Wednesday, July 28, 2010

Expected the unexpected

Assalamualaikum semua,
sgt rindu nak menconteng blog ni. Tapi apakan daya, masa tak mengizinkan. Ceh...saja bagi alasan tu atau dlm bhs kaunseling helah bela diri di bawah penafian. Hehehe...Serius, masuk je semester baru ni, saya rasa sgt sibuk, sampai tak sempat nak buat benda yg saya suka buat. Saya rindu saat-saat saya byk masa untuk buat byk perkara.

Banyak benda yang tak saya jangka terjadi. Dah tak tahu nak hadapi semua benda ni. Macam datang bertimpa-timpa je. Apa benda sy nak ckp ni sebenarnya :) ehm... apa yg sy nak cakap pertama, pasal peluang yg dah ada depan mata. Tak tahu nak terima atau nak tolak. Saya percaya pada takdir. Kalau Allah dah izinkan sesuatu tu berlaku, ia pasti akan berlaku juga. Sapalah kita nak menidakannya. Saya hanya doakan yg terbaik. Moga Allah permudahkannya. 

Kedua, pasal tekanan. Saya pun dah tak sanggup nak hadapi tekanan yg tak pernah selesai ni. Hari-hari ada je tekanan yg saya perlu hadapi. Letih tau macam ni. Patut la topik paling popular kalau nak buat kajian dalam kaunseling adalah tentang tekanan. Semua org akan hadapi tekanan setiap hari. Cumanya, setiap individu berbeza macam mana dia nak hadapi tekanan tersebut. Saya pun, kadang-kadang tak boleh nak hadapi juga. Biasalah, saya pun manusia biasa juga. Tapi, saya tengok ni ke arah positif. Mungkin ni boleh jadi latihan saya sebagai bakal kaunselor. Ye la, nnt bila dah bekerja, pasti hari-hari akan dengar masalah orang. Tekanan lagi byk berganda-ganda dari masa belajar ni.

Ketiga, kebelakangan ni saya suka sangat berfikir. Kelemahan saya adalah saya terlalu berfikir dan ambil berat tentang sesuatu perkara. Kalau dah terlampau fikir, saya akan sakit kepala. Pastu terus tak ada mood. Saya tak suka la sebab dah tak cool macam selalu. Saya dah tak tahu nak buat mcm mana. Sebelum ni okey ja, tapi sejak dua menjak ni, macam lagi teruk plak. Adakah ni tanda-tanda penuaan???  Maklum la, umur dah hampir meningkat setahun lagi, maka banyak benda nak fikir. Fikir tentang pelajaran la, keluarga, masa depan, kawan-kawan, org sekeliling, diri sendiri, & byk lagi la.

Keempat, saya tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni. Sebab saya nak balik kampung. Rindu giler nak jumpa keluarga. Tak sabar nak balik sebab nak rehatkan kepala otak yg terlalu kuat bekerja ni. Lepas ni, nak balik semula ke UIA dgn semangat baru. Semoga akan lebih kuat menghadapi segala cabaran. Saya tengah belajar untuk jadi lebih matang. Kematangan kenalah selaras dengan umur. Dah tak boleh main-main dah. Harus lebih serius dlm segala tindakan.

Sekian, wassalam. 


Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”





2 comments:

Miss Ann ~♥ said...

Pertama: a counselor nedds another counselor to settle his own problems. hehe

Kedua: Stress itu bagus. Maka, belajar2la kendalikan stress. or leh jer wat onlne stress test. hehe

Ketiga: jangan berfikir terlalu banyak. eliminate all the unreasonable things dat u r not suppose to think.

Keempat: Tak boleh balik coz anda kena join Mc Lead. *saya stress!!!*

sekian, terima kasih. *sila baca dengan skema*

nadia said...

Terima kasih atas nasihat anda.
huhuhu....

pi McLead last minute :)