Saturday, August 29, 2009

Counselor to be

Hari ini menjadi sejarah dalam hidup saya. Hari ini, buat pertama kalinya, saya menjalankan sesi kaunseling bersama klien. Walaupun tak rasmi, tapi ini merupakan pengalaman pertama saya. Huhuhu....

Rupanya, susah juga nak jadi kaunselor ni. Ya, masa belajar teori, rasa macam boleh faham dan boleh buat. Tapi, bila nak kena praktik tu, alahai....hilang segala teori yang belajar tu. Segala skill yang belajar tu pun, tah hilang ke mana. Agak blur nak buat apa.

Masa sesi berjalan, saya kusyuk je mendengar kisah klien. Yang tak bestnya, saya dah tahu kisah dia. So,saya dah boleh agak dan agak judgemental dah dari awal. Tu tak bagus bagi seorang kaunselor untuk ada persepsi awal terhadap kliennya. Huhuhuhu...nak wat macam mana. Klien tu dah kawan kita.

Sebab tu sebagai kaunselor, dia tak boleh nak buat sesi kaunseling dengan keluarga, kawan, atau orang-orang yang rapat dengan dia. Takut ada bias kat situ. Macam saya tadi la. Saya dah tahu kisah dia. Saya tahu apa yang dia rasa, saya faham situasi dia, saya tahu apa tindakan dia. Tapi, masa sesi tu, saya tak tahu nak buat apa. Agak blur. Dalam ati, Allah je la tahu apa rasanya. Nak tergelak pun ada. Tapi control la. Tak kan la Kaunselor ni nak gelak kot depan klien. Pastu, soklan apa-apa tah yg keluar. Kawan-kawan yang dok tengok kat depan, memang la nampak senang je sesi ni berlangsung. Dalam kepala mesti dah tertanya-tanya, kenapa tak tanya macam ni, kenapa tak buat macam ni. Weh...cuba pi dok kat depan tengok. Abis ilang segala benda skill yang kita dok blajar tu. Huhuhu...

Apa-apapun, banyak yang saya belajar hari ini. Sesi macam ni, membuatkan kami belajar kelemahan masing-masing. Banyak lagi yang nak kena belajar. Dah tak boleh main-main. Dah tak boleh tidor banyak. Lepas ni kena tukar role plak. Saya akan jadi klien, kawan saya ni jadi kaunselor plak.

Dear Ann, siap sedialah kamu dengan masalah saya. Hehehehe....pening kepala nanti kot. Newey, sesi tadi best gak. Baru saya tahu, apa yang saya tak tahu.

5 comments:

iffahnazifa said...

"Practise make perfect"

Anonymous said...

mmg susah kalau x alami..

Miss Ann said...

Miss Ann: Adeh!ada plak pesanan yg t'akhr..ish!hehhe...anyway...GOOD JOB~!*wink*

KuNtUMaN NaiLofAr said...

tp pngalaman tu indah kn..
kgetaran tu bg kepuasan kalau di gunakan dan di hatyati sebaikny.

nadia said...

iffa: ari2 berlatih ni. setiap masa, setiap minit, setiap detik. hehehe...

miss ann: msg penting tu. msti ingt tau. huhuhu...

anonymous: sbnrnya tak susah, tp belum cukup penglmn lgi. sbb tu kna berlatih lg.

kuntuman nailofar: benar, pengalaman membawa kpd kedewasaan.experience is the best teacher :)