Friday, August 7, 2009

Sya'ban semakin merangkak.....



Terlihat bulan penuh dari tingkap bilik, rupanya dah 15 Sya’ban hari ini. Patut la Nampak bulan penuh yang sangat cantik tadi. Subhanallah, Maha Suci Mu Ya Allah. Sedar tak sedar dah 15 Sya’ban dah pun. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Terasa baru je hari tu berlalu bulan Rejab.

Biasanya, kalau zaman saya sekolah dulu, bulan ni ramai sungguh kawan-kawan perempuan saya akan berpuasa. Ehm….puasa apa eh? Puasa ganti la. Almaklumla Ramadhan dah nak menjelang, qadha puasa belum habis. Hah…tak kelam kabut ke? Penah kawan saya tu, sampai dah ari terakhir bulan Sya’ban pun masih berpuasa. Dulu saya penah dengar ustaz cakap, kita tak di galakan berpuasa pada 29 hb Sya’ban sebab takut-takut dah masuk bulan Ramadhan. Allahu a’lam . Dan kawan saya tu sampai kena bayar fidyah la pula, sebab tak sempat, nak ganti lagi satu hari hutang dia tu. Kan dah dah tambah satu lagi benda kena buat. Awatla tak ganti awal-awal kan.

Saya dulu pun selalu gak la berpuasa ganti dalam bulan Sya’ban ni. Masa zaman sekolah dulu, mana la ada kesedaran nak ganti puasa awal-awal dan tak ada masa nak berpuasa (bagus betul alasan ni). Kalau nak bayar dalam bulan Syawal pun, macam tak best sebab nak pi beraya umah kawan-kawan, pastu nak pi open house la. Huhuhu…tu masa zaman jahiliyah la. Hehehe…sekarang dah banyak belajar dan membaca. Dah boleh Nampak dan dah tau bila patutnya kita nak ganti puasa tu. Ok enough pasal ganti puasa ni. Tapi, memang la, saya ada terbaca blog sorang budak ni, dia cakap, sekarang ni kat sekolah dia kawan-kawan dia pakat dok ganti puasa. Hah…see…dah jadi budaya kot.

Tapi bagus juga saya rasa. Apabila kita berpuasa dalam bulan Sya’ban ni, tu kiranya menjadi persedian untuk menghadapi Ramadhan nanti. Patut la, biasanya orang perempuan ni, kalau bulan puasa, dia relax aja. Tahan je berpuasa, bukan sebab dia dapat cuti berpuasa tapi sebab dia dah biasakan diri berpuasa sebelum masuk Ramadhan. Hikmah bulan Rejab ni….Lelaki pula, agak tidak tahan berpuasa. Selalu bagi alasan letih la, gestrik la, penat la, seribu macam alasan sebab nak escpae dari berpuasa ni. Sungguh tak malu. Cuba tengok, kalau siang hari, tak sengan silu pula nak pi beratur beli makan kat kedai mamak. Huhuhu….saya cakap ni dari pemerhatian dan juga pengalaman orang sekeliling saya ok. Dah ramai yang saya jumpa macam ni, dan bukan semua lelaki macam tu ye. Yang saya kata tu, segelintir ja. SEGELINTIR ya.

Sebenarnya, ramai orang tak sedar bulan Sya’ban ni sebenarnya. Ye la, kita akan sedar dah masuk bulan Rejab. Pastu sedar-sedar dah masuk Ramadhan pun. Sebab apa ye? Ye la, kita sibuk buat benda lain masa bulan ni. Masa ni la nak pi beli baju raya, nak tempah segala-galanya, nak buat kenduri kahwin la, ada pulak yang nak buat kenduri sambut puasa Ramadhan.

Tahu tak sebenarnya, bulan Sya’ban ni kita di sunatkan untuk banyakan berpuasa, kerana Rasulullah SAW dahulu selalu melakukannya. Dalam kitab As-Shahihain (Sahih Bukhari dan Muslim) terdapat hadith Aisyah ra. , dia berkata : “ Aku belum pernah melihat Rasullullah SAW menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan, dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakan puasa dalam satu bulan kecuali pada bulan Sya’ban”

Kalau dah banyak kenduri nak pi, macam mana kita nak puasa kan. Alih-alih, Sya’ban berlalu macam tu saja. Kalau di media pula, masa ni la nak nak buat rakaman rancangan untuk hari raya nanti. Kat pasaraya, sale punya la banyak. Siap mention lagi “PROMOSI AIDILFITRI”. Anak bulan pun belum tengok, dah sibuk-sibuk nak raya. Puasa pun belum tentu cukup sebulan, dah beria nak sambut hari raya.

Saya nak kongsi sikit pasal bulan Sya’ban ni. sebagai umat Islam, bulan Sya’ban ni hendaklah di jadikan sebagai bulan persiapan. Persiapan untuk menghadapi Ramadhan Kareem nanti. Persediaan yang di perlukan di antaranya:

1) Persediaan Maknawiy iaitu kita mempersiapkan rohani kita supaya bersedia dan merindukan bulan Ramadhan. Banyakan membaca fadhilat Ramadhan, sebab Allah dah janjikan banyak fadhilat untuk kita semasa bulan puasa. Kita juga boleh tulis dan tampal info-info tentang Ramadhan dan tampal ia di tempat yang boleh kita selalu lihat dan baca setiap hari. Jangan lupa untuk banyakan berdoa supaya kita sihat dan segar untuk beribadat dalam bulan Ramdhan nanti.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “ Allahuma bariklana fii Rajab wa Sya’ban, wa balighna Ramadhan. Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.” (HR Ahmad dan Tabrani)

2) Persediaan Fikriyiaitu lengkapkan diri kita dengan ilmu-ilmu berkaitan puasa (fiqh puasa). Kita perlu mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa, perkara makhruh dan perkara sunat. Jangalah kita nak tunggu masuk bulan Ramadhan, sementara kita masih ragu-ragu tentang hukum -hakam puasa.

3) Persediaan Malpersediaan dari segi harta. Ye la kan, bulan puasa ni kita di galakan untuk berderma, bersedaqah, menginfak dll. Maka, marilah kita mula dari sekarang untuk menderma.

4) Persediaan Jasadiiaitu melakukan persediaan dari segi fizikal. Dalam bulan Sya’ban ni, banyakan berpuasa sunat agar kita dapat biasakan diri berpuasa dalam bulan Ramdhan nanti. Tidaklah nanti kita jadi “shock” pula dengan puasa.


Semoga Allah SWT memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.

0 comments: