Tuesday, June 1, 2010

Random: Muhasabah untuk hari ni.


Assalamualaikum semua,
pagi tadi semuanya serba tak kena, macam kelam-kabut. Pagi-pagi lagi dah nak emo. Maka, dalam kelas Testing tadi agak murung sebentar. Hah...rasanya macam padan muka sendiri kot. Huhuhu....

Alkisahnya, kelas patutnya pukul 8.30pg, tp hari ni terlambat sikit. 8.20 lebih kurang baru siap. Ada masa lagi 7 minit untuk berlari ke kelas dari marhalah ni, tapi gate belakang plak tak buka. Ya Allah...tak tau nak cakap apa. Cuba nak selit pintu pagar tu, tapi tak bleh plak. Maka kena la guna jalan jauh utk ke kelas. Muka jgn ckap la masa tu, tak bleh nak gambarkan. Hehehe...

Masa dok berjalan tu, dapat 1 msg. Okey, dapat 1 task yg sy tak gemar. Macam terpaksa nak terima. Dalam keadaan bengang, tak tau nak fikir macam mana tentang task tu. Nak marah pun ada, nak jerit pun ada, tapi still control. Masih cuba mencari rasional, tapi tak nampak. Benarlah, kalau kita sedang marah, kita memang tak bleh nak fikir baik2. Ya Allah...cuba bersabar. 

Sampai kelas, Dr Ainol dah masuk. Cuba maniskan diri dok dalam kelas. Tapi muka masih tegang dan murung seketika. Tak abis2 murung kan??? Tak pe, sabar2. Nak belajar ni. Tapi hati masih dok panas & rasa bengang. Tak tau la panas sebab apa. Sebab gate tu tak buka ke, rasa nak marah pak guard @ mak guard yg tak buka gate, atau sebab task yang dapat tu. Huhuhu...ok try to fokus and cool. Alhamdulillah....keadaan beransur baik kot sampai habis kelas. 

Kemudian ada kelas UNGS plak. Hati dah tak sedap tambah perut plak sakit. Angin plak melanda. Ya Allah...sabar je la. Hari ni mesti Ustaz bagi keputusan mid-term. Cuak balik. Dah la masa test tak perform dgn baik. Main hentam je. Pasti result teruk punya. Dan ternyata, result mmg teruk. Paling worst kot dalam sepanjang dok kt UIA ni. Markah penuh 20 dan dapat tak sampai pun separuh dari tu. Huhuhu....

Tapi yang bestnya, still leh cool. Macam tak ada apa2 pun. Kawan-kawan di sekeliling dah cuba tenangkan saya. Siap bg kata-kata semangat. Dorang pun terkejut dengan result saya. Yeah...sy tahu kenapa sy dapat result yg teruk tu. Ok...markah tu tak la distract sy sgt. Tp kawan kat sebelah asyik comfort sy je suruh sy try lg, jgn sedih bla...bla..bla....Okey the counselors-to-be are talking.  Thanx guys. Sy hargai. Tapi, serius, sy tak rasa apa-apa pun. 

Sebelum abes class, cuba kira balik kertas tu. Okey, ustaz silap kira markah sy. Ah...Alhamdulillah, dapat la tambah markah sikit, bukan sikit tp byk giler ustaz tambah. Dapat rezeki tambah markah yg byk, sungguh sy tak sangka. Okey la sikit dari yg mula2 dpt tu. Tapi saya wonder gak la, patut ke sy dapat. Ustaz bleh bg macam tu je. Dia kata, tak apa. Ya Allah, sampai sekarang masih tak percaya kot. Alhamdulillah rezeki.

So, sy dah tak murung dah untuk hari ni. Muka dah tak tengang. Dah bleh senyum balik. Hehehe...okey muhasabah untuk saya hari ni adalah, jgn terlepas solat subuh & tak baca Quran. Sebab tu pagi-pagi dah emo, kepala pun dah tak leh pikir dgn betul. Okey, smlm tidur lambat dan bagun pun lambat la. Maka terlewat subuh. Okey, salah sendiri. Hari tak akan bermula dengan baik kalau kita tinggal subuh. Ya Allah...ampunkan daku.

Sekian, terima kasih. Kisah dah tamat.


MORAL OF THE STORY:
- jgn tidur lambat sebab akan bagun lambat, tak pasal2 terlepas subuh
-al-quran jgn tak baca
-jgn rasa dunia ni mcm nak terbalik sebab dpt result xm yg teruk
-Yakin dengan Allah, sebab dia yg bgi rezeki
-jgn meniru dlm xm sbb nak dpt markah byk. bru sy tahu, masa test aritu ada yg buka buku, patut la dpt markah tinggi. ok, abaikan mereka.
-sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada, jgn tamak2

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim: 7)

3 comments:

iffahnazifa said...

Dear, kemurungan itu bkn ke trademark kamu..?
Hehehe.
Daku xde la bengang sgt td.
X b'perasaan sgt. Blur ckit sbb t'sentap pepagi..huhuhu

nadia said...

hehehe...ye ke "kemurungan" tu trademark gue? iye la tu kot :)

pagi2 dah tersentap. klu selalu gini, bleh kena sakit jantung ni. hehehe

lupa la nak cakap moral of da story lagi 1: gosok bju awl2, klu emergency tak susah. hehehe...

Miss Ann ~♥ said...

jgn sedih2...ada ruang lagi...

pesanan terakhir...jgn dok tidoq dlm class...nti ceq siku br tau~..hehe