulis di loh mahfuz ditakdirkan awal. doakan yang terbaik buat dia.

berbalik pada BAITUL MUSLIM. apa maksudnya.

Baitul muslim bermaksud rumah tangga muslim. Ianya dibina daripada dua individu muslim yang FAHAM islam untuk melahirkan anak-anak yang juge FAHAM islam. Tarbiyah di dalam Baitul muslim sangat penting kerana di situlah sekolah pertama anak-anak islam ini. Maka, tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anak) ini di rumah merupakan antara crucial stage dalam rangka membentuk keFAHAMAN anak-anak ini. Daripada anak-anak ini, maka akan terhasillah pula masyarakat yang FAHAM islam. dan akan sama-sama memberi keFAHAMan tentang islam pula kepada orang lain. Seterusnya, daripada masyarakat yang FAHAM tentang islam ini, akan terbinalah pula negara yang FAHAM tentang syariat islam yang sebenarnya. Ianya tidaka akan hanya terhenti disitu, bahkan akan terus berkembang keseluruhpelosok dunia membentuk empayar islam sehinggalah islam itu menjadi ustaziatul alam atau pemegang kepada tamadun dunia.
(http://nurjihadah.wordpress.com/2009/05/15/baitul-muslim/)

harapan saya:
smg baitul-muslim yang terbina bakal melahirkan generasi mukmin yang soleh dan solehah. kuatkan semangat dan yakin selagi kita berpegang pada Allah swt, Allah akan sentiasa membantu kita.

Selamat Pengantin Baru..kullu am wa antum bikhair..

0 comments: