Saturday, July 11, 2009

Kisah mencari ilmu



Assalamualaikum,
hari ini, saya menemani mak cik saya ke Sek Men Keb Kepala Batas. Dia ada peperiksaan lisan Bahasa Melayu. Mak Cik saya ni ambil SPM, jadi kena la buat ujian lisan. Mak Cik saya dapat sidang 3 dan ujian tu mula pukul 10.30pg. Kami sampai pada waktu yang ditetapkan. Umur Mak Cik saya dah 30 lebih la, tapi dia masih bersemangat nak belajar lagi, nak ambil SPM.

Masa saya sampai tu, dah ada beberapa orang. Kebanyakan muda-muda lagi. Saya nampak ramai yang dari bangsa India dan Cina kat situ. Ok, masa untuk masuk peperiksaan. Saya ingat ujian tu tak lama. Rupanya, 1 jam 1/2 gak la. Mula-mula dorang kena tulis karangan, kemudian kena masuk satu bilik ni. Kat sini dorang kena soal jawab ngan panel pemeriksa la. Soalan yang di tnya adalah soalan asas. Dia nak tengok kita bercakap je. Kemudian kena wat forum lak dalam kumpulan.

Bila saya tengok dorang yang datang ambil peperiksaan ni, saya kagum la. Mereka masih bersemangat nak tuntut ilmu dan memajukan diri. Yang tua-tua pun ada. Seorang Indian man, agak tua la dia ni, rasanya dah 40 lebih la kot, uban pun dah ada. Saya terfikir gak, kenapa dia masih bersusah payah nak ambil SPM sedangkan dia dah agak berumur dan saya agak dia mungkin dah bekerja kot. Tapi tu la, kita belajar ni tak kira umur pun. Belajar dan terus belajar selagi masih boleh. Proses pemebelajaran ni dimana-mana je. Kita belajar formal dan juga secara tak formal.

Lepas habis ujian tu, kami jalan-jalan kat Kompleks Kailan, nak beli barang sikit. Dan saya terjumpa sorang kawan lama. Kami ni satu kelas dan satu sekolah dulu. Kita orang pun berbual la sikit & tanya perkembangan masing-masing. Tetiba ada kata-kata dia yang menyedarkan saya balik. Dia kata "ada orang berjalan, ada orang berlari, ada orang merangkak untuk belajar ni. Aku merangkak." Dia kata macam tu sebab merujuk pada diri dia. Dia lepas SPM dia ambil STPM, pastu masuk Politeknik ambil Diploma pula. Dia bandingkan diri dia dengan kawan-kawan kami yang lain yang kebanyakan dah nak habis belajar pun. Sedangkan dia ada lagi setahun untuk habiskan Diploma, dan kawan-kawan yang lain, dah dapt Ijazah pun.

Saya cakap kat dia, "Aku pun merangkak gak". Ya saya memang bermula dari bawah. Saya tak bernasib baik macam kawan-kawan yang lain yang terus masuk matrik, dapat IPTA lepas SPM. Saya terpaksa melalui fasa form6 sekejap, kemudian diploma kat kolej baru dapat masuk UNIVERSITI yang saya idam-idamkan ini. Saya ambil masa selama 3 thn untuk memasuki UNIVERSITI ni. Ini yang saya nak sangat-sangat dan saya impikan. Saya sedar, saya patut bersyukur sebab dapat peluang ni, sebab bukan semua orang bertuah. Dan sepanjang proses saya belajar ni, banyak yang saya dah buat, alami dan rasa. Dan saya sangat-sangat bersyukur untuk segala pengalaman yang bermakna ini.

Saya korek-korek tadi, jumpa la pasal kelebihan menuntu ilmu ni. Just wanna share:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Kelebihan Menuntut Ilmu
• Allah memudahkan jalan ke syurga
• Malaikat bersama mereka yang menuntut ilmu
• Semua makhluk memohon keampunan untuk mereka
• Bagaikan bulan menyinari alam

Kedudukan Orang Berilmu di Sisi Allah
• Ditingkatkan darjat di dunia dan akhirat
• Hamba yang takut kepada Allah
• Hatinya hidup dalam cahaya hikmah
• Pahala yang berterusan

Subhanallah, sebenarnya banyak lagi kelebihan orang yang berilmu ni.

Apa yang saya baca tentang menuntut ilmu ni, cukuplah untuk memotivasikan saya kembali untuk meneruskan kembara ilmu saya. Insyallah, saya akan bertolak malam ini untuk kembali bermusafir di bumi Gombak, Taman Budi dan Ilmu. Di sana saya akan meneruskan perjuangan jihad dalam menuntut ilmu. Ya Allah, permudahkanlah perjalananku nanti.

Saya tulis topik ini sebab saya dah hilang semangat sebenarnya, rasa tak nak teruskan pelajaran ni. Macam-macam dalam fikiran saya ni. Dah tak rasa excited dan hepi nak belajar. Kadang-kadang saya rasa baik kerja je. Tapi tanggungjawab kerja pun berat, lagi berat dari tanggungjawab belajar. Entah la, sukar nak tafsir apa yang saya mahu sekarang dalam hidup ni.

Saya harap semester ini dan semester yang akan datang akan lebih mematangkan saya. Saya nak belajar banyak benda lagi. Saya nak capai semua target saya, tak mau dah buat kerja last minute, asyik tidur dan banyak layan novel. Saya nak susun jadual saya baik-baik. Dan yang penting kembali bersemangat belajar kembali dan memperbaiki diri menjadi lebih baik dan solehah. Insyallah, moga Allah permudahkan segala-galanya. Amin. Doakan saya ye.

===New day, New trials, & challenges;
BUT let Allah lead UR way !
May Allah sends blessing to us.===


YA ALLAH...TETAPKANLAH HATIKU DALAM KEIKHLASAN BERJIHAD MENUNTUT ILMU DEMI AGAMAMU...DAN JAUHKANLAH KEJELEKAN NIAT YANG FASAD UNTUK MERACUNI JALAN JIHAD SEPANJANG LIKU-LIKU MENUNTUT ILMU... AGAR AKU MAMPU MENDAPAT REDHOMU...SEMOGA AKU KEMBALI KEPADAMU DALAM REDH0 MEREDHOI...

p/s: sepanjang hari ini, saya di tarbiyah tentang pentingnya belajar dan menuntut ilmu. Moga Allah terus menetapkan hatiku untuk berjuang di atas medan ini.

0 comments: