Saturday, May 1, 2010

Bulan Mei

Assalamualaikum semua,
dah masuk bulan Mei ni. Bulan yang sinonim dengan banyaknya sambutan hari tertentu. Contohnya Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Wesak dll.

Hari ini dah masuk 1 Mei kn. SELAMAT HARI PEKERJA buat semua yang bekerja. Sekarang ni status saya sebagai pelajar, dah tak bekerja. Maka, tak boleh sambut la Hari Pekerja. Dulu masa zaman bekerja, suka la hari macam ni sebab dapat cuti. Secara teknikalnya, bila dah Hari Pekerja, semua orang perlu bercuti dari segala kerja yang dia buat. Tapi, kalau semua orang bercuti, tak boleh gak kan. Ada sesetengah tu masih memerlukan orang untuk bekerja dan menggeraknya. Maka ada yang kena kerja, ada yang dapat cuti. Hehehe...terima kasih kepada yang bekerja pada Hari Pekerja.

Hari yang paling di tunggu saya dalam bulan Mei adalah Hari Guru. Hehehe...sejak berkecimpung dalam bidang perguruuan ni, rasa teruja sangat nak tunggu hari guru. Dulu masa masih mengajar, seronok sebab pelajar-pelajar raikan kita sebagai guru. Bertambah tersentuh masa nyanyi lagu GURU MALAYSIA tu. Huhuhu...terasa mau gugur air mata tau. Sebak terasa. Tersentuh giler. Best kan jadi guru. Tahun ni macam mana eh sambutan kat UIA ni??????

Hari Ibu juga jatuh dalam bulan Mei. Tapi, saya tak pernah sambut sebab hari-hari merupakan hari ibu bagi saya. Kalau kita sayang ibu kita, tak perlu satu hari yang khusus untuk melahirkan rasa sayang kita kat dia. Doakan kesejahteraan dia hari-hari pun dah cukup dan cuba untuk  menjadi anak yang soleh dan solehah. Jadilah anak kebanggan ibu dan ayah kita.

Oh ya, sebagai pengetahuan am, hari wesak juga di sambut dalam bulan Mei setiap tahun. ehm...lagi hari apa eh? Oh sudah tentu hari kelahiran mereka yang lahir pada bulan Mei ni. Seperti biasa, meh saya kongsikan rahsia bulan kelahiran bagi mereka yang lahir bulan Mei.

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

0 comments: