Tuesday, June 9, 2009

CATATANKU Sekitar Majlis

Alhamdulillah, kami sekeluarga dah selamat sampai di Pulau Pinang. Penat dan letih. Ye la, dah 5 hari kami bermusafir. Bertolak dari hari Khamis dan sampai balik Isnin malam. Jauh sungguh Johor tu ye. Dah lenguh-lenguh dok dalam kereta tu.Perjalanan yang banyak dugaan juga.

Sungguhla, kita ni manusia biasa. Kita mampu merancang, dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Macam perjalanan kami ni la. Siapa sangka kereta yang kami naiki ni rosak di tengah jalan. Terpaksa pula abah tukar alat ganti. Perjalanan tertangguh selama 1 jam juga. Sebab kereta agak meragam, kami sampai di KL dah agak malam. Patutnya kami perlu singgah di Kajang, tapi tak jumpa jalan. Allah uji lagi. Kami sesat, entah lebuhraya mana kami dah masuk pun tak tau. Gelap malam dan keadaan kereta yang ala-ala tu menyebabkan kami meneruskan perjalanan terus ke Negeri Sembilan. Memang dari awal dah di rancang untuk tidur di rumah saudara di N9 tu.

Rancangan awal kami akan bertolak ke Johor awal pagi Jumaat. Tapi, apa yang di rancang, Allah tak izin. Kereta perlu di hantar ke "hospital". Lewat petang baru siap. Lebih kurang pukul 8 mlm baru kami bertolak ke Johor.Alhamdulillah, perjalan lancar sahaja. Dah tak ada masalah. Sampai di Johor lebih kurang pukul 12.30 mlm. Alhamdulillah, kami rombongan pengantin selamat sampai. Kalau difikir-fikir balik, rasa macam buang masa saja dok tunggu kereta siap. Banyak lagi persiapan yang perlu di buat, yang tak selesai. Mama, abah dan abang risau sangat. Macam-macam la perasaan tu. Tapi tu la kan, mungkin ada hikmah di sebalik ujian yang di beri.

Besoknya, kami hanya dok kat rumah yang disediakan sahaja. Pagi tu gak kami perlu siapkan barang-barang hantaran. Petangnya, kami di jemput oleh mak pengantin perempuan untuk makan tengahari. Alhamdulillah, rezeki tu. Ehm....sesuatu terjadi di luar dugaan. Amu (pak cik k.nur) dengan selambanya panggil tok kadi yang akan akad nikah abang malam nanti. Dia nak selesaikan dokumen tuk malam ni. Kiranya, dia buat sesi tandatangan saksi, wali, etc. Masa tu juga di buat sesi penyerahan wali kepada kadi tuk di nikahkan. Patutnya perlu formal la.Huhuhu....selamba sungguh Amu K.Nur ni. Dah la masa tu abang & k.Nur pakai sempoi ja. Akak kata, tudung yang dia pakai tu pun tak iron. Amu k.nur ni memang la, sepontan je. Hehehe....yang tak tahan tu, masa tu gak abang kena baca taklik. Kiranya malam nanti tinggal akad nikah je la. Tak dak sesi tandatangan dah. Dan, secara teknikal nya, pernikahan tu dah sah. Cuma belum akad la.Tapi kan, kalau nak dikira, petang tu dah boleh akad, sebab semua dah ada kan. Hehehe....

Akad nikah di adakan di surau sekolah Amu k.nur. Meriah juga, ramai yang datang. Penuh surau tu dengan saudara mara dari Johor dan juga Singapore. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz je, dah sah la abang menjadi suami k.nur. TAHNIAH, SELAMAT PENGANTIN BARU. Lepas akad nikah tu, tok kadi baca zikir munajat, sama-sama di ikuti oleh semua tetamu. Moga pernikahan ni di berkati Allah. Kemudian, diadakan pula tazkirah ringkas. Subhanallah, pernikahan yang mengikut islam. Mana ada sekarang orang buat lepas akad nikah dibaca zikir munajat dan tazkirah ringkas. Lepas tu, acara makan-makan la. Alhamdulillah, semua dah selesai.

Besoknya, hari Ahad, diadakan majlis kenduri. Meriah sungguh majlisnya. Ramai yang datang. Makanan pun best. Tapi yang menarik tentang majlis tu, setiap tetamu di beri telur pindang dan juga nasi barakat. Nasi barakat tu, nasi kenduri yang dibungkus untuk di bawa pulang oleh tetamu. macam bagi cendera hati la. Kalau kenduri di Penang, kita akan dapat beg yang ada kuih dan telur. Kiranya macam tu la. Ehm....dah jarang orang bagi nasi barakat ni. Kalau kat Penang ni, tak penah jumpa lagi la. Telur pindang pun best. 1st time makan ni. Sedap gak. Sebelum ni, dok tengok dalam tv ja, Alahamdulillah, akhirnya dapat juga makan. Yang tau, memang ambil masa yang lama tuk buat telur pindang ni.

Lepas zuhur, kami bertolak pulang la. Tinggal la abang kat sana. Hehehehe...ye la, pas kenduri ni, dia nak pi berjalan-jalan di rumah saudara di Singapore pula. Dia habiskan cuti sekolah kat sana. Kami tak terus balik Penang, kami singgah tidur di Kajang. Pagi besoknya, kami pi Nilai , shoping sikit-sikit. Huhuhu....

Dah banyak bercerita ni, bolehla tengok gambar pula. Gambar-gambar yang di ambil oleh jurukamera berkaliber ni.

No comments: