Monday, March 1, 2010

Mac sudah datang

Assalamualaikum semua,
diam tak diam dah masuk bulan Mac kan. Rasa macam sekejap je. Semalam 28 Ferbuari dan hari ni dah masuk 1 Mac dah. Kenapa tak ada 29 Hb atau 30hb atau 31 hb dalam bulan Febuari ye??? Kesian orang yang lahir pada 29 Febuari sebab tak dapat sambut hari lahir mereka. Tak apa lah, anda sangat istimewa. Kalau nak di ikutkan, mereka sambut hari lahir mereka pada 1 Mac. 

Bila mengenangkan tarikh 29 Febuari ni, tetiba teringat pada kisah seorang sahabat saya ni. Kisah in berlaku tiga tahun lepas. Dia ada hantar SMS bagitau dia nak bertunang pada 29 Februari dan menjemput semua kawan-kawan dia la. Kami sangat terkejut sebenarnya, sebab tetiba je kata nak bertunang. Maka, semua rakan-rakan saya pun tanya la dia, serius ke jemputan dia ni. Dia kata betul la. Siap kata jangan lupa datang ke majlis dia. Ok le kami cakap. Pastu, saya dan rakan-rakan pun periksa la tarikh tu, nak tengok hari apa, cuti ke tak, nak pastikan lapang hari tu. Bila saya periksa kalender, tak dak pula tarikh 29hb dalam bulan Febuari tu. Ceh...dia silap bagi tarikh ke. Rupanya...kami dah kena Bang...Bang...Boom ngan dia. Huhuhu. dah tak ada tarikh 29hb, makanya majlis pun tak ada la. Bagus betul kawan ku itu :)

Oh ya, sebenarnya saya nak kongsi rahsia bulan kelahiran untuk mereka yang lahir dalam bulan Mac. Saya ada sahabat yang dekat yang lahir dalam bulan ni. Dari pengamatan saya, hampir 80% la ciri-ciri ni memenuhi personaliti dia. Ada juga ciri-ciri kat bawah ni yang tak mengambarkan langsung tentang diri dia. Tapi mungkin pada orang lain ciri-ciri ni tepat dengan mereka. Jadi, mari kita lihat ciri-ciri tersebut:

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


Selamat Hari Lahir buat semua yang lahir pada bulan Mac ini.

1 comments:

Miss Ann said...

jgn lpe bday Yati~~