Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, kerana kita baru sahaja menjejaki tahun Hijrah 1431 dua minggu lepas. Dan esok, kita bakal pula melangkah ke tahun baru Masihi 2010. Cepat kan masa berlalu. Saya rasa sangat pantas, semua yang berlaku, sampai kadang-kadang saya tak sedar pun. Ehm...

Bila dah masuk tahun baru ni, ramailah nak berazam itu ini, termasuk lah saya pun. Huhuhu...tapi, adakah semua azam kita tu tercapai? Entah la. Sebenarnya, kita tak perlu nak berazam apabila masuk tahun baru. Sepatutnya, hari-hari kita kena berazam untuk apa kita target untuk hari tersebut. Kalau azam tanpa usaha yang sebenarnya, tak jadi juga kan. Jadi, berazamlah secara "smart" Hehehe...bermakna, apa yang kita target atau aim tu kita pastikan akan tercapai. Letakan dalam sekian-sekian waktu, "kita pasti akan capai gak walau macam mana pun". Ni kita selalu letak jangka masa setahun, mesti la kita dok rasa banyak masa lagi ni nak capai. "Aku kan target tahun ni mesti dapat punya". Tapi, adakah yang kita azamkan tu kita usahakan? Kalau tak ada usaha, tak payah cakap la. Tiada kejayaan tanpa usaha tau. Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek. Eh..betul ke? Huhuhu....

Tahun baru, tak perlulah membina azam banyak-banyak kalau besok dah lupa.
Tak payahlah buat unjuran besar-besar kalau tahu memang tak buat punya. Tak payahlah sebut itu ini dan begitu begini kalau kita masih kita. Apa yang ada di dalam sama macam semalam. Sama macam tahun lalu. Letakkan priority untuk menjadi lebih baik. Lebih dari segala aspek, terutama sifat-sifat perhambaan. (Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)

Selamat Menyambut Tahun Baru Semua.....

0 comments: