Tuesday, April 27, 2010

Kau kawan, teman dan sahabat

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

 
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak kan hadith yang menceritakan tentang sahabat/kawan ni. Tiba-tiba terasa rindu pada kawan-kawan. Saya ada ramai kawan, dari saya tadika, sek. ren, sek. men, kolej sampai la dah masuk UIA. Tapi saya jarang sangat nak hubungi mereka ni. Sebab apa ???? Huhuhu...tak tahu la. Tapi, saya tak pernah lupakan mereka semua. Rindu nak jumpa, nak tahu kisah mereka selama ini dll.... apa-apa pun, saya sentiasa doakan yang terbaik buat mereka. Samada di dunia dan juga akhirat.

Baru-baru ni, saya on balik YM ID saya masa zaman sekolah dulu, yang menggunakan nama tah apa-apa la. Seronok sangat sebab dapat chat ngan beberapa kawan yang dah lama sangat tak jumpa dan sembang. Oh ya, yang paling tak sangka, terchat ngan "seseorang yang pernah dekat di hati, tapi jauh di mata, kerana takdir, maka tak dapat bersama". Hehehe, amboi panjangnya huraiannya....satu kisah lama zaman sekolah la. Zaman dulu di kala zaman Jahiliyyah. Opsss....jangan buat spekulasi apa-apa okey !!!!

Okey, lepas tu, seorang kawan lama drop by kat Friendster saya. Almaklum la, ambo ni mana adanya "muka buku" , maka masih pakai FS la. Rindu kot ngan kawan ni, dia kawan masa sekolah rendah. Dia ni dok Australia. Kami berdua bertukar khabar dan up-date tentang diri masing-masing dan juga kawan-kawan yang lain. Huhuhu...

Pastu, ada lagi sorang kawan masa kat kolej SMS saya masa cuti, dia tanya khabar dll. Terasa macam jejak kasih pun ada. Bagus gak saya bercuti ni, boleh la nak membalas dan melayan kawan-kawan saya ni. Kalau hari biasa, mungkin agak susah kot. Huhuhu...(alasan je ni).

Dan saya tersedar, betapa teruknya la saya ni. Sampai hati tak hubungi atau bertanya khabar kawan-kawan lama. Tapi...tu la. Dah memang jenis macam ni. Kalau kawan-kawan tak tegur atau tanya dulu, jangan harap la saya akan memulakan. Teruk kan????? Huhuhu....

Apa-apa pun.....,

Hargailah kawan-kawan di sekeliling kita. Kawan masa senang mudah di cari, tapi kawan masa susah ....belum tentu ada yang sudi. Cubalah menjadi kawan yang terbaik, seperti yang tersebut dalam hadith.

"BINALAH KASIH SAYANG SESAMA INSAN, 
DEMI KASIH SAYANG ALLAH"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


TO ALL MY FRIENDS,
I REALLY LOVE YOU ALL,
THANK YOU FOR BEING PART OF COLOR IN MY LIFE,
APPEAR IN PART OF MY BOOK'S CHAPTER IN MY LIFE,
MAY ALLAH BLESS YOU ALL.....


reference: Quote HADITH

No comments: