Friday, November 20, 2009

"Samudera Indah Nian"

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, sekarang saya kat kampung. Waa....bestnya dapat balik Penang. Bestnya ada kampung, even tempat saya ni tak la "so-called" kampung sangat pun. Tapi, kat kawasan umah saya ni ada sungai, ada pokok, ada hutan, ada monyet ada biawak, ada mcm2 lagi la, kiranya still ada kaler hijau tu. Tempat yang damai lagi menenangkan, alangkah indahnya kampung ku ini. Cewah...tetiba promote kampung sendiri plak. Ok2....ni saja je.

Wah....tak sangka ada yang missing my new entry. Terharu sungguh cheq kat Penang ni. Terima kasih kepada peminat saya tu. Huhuhu...tetiba ja. Well, sebenarnya, tak tau nak share apa kat sini. Ada "orang tu" dah mula menulis tentang pengalaman dia sepanjang semester ni. Menarik sekali. Nanti2 la saya menulis jugak ye. Nak cari mood jap. Huhuhu....

Nak share la kan, saya balik aritu, on Friday, tetiba sampai hadiah novel dari JS. Huhuhu....sangat suka sebab menjadi orang terawal baca novel ni. Terima Kasih JS sebab antar hadiah ni. Actually, saya masuk kuiz and menang la hadiah novel terbaru ni, yang bertajuk" SAMUDERA INDAH NIAN". Citer ni sangat best. Ada kelainan dari penulis dia, Mazni Darwisya.




Novel ni, berlatar belakangkan kisah kat TLDM, kat Lumut. Sangat excited baca kisah Amru dan Yasmin ni. Kisah cinta lama or first love yang sukar di lupakan, sebab tu penulis asyik ulang je kata2 " It takes the rest of your life to forget your loved ones"

Actually, citer ni sangat cool. Kisah arrangement marriage by family. Masa kawen tu pun, masing-masing tak kenal antara satu sama lain. Kisah macam mana Amru & Yasmin ni nak adapt antara satu sama lain la. Tanpa sedar Amru dah jatuh cinta kat Yasmin ni. Yang Yasmin ni sangat la baik. Stok isteri solehah ni. Bagus2, bila dah bersuami ni, segalanya mesti suami yang di dahulukan, cuba belajar untuk jadi isteri yang solehah, cuba untuk mencintai suami yang tak pernah kenal pun sebelum ni. Dan of coz, dia kena cuba lupakan kisah first love dia yang tak kesampaian.

Owh ya, dalam citer ni ada la gak orang jahat. Huhuhu...tak leh miss la kan. Semua citer ada watak antogonis dia. Well, nasib sikit je. Tak de la jahat mana pun. Cuma si Maya ni je, watak antogonis ni, obsess giler kat Amru ni. So, ada la konfik sket. Tp, ok la. Tak teruk sangat pun.

Banyak yang boleh di pelajari dalam novel ni. Of coz the syllabus is LOVED LESSON. hehehehe... Bak kata penulis la" LOVE is a PART of secret LIFE" True?....Betul la kot.

" It takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone...but it takes the rest of your life to forget your loved ones."
Pepatah Inggeris ni pun adalah part of words yang penulis suka ulang.

Yang menariknya citer ni, setting dia kat Pengkalan TLDM Lumut. Dia citer abes la, skop kerja TLDM ni. Such a gud knowledge to know. Rupanya, keje TLDM ni banyak cabang dia. Pastu, dalam novel ni, banyak dia sebut tentang KD or Kapal Di Raja. Huh, dasyat gak eh jd TLDM ni, bukan sikit kapal yang dorang ada, tu belum termasuk kapal selam lagi. Pastu, NAVY ni sangat la smart pakai uniform kaler putih tu. Nampak bersih dan suci je. Huhuhu....tetiba.

Ok, overall, citer ni sgt cool tuk di baca. Bleh la pas ni, pegi beli kat book store. Kepada kawan-kawan saya, klu nak pinjam novel ni, tunggu buka sem ye. Dah bleh amik no giliran mulai sekarang. Hehehe....

gambar amik kat: http://www.jemariseni.com/01/senarai-buku/94-nov-2009-samudera-indah-nian-mazni-darwisya.html

4 comments:

Miss Ann said...

Being hooked by novels..xmo amik no giliran cz ada 2 buah buku lg blm dbaca..haha..amboi...ayt...kunun2 le kte wat review..haha

nadia said...

a`a wat review...
tp, review ke? bukan reflection of content. hehehe....

Miss Ann said...

sort of!haha...tp r u enjoying reading it?heheh..wait for the second part~!

nadia said...

yeah...nak tahu gak la pengalaman masing2. ok2, cepat2 la post.