Tuesday, June 15, 2010

Malu Bertanya Sesat Jalan

Assalamualaikum semua,

tadi saya pegi beli tiket bas kat Pekeliling. Masa nak balik tunggu bas ke UIA, ada seorang mak cik ni menegur saya. Dia kata dah lama dia tunggu bas. Dia pun sekejap duduk, sekejap berdiri tengok bas. Dia macam gelisah semacam je. Dia ada cakap, dah lama tak naik bas. Dia dok kat Tmn Melati je. Sebenarnya, dia dari HKL. Selalu naik teksi, tapi hari ni nak balik naik bas. Dia kata teksi dah mahal, tambangnya RM15. Baik naik bas, lagipun hentian bas depan rumah ja. 

Di tanya saya nak ke mana? Saya jawab nak balik UIA. Kemudian kami sembang la sikit2. Oh....teramah la plak saya tadi. Huhuhu...bila dia tau saya UIA, dia pun ada la selit-selit cakap dalam bahasa Inggeris. Hehehe...Dari pemerhatian saya, mak cik ni mesti org berada dan pernah bekerja. Sambil dok sembang tu, dia bagun lagi tengok bas. Saya dah macam pelik. Huhuhu.....

Saya tanya dia, "nak naik bas no berapa?" 
Dia jawab, "entah la, saya pun tak tahu. Dekat bas ada tulis kan pegi Tmn Melati" 

Huhuhu...pastu ada sebuah bas rapid lalu. Dia tengok je bas tu pastu geleng kepala
.
"Tengok, bas ni tak tulis apa-apa pun. Kat sini pun tak ada tanda bagitau bas no berapa utuk pergi mana"

"Patutnya, tulis la kan. Kalau kat Luar negara, senang ja. Kalau sorang2 pun, boleh berjalan, tak sesat. Tapi negara sendiri?" Ehm.......

Saya??? tah la nak cakap macam mana. Saya kata, mak cik tanya orang la. Dia senyum ja. Aiseh, tak paham saya. Patut la mak cik tunggu lama. Nak naik bas apa pun tak tahu. Kemudian bas 91 sampai. Saya naik dan tinggal la mak cik tu. Huhuhu....

Kesimpulannya, kalau mak cik tu tanya orang, kan senang. Mesti tak lama nak tunggu. Bak kata pepatah, "malu bertanya, sesat jalan"

Sekian. untuk hari ini. Terima Kasih, Wasalam.

5 comments:

Miss Ann ~♥ said...

g pekeliling awat xhabaq kt ceq? ceq pn nk bli sm...hehe
makcik tu mmg ptt pn tny...cian dia sorang2...huhuh

kalam said...

bukan malu bertanyer sesat jalan mcm tu malu bertanya tinggal belakang erm thanks visit my blog cik nad

nadia said...

to ann: awat cheq nak pi beli tiket balik mana. kat pekeliling tu jual tiket balik pantai timur ja. oooo hampa nk balik ganu eh? hehehehe

tau tak pa. sy pun tak paham la knapa dia tak tnya org dr awl lgi. dia balik mcm mana pun tak tau la. kesian sungguh.

nadia said...

to kalam: ye betul2. dah malu nak tanya, kena tinggal bas la jawabnya. huhuhu...

sy selalu je pi melawat blog awk tu. tp...mcm blog org sgt2 patah hati je. huhuhu...

nadia said...
This comment has been removed by the author.