Saturday, July 3, 2010

Memperkenalkan secara rasmi...tada.....

Assalamualaikum semua,
meh saya nak perkenalkan secara rasmi anak sedara saya yang pertama. Cucu sulung kedua-dua keluarga nih. Semestinya dia sangat bertuah la. Hadiah dia sangat banyak dan mewah ooo. Tak sangka kan, dulu tengok je kawan-kawan ada anak sedara, dorang letak gambar anak2 sedara tu dlm hanphone etc. Sekarang giliran saya plak. Tengok, siap letak dlm blog lagi. Nasib baik abang kawen awal, dapat la saya merasa ada anak sedara cepat. Hehehe...

Ramai yg kata mata dia macam saya. Huhuhu....teringat dulu-dulu abang saya suka ejek mata saya sepet dan hidung tak tinggi. Mentang-mentang la mata dia besar, bulu mata panjang, dan hidung sedikit mancung, di kutuknya saya. Apa-apalah, janji saya ada mata untuk melihat dan hidung untuk bernafas. Sekali, bila anak dia keluar, mata anak dia sepet, hidung pun tak la tinggi sangat macam dia. Itu la abang, suka sangat dok kutuk saya. Huhuhu....

Sebelum dia di lahirkan, semua orang bayangkan yang mata dan hidung dia akan ikut abang dan warna kulit ikut kakak. Mesti comel. Semua orang teruja tau nak tengok macam mana la rupa dia ni sebab dia campuran dua negara (M'sia & S'pore), dua keturunan (Mamak & Banjar), dua budaya, dua cara hidup, dua latar belakang keluarga yg berbeza. 

Macam mana pun rupa dia, Alhamdulillah, dah selamat lahir kat dunia pun dengan sempurna dan tiada cacat cela dan yang penting sihat walafiat lagi comel. Saya rasa kan, bayi kalau baru lahir memang comel kan.  Moga dia membesar menjadi anak yg solehah dan menjadi kebanggaan keluarga.

Nama diberi: Zaheen Az Zahraa Binte Muhammad Asyraf (maksud Zaheen-cerdik, Az-Zahraa-bunga)
Tarikh Lahir: 16 Mei 2010 (tak bleh lupa birthday dia sebab sama ngan Hari Guru)
Tempat Lahir: KK Women's and Children's Hospital, Singapore (dia bukan rakyat M'sia ok!!!)

Okey, biarlah gambar yg berbicara. 
Hospital tempat lahir. Mewah kan?
Selamat melihat dunia Zaheen. Ni masa baru keluar.
ok mata Zaheen macam sapa???
Zaheen dengan Nenek Yah & Tok Mama
sleeping cute Zaheen
senyum sambil tido
Tok Mama & Baba Zaheen yg cukur rambut dia sampai botak.
Hobi Zaheen adalah tidor tau.
Ala..la..bucuk. Zaheen anak baba
Zaheen pakai baju bola. Zaheen sokong Sepanyol utk Piala Dunia ni tau.
Keluarga bahagia; Zaheen dengan Ibu & Baba


Fakta menarik tentang Zaheen:
  1. Zaheen suka tidur dan kuat tidur. Fakta: baby yg baru lahir memang akan tidur 10 jam sehari. Hobi suka tidur di warisi oleh kedua ibu bapanya.
  2. Zaheen bila dia nangis sebab nak susu atau lampin basah, dia akan menangis sekuat hati sampai bergetar suara dia dan mata dia akan pejam rapat-rapat. Fakta: kuat nangis macam ibu dia masa kecil2. So, like mother, like daughter la kan :)
  3. Zaheen jarang buka mata kalau kat umah. Fakta: bleh tengok gambar dia kebanyakan mata dia pejam sebab dia memang tak suka buka mata. Buka mata masa menyusu je kot.
  4. Zaheen kalau nak tengok dia buka mata, masa naik kereta. Fakta: mata dia akan terbuka je sepanjang naik kereta, pastu kadang-kadang bleh plak dok senyum. Dia diam je dalam kereta, suka sungguh kalau dapat berjalan. Dia memang suka naik kereta.
  5. Zaheen ni kalau keluar berjalan akan senyap je, tak menangis dan tak banyak kerenah. Fakta: dia memang kaki jalan dan suka kalau bawa keluar.Tengah panas2 pun dia bleh tahan. Dari dalam perut Zaheen ni asyik travel je sebab ibu dia selalu berulang dari Singapore-Johor-K.L-Penang. Dari utara sampai selatan dia berjalan, mau tak dia jadi macam tu.
Rupanya memang best tengok bayi membesar kan. Rasa geram je, nak je cubit pipi dia. Zaheen ni dia tak mau sangat kat orang yg dia tak kenal. Saya pun dia tak nak sangat. Pegang sat ja, dah nangis. Huhuhu...sedih Acik Angah tau Zaheen tak mau. Ye la, baru sekali jumpa, mana nak kenal lagi kn. Lepas ni lambat lagi la nak jumpa Zaheen. Insyaallah, tahun ni Zaheen balik raya kat Penang. Nanti Zaheen balik, dia dah masuk 4 bln, mesti dah tak mau dekat orang sebab dia dah besar dan cerdik. Alahai....Zaheen...Tok Mama kat Penang ni hari-hari sebut nama Zaheen tau. Asyik dok teringat pipi labuh Zaheen tu.

Moga Zaheen cepat besar dengan sihat dan cerdas. Moga Zaheen menjadi anak yang solehah dan menjadi contoh kepada bakal adik-adiknya :)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?. (Shahih Muslim No.4803)



5 comments:

*mAdAh FikrAh* said...

comynye zaheen. perempuan ke laki akak? sy confius plak...

baby semua comey..hehe..i like

Miss Ann ~♥ said...

acik angah....cmel la zaheen~~ rs cm nak culik bw blik selayang..hehe..
cian dia xske acik angah..hehe..jgn nangis yer..hehe

nadia said...

to madah fikrah: zaheen ni perempuan la. bukan kamu sorg je yg keliru mula2 dgr nama Zaheen ni. Macam nama lelaki kn?

itu fakta, semua baby mmg comel. rasa nak gigit2 je pipi kn!!! :)

to cik Ann: awk nak culik??? hehehe....nangis kuat nnt, awk yg susah.
nnt2 dia suka la acik angah dia ni. bru jumpa, blum mesra. nnt sy goda2 dia supaya dia suka kat saya. hehehehe....

Miss Ann ~♥ said...

xpe2...dia mst ske kt sy...haha..
sy nk satu cm zaheen leh x?hehe

nadia said...

ye ke???
klu nak satu macam kena beranak sendiri la. hehehe...