Friday, October 30, 2009

~Hati Kata Rindu~



Dihati ini..
Ingin melafaz kata..
Kata kasih pada-Mu yg kurindu..
Menagih sentuhan maghfirah-Mu..

Hati kata rindu..
Hanya pada-Mu..
Oh Tuhanku..
Tp sering aku..
Biar berlalu kehujung waktu..

Wahai Tuhanku..
Layakkah aku..
Gapai syurga-Mu..
Janganlah diriku..
Engkau sisihkan dr rahmat-Mu..

Ku bersujud kpd-Mu..
Kasih-Mu ku damba..
Terima taubatku..
Ampuniku..

Wahai Tuhanku..
Engkaulah yg satu..
Tempatku mengadu..
Rabbul Izzati..
Hidup dan matiku..
Hanyalah utk-Mu..

Hati kata rindu..
Hanya pd-MU oh Tuhanku..
Tapi sering aku..
Biar berlalu..
Kehujung waktu..

Wahai Tuhanku..
Layakkah aku gapai syurg-Mu..
Jgnlah diriku..
Engkau sisihkan dr rahmat-Mu..

Ku bersujud kpd-MU..
Kasih-Mu ku damba..
Terima taubatku..
Ampuniku..

Wahai Tuhanku..
Engkau lah yg satu..
Tempatku mengadu..
Rabbul Izzati..
Hidup dan matiku hanyalah utk-MU..


by: DESTINY

Wednesday, October 28, 2009

Salam Imtihan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat menjawab peperiksaan buat semua kawan-kawan. Semoga peroleh keputusan yang cemerlang.

Moga mendapat DEAN LIST, dan juga tersenarai dalam menjadi DEEN LIST


Rasulullah bersabda :

“ barangsiapa inginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”

Sunday, October 25, 2009

AnTaRa DuA CiNTa

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir


Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


Saturday, October 24, 2009

Tentang CINTA....

Jangan kerana cinta kita gugur.
Jangan kerana cinta prinsip akan menjadi larut dan cair.

Cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

Kesetiaan akan mengikat cinta.
Kecurangan akan meranapkan cinta.

Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta dibajai dan disuburkan melalui kaedah-kaedah yang di restui, di berkati dan diredhai Allah.


Ehm...tetiba masuk topic cinta. Dalam beberapa hari ini, telinga saya ni asyik berkisar tentang kisah cinta je. Kisah sedih pasal cinta, kisah gembira, kisah cinta tak berbalas, kisah kecurangan kekasih dia, macam-macam lagi. Pening juga la kita yang dengar ni. Very complicated. Rasa macam unsolved je. Huhuhu.....

Kalau tanya saya, apa saya nak cakap. Ni soal hati dan perasaan. Saya pun tak ada pengalaman bab-bab mcm ni. Dengar boleh, tapi nak tolong, rasanya dorang kena pikir sendiri la. Huhuhu...tu la sapa suruh bercinta kan???? hehehe

Ok. Istilah cinta atau hubb dalam bahasa arab, atau love dalam bahasa inggeris adalah satu fitrah kurniaan Allah yang murni. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). -surah Ali Imran: 14)

Ayat ini menunjukkan bahawa perasaan suka, sayang dan cinta kepada manusia, harta dan kekayaan adalah fitrah semulajadi manusia. Namum fitrah memerlukan kepada panduan bagaimana untuk mengendalikannya. Sudah tentu sebaik-baik panduan adalah berpandukan Al-Quran Dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, cinta Allah dan Rasul-Nya yang telah memberikan panduan bagaimana untuk menyalurkan fitrah ini adalah sebaik-baik cinta.

Perasaan cinta adalah anugerah paling suci. Cinta itu harapan, cinta itu keindahan, cinta itu kekuatan dan cinta itu keajaiban. Tuhan menganugerahkan cinta sebagai wadah bagi manusia menjalinkan ukhwah dan menjalani kehidupan berlandaskkan syariat dan hukum, bukannya mengikut hawa nafsu semata-mata.

Kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta manusia.Dalam mencintai Allah, seseorang hamba tidak akan kecewa. Cinta Allah akan sentiasa terbalas, malah Allah s.w.t. memang sentiasa menunggu-nunggu hamba-Nya yang setia dengan menjanjikan syurga yang abadi.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


credit: hasil dr bacaan buku Cinta IPT by Ust. Maszlee Malik & Ustz Hamidah Mat.

Friday, October 23, 2009

SURAH AL-MULK

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda

“Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa’ati (memberi syafa’at ) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi.”

Tentang surah Tabarak-al-ladhi ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara sembahyang Maghrib dan Isya dan Alif-Lam-Sajdah adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke9 didalam kiraan Islam). Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.

Tarmidzi rahmat-Ullah ‘alaih meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :

” Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah distau tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur. Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi. Merka pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan.”

Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi.

Khalid Ibn-e Ma’dan r.a. telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa besar yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah, “Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku. ” Dengan syafa’at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan dengan pahala.

Khalid Ibn-e Ma’dan r.a. juga telah meriwayatkan bahawa , “surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, ‘Ya Allah ! jikalau aku ini berada didalam kitabMu, maka terimalah syaf’atku, jika tidak hilangkan lah sahaja daku ini daripada KitabMu ! Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor burung,mengembangkan sayapnya keatas mayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur, Ia telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehingga lah ia membaca dua surah ini.

Ta’us rahmat-Ullah ‘alaih telah berkata . “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. setelah meningal dunia. tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthaman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.


source: http://diriw.wordpress.com

Sunday, October 18, 2009

Photography Competition CONVEST 09

Alhamdulillah, progran CONVEST pun dah selesai. Semuanya berjalan lancar walau ada gak la yang kurang. Biasa la tu, dah menjadi adatkan. Tak semua yang di harapkan akan sempurna segalanya.

Program kami ni bermula hari Jumaat sampai la Ahad. Bertempat di KAED Gallery, kami buka booth tuk jualan dan juga pameran gambar. Ada juga di letakan gambar untuk dijual. Selain dr itu, kami turut pamerkan gambar peserta photography competition.

Ehm...hari Jumaat lagi, semua committee member masih bekerja keras. Turun semua committee yang tak pernah kenal pun. Hehehe...majoritinya adalah Budak-budak KAED. Segan gak la ngan dorang, tapi dorang sangat cool and sporting. Bleh je masuk ngan kami ni budak-budak EDUCATION, yang beberapa kerat tersesat di kalangan budak-budak KAED tu.

Sepanjang pameran berlangsung, banyak benda yang saya belajar. Best tengok orang artistik ni bekerja. Sangat la cool. Then, jumpa ramai orang yang minat art. Paling tak sangka, awal-awal pagi ari Jumaat lagi, dah ada orang minat gambar yang kami jual tu. Pembeli tu kata, bila tengok gambar tu rasa nak tido sama. Huhuhu...
Dia berminat dengan haiwan berbulu. Sebab tu la dia nak beli gambar ni. Take a look



Ehm...paling saya suka adalah pameran gambar la. Dorang budak-budak KAED ni sangat la kreatif. Dorang arrange tempat tu jadi galeri yang sangat cantik. Saya tak tau la benda tu biasa bagi dorang tapi saya sangat teruja. Cantik sangat and i'm so impress. Pastu, dah la ramai yang datang melawat. Ada gak yang tumpang ambil gambar dalam tu. Take a look suasana dalam ruang pameran tu.



Sepanjang 3 hari bekerja di galeri tu, eceh tetiba ja, huhuhu, saya rasa orang art ni sangat cool. Saya sangat kagum dengan kurniaan dan bakat yang Allah bagi kat dorang. Dorang punya view and saya punya view sangat berbeza. Kalau saya tengok gambar, saya rasa biasa je. Tapi kalau budak-budak artistik ni, dorang boleh nampak cerita di sebalik gambar tu. Huhuhu...dasyat la. Saya kagum lagi.

Hari Sabtu, ada di buka khidmat studio gambar, ambil gambar pelajar-pelajar yang graduate. Committee sendiri yang ambil. Maklumlah, dorang ada kamera DSLR D90 yg canggih. Huhuhu...jeles tengok kamera dorang. Walau banyak gak photograper luar dan studio yang lebih canggih, tapi studio kami ni ada gak la orang yang datang. Ok la tu.

Hari Ahad lagi sibuk. Studio dah berpindah ke tempat yang lebih ramai orang. Saya and da geng just in-charge galeri gambar je. Dengar kata sampai nak patah pinggang gak la dorang amik gambar. Hehehehe....tahniah la. Korang memang best.

Pukul 5 ptg, ari Ahad tu di adakan penyampaian hadiah untuk pemenang photography , competition. Saya sangat risau sebenarnya. Bayangkan, prize giving pukul 5 ptg, tapi pemenang tak tahu lagi. Judge datang dalam kul 4 kot. Huhuhu dasyat tak dasyat la. Alhamdulillah la, judge tu datang walaupun pada mulanya dia terlupa. Terpaksa dia patah balik plak. Hehehe....ok. Settle bab pemenang. Kami invite EXCO dari sentral bagi hadiah. Actually idea ni adalah on the spot. Tak rancang pun. Mulanya nak pakai VIP dari prize giving Book Fair je, sebab dah bagitau dorang awal-awal lagi pastu tah la. Book Fair pun macam senyap je. Huhuhu...salah saya ke tak pi bincang awal-awal. But, pagi tu saya dah call PM Book Fair, tanya pasal prize giving ni. Dia kata OK ja. Dia kata dorang tak pakai pentas pun kul 5 nnt. Then, dia SMS plak kata, kita share pentas ptg tu sebab dorang pun nak bagi hadiah pada masa tu. I said OK.

Then petang tu, dalam kul 5, En. Mukhlis as VIP kami dah sampai. Dia nak bagi hadiah la. Huhuhu...VIP dah sampai, sedangakn kami ni dok kalut lagi. Nama pemenang tak tulis lagi, pastu adala beberapa perkara berbangkit. Then, out of blue, HEAD Program Coordinator central jadi kami punya MC. OH My God. Saya tak terkata apa la. Huhuhu...tapi dia nampak ok ja. Hehehe..dalam ati saya, Hanya Allah je yang tahu perasaan ni. But, petang tu sangat la cool. Hehehe....smooth je sebenarnya. Rasa macam berjaya gak la program petang tu. Walau....Huhuhu....

Dan pastu, everything is finish. Tamat la sudah event kami ni. Tapi...tetiba Afiq, our PM program cakap, central suruh kita buka lagi booth besok. Huhuhu...what????
no...penat dah ni. Tapi, dorang akan settle kan la. Lgipun dorang dah ada kat KAED tu. Hehehe....Alhamdulillah.

Overall, saya sangat gembira dapat jadi sebahagian dari committee photography competition ni. Banyak benda yang saya belajar dan saya jumpa. Saya belajar macam mana nak berinteraksi ngan orang, macam mana nak call orang, macam mana nak adapt situasi yang kita tak pernah jangka kita akan lalui. Sebelum program berlangsung, ada dalam 2 kali saya jadi wakil photo comp meeting ngan central, kena bentang progress and etc. Allah je tahu perasaan saya masa tu. Ketaq sungguh. Ye la, nak kena bentang tu depan semua Program manager dari program-program lain, pastu exco-exco dari central, dah la ramai orang, yang bukan calang-calang hebatnya. Tapi, alhamdulillah, i manage it. Tu pengalaman paling bermakna la. Dan sampai sekarang saya masih tak percaya saya dapat lakukanya. Hehehehe....

Alhamdulillah, saya bersyukur atas segala kelancaran program tersebut.

Tuesday, October 6, 2009

Reason to smile



===Smiling makes you attractive===


==Smiling is contagious===


===Smiling relieves stress===


===Smiling boosts your immune system===


===Smiling changes your mood===


===Smiling lowers your blood pressure===



The Prophet (Peace be upon him) has said: 'Your smile for your brother is Sadaqah. Your removal of stones, thorns or bones from the paths of people is Sadaqah. Your guidance of a person who is lost is Sadaqah.' (Bukhari)

Now we have reason why to smile.

Monday, October 5, 2009

Oktober

Assalamualaikum,
sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober dah. Cepat sungguh masa berlalu. Ehm...ye la, saya sendiri pun sangat sibuk dengan aktiviti dan program kat UIA ni. Memang tak sedar pun masa yang berlalu tu.Ehm...sempena dah masuk bulan Oktober ni, saya nak kongsi rahsia bulan kelahiran untuk warga Oktober. Seperti biasa, saya ambil dari kajian Datuk Dr. Fadhilah Kamsah. Saya suka akan kajian beliau sebab kebanyakan ciri-ciri yang di senaraikan oleh Datuk ada dalam diri kita. Hampir semuanya tepat. Wallahu a’lam.


#Suka sembang
#suka orang yang sayang padanya
#suka ambil jalan tengah
#sangat menawan dan sopan santun
#kecantikan luar dan dalam
#tidak pandai berbohong dan berpura-pura
#mudah rasa simpati
#baik
#pentingkan kawan
#sentiasa berkawan
#hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
#cepat marah
#pentingkan diri sendiri
#tidak menolong orang kecuali diminta
#suka melihat dari perspektifnya sendiri
#tidak suka terima pandangan orang lain
#emosi yang mudah terusik
#suka berangan dan pandai bercakap
#emosi yang kelam kabut
#daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
#suka melancong
#bidang sastera dan seni
#pengasih
#penyayang dan lemah lembut
#romantik dalam percintaan,
#mudah terusik hati dan cemburu,
#ambil berat tentang orang lain
#suka kegiatan luar
#orang yang adil
#boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
#mudah patah semangat


Oh ya, bulan Oktober adalah Hari Lahir Mama saya, dan juga beberapa orang kawan. Selamat Hari Lahir kepada warga Oktober.

Sunday, October 4, 2009

Photo Hunt

Alhamdulillah, program photo hunt tadi berjalan lancar. Ada peserta juga la. Walau tak beberapa ramai. Thanx to Mr Salim. Dia wajibkan student class dia join. Dan dia pun bagi full cooperation, siap turun padang lagi tu. Commitment sangat bagus dari dia.

Masa mula sampai tadi, risau gak. Tak nampak macam rupa peserta pun kat situ. Ehm...tapi ada ja. Alhamdulillah. Lepas briefing, dorang dapat breakfast then dorang bebas nak pi shoot gambar. Tema tuk photo hunt ni adalah, "mini sport carnival". So, dorang bebas tuk ambil gambar masa pertandingan berlangsung.

Dan kami sendiri as commetee turun padang, tengok peserta-peserta ambil gambar. For the 1st time saya ke male sport complex tu. Sebelum ni, saya tak penah tau pun luas gak kawasan kat blkg tu. Lagi best dari Female kot. Hehehe...

Oh ya, tadi masa kat padang, ada sorang sister ni cedera. Nampak macam jari kelingking dia patah. Huhuhu...sakit tu. Then ada la, one of our commetee yang cuba tolong, sebab dia ambil Skill first aid. Tapi, tak membantu sangat pun, then dorang antar dia ke klinik je.

Ok la. Just nak share mascot photo Competition. Comel betul. Huhuhu...




oh ya, nanti jangan lupa datang ke booth kami kat KAED Gallery. Ada pameran gambar, jualan t-shirt, dan khidmat ambil gambar. Kalau yang tak convo nak ambil gambar pun boleh. Mana la tau, nak ambil gambar ngan orang tersayang ke dgn permandangan UIA. Datang jangan tak datang tau. Berilah sokongan kepada program CONVEST ni.

Saturday, October 3, 2009

My Big Program



Esok program photo hunt. Bedebar nak tunggu besok. Huhuhu...ni antara program besar yang saya handle. Saya sendiri tak dapat nak imagine macam mana flow program besok even, saya yang buat master plan nya. Huhuhu....rasanya semua OK. Tapi...tah la. Moga Allah permudahkan segalanya, moga program berjalan lancar.

Ehm...photo hunt ialah 1 day shooting practice. Kami as the organizer invite students from photography skill sebagai peserta. Alhamdulillah, kami dapat feed back positive dari dorang. Hopefuly, ramai la yang join. Kami budget around 100 students will join. Tapi...tah la. Harap dapat crowd yang ramai la. Harap sangat-sangat ni. So, kepada yang around UIA, nak join boleh je. Datang berkumpul kat tangga besar, kat bagunan admin tu.

Kepada sesiapa yang nak join photo competition pun boleh. Photo Comp adalah, anda hanya perlu menghantar gambar. Minimum 5 keping. Boleh edit 5%. Tema dia ialah " Color Of UIA". Yuran penyertaan ialam RM 25 n dapat T-shirt. Hadiahnya lumayan tau. Dapat wang tunai. Sebarang pertanyaan atau yang berminat boleh hubungi saya. Tarikh tutup photo comp ialah 6hb Oktober. Masih ada masa lagi ni. Jom lah join.