Tuesday, May 4, 2010

Moga Peroleh Kemenangan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sabarlah dengan segala kesusahan. 

janji Allah pasti buat hamba-Nya yang sabar dan yakin. 

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

apa yang engkau Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (gemar dan ingini).


(terjemahan Surah Al-Insyirah:1-8)


Short sem  sangat mencabar. Course yang belajar 3 bulan, kena belajar dalam masa 7 minggu sahaja. Huh...sangat la singkat masanya. Semuanya kena bergerak dengan pantas. Kena cari bahan untuk buat assignment, presentation, discussion, meeting, dating, surfing internet, etc. Semuanya kena bergerak laju.

Lecture dalam kelas pun kena bercakap non-stop 2 jam @ 3 jam. Nak abeskan silibus. Ingat senang ke?  Huhuhu...terpaksa la menadah telinga walau ngantuk giler. Apa nak buat. Nak tuntut ilmu memang begitu. Itu namanya pengorbanan. Orang lain enak-enak cuti 3 bulan dok umah, kita kat sini amik short sem.

Kenapa la short sem ni sangat mencabar jiwa dan raga, fizikal dan mental, hati dan perasaan, emosi dan jasmani.

Adakah aku sorang yang berperasaan begitu?

Orang lain dah boleh adapt ke?

...........................................................

Inilah pengorbanan namanya. Ingat senang nak senang???
Anggap saja ini pelaburan untuk masa depan.
Insyallah, untuk dunia dan akhirat.
Wahai hati....bersabarlah. 
Allah kan ada.

3 comments:

Miss Ann ~♥ said...

ehm...menadah telinga la sgt...smpai ada orang yg kne menyiku kat sebelah..hehe

kalam said...

hahaahahha lawak lawak

nadia said...

terima kasih kepada yg menolong menyiku itu.
jasamu sangatlah di hargai.

terima kasih daun keladi,
ada masa menyikulah lagi.

hehehehe....

to KALAM: apa yg lawak tu???
tak paham cheq!!!