Thursday, June 11, 2009

Sebuah Permegian.......

Assalamualaikum, sekadar berkongsi:

Awal pagi tadi, saya dapat SMS dari seorang sahabat

"Akak, saja nak kongc cerita. Kwn sy yg kt Mesir tu, kwn dia Xcident. Teruk, akak. Akak doakan dorang selamat ye"

Dalam hati saya berdoa semoga Allah pelihara mereka.

Pada tengah hari tadi, saya berkesampatan YM dengan sahabat saya tu. Katanya, salah sorang dari mangsa kemalangan tu meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dan yang meninggal tu budak Penang. Saya cuba tanya lebih lanjut tentang allahyarham, tapi sahabat saya ni tak tahu sangat. Saya ni sangat la curious nak tahu. Ye la, mana tau kot-kot kenal, budak sekolah lama dulu ke.

Petang tadi saya cuba-cuba surf dan cari maklumat tentang kemalangan tu. 5 pelajar yang terlibat. Mereka dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Kereta yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas dan terlanggar pembahagi jalan dan terbalik ketika cuba memotong sebuah lori.
Pelajar-pelajar yang terlibat:

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin - Tahun 2 - dalam keadaan stabil.

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan - Tahun 3 - masih kurang stabil.

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir - Tahun 3 - masih kurang stabil.

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran - Tahun 3 - dalam keadaan stabil.

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli - Tahun 3 - telah kembali ke Rahmat-ALLAH.


Semasa saya mencari maklumat ini, saya terjumpa blog allahyarham Ammar. Subhanallah, ramai sahabat-sahabatnya yang meninggalkan komen. Walau tidak mengenali arwah, saya dapat rasakan dia seorang yang baik dan disayangi oleh semua orang. Antara komen yang terkesan di hati saya ialah:

salam. rakan-rakan bloggers
gunakanlah website yang
penuh ilmu ini sebaiknya.
semoga allahyarham Ammar
mendapat pahala ilmu yang
diajarkan kepada org dan
diamalkan.


Benar sekali. Hanya amal baik dan ilmu kita yang mampu menolong kita di sana kelak. Entah la, walau saya tak kenal pun arwah ni, tapi saya agak terkesan dengan pemergianya. Sebabnya, mungkin dia pergi pada usia yang muda, ketika menuntut ilmu di bumi ambiyak, dan mungkin dia harapan semua org. Sungguhla, Allah lebih sayangkan arwah. He Know the best, right?

Sebenarnya, banyak lagi komen-komen yang di tulis. Pabila membacanya, membuat hati saya berasa sedih dan hiba. Insaf dan merenung diri. Kematian akan berlaku pada setiap makhluk, cuma awal atau lambat sahaja. Yang pasti detik itu akan tiba. BERSEDIAKAH AKU?

Maklumat yang saya baca, jenazah beliau akan tiba di Malaysia hari ahad ni. Umminya juga menyuruh, sesiapa sahabat-sahabat yang berada di kawasan sekitar supaya menghadiri majlis pengebumian tersebut. Moga Allah mencucuri roh beliau dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Dr Muhammad Ammar Zulkifli. Dan sama-sama kita doakan kesejahteraan pelajar-pelajar yang masih tidak stabil itu.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat nanti segala pahalamu akan disempurnakan. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan yang sebenarnya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan" ( Aali Imran: 185 )

sumber:
http://www.kalam-puncak.blogspot.com/
http://perubatan.org/

0 comments: