Sunday, January 24, 2010

January is almost.....


Assalamualaikum semua, untuk permulaan entry, saya just nak share kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.Ini untuk bulan Januari punya. Macam dah lewat kan nak posting info ni. Bulan Januari pun dah hampir ke penghujungnya. Tapi, harap ada manfaatnya kat sini.

Saya suka mengusik kawan-kawan saya yang lahir bulan Januari ni. Ye la kan, dorang lahir awal tahun, so dorang akan tua dulu. Dorang cukup sensitif bila kata dorang dah tua. Hehehe...tu kan dah jadi kenyataan, semua akan tiba saat tu. Cuma cepat atau lambat je. Hehehehe...paling-paling dorang akan balas, "umur kita sama je la" "Cuma kami lahir awal je" Oh...I really miss my friend.

Ehm...sapa ye yang sambut birthday dalam bulan ni? Affan adik saya, my BFF; Fazilah, my frieds By & Cipah, My SE, and my Justin. Hehehe.....& Last but not least, my beloved father.

Ok. Jom kita jenguk-jenguk, apa sikap orang yang lahir bulan Januari ni ye. Sama tak ngan apa yang kita dok observe selama ni. Jom...Layan...

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

0 comments: