Saturday, August 21, 2010

Best sangat ke nak buang bayi tu?????

Assalamualaikum semua,

Di bulan yg mulia ni, kenapa masih ada lagi orang yg sanggup nak buang bayi???? Sedih tau, pagi-pagi bila baca akhbar pasal ada lagi kes buang bayi. BAYI tu manusia tau, bukan KUCING yang suka-suki kita nak buang merata-rata.


Semalam pun ada kes buang bayi lagi. 2 hari lepas pun ada kes bayi di buang. Minggu lepas pun ada lagi kes bayi di buang. Bulan lepas, tahun lepas.... pun ada kes lagi. Dah macam perkara biasa pula. Ada yg di jumpai masih hidup, ada yg di jumpai dah mati. Tahniah kepada IBU BAPA bayi tersebut sebab sungguh KREATIF dan GIGIH MEMBUANG BAYI tersebut. Kalau kita tengok cara bayi tu di buang, bukan calang-calang orang boleh buat. Semestinya mereka ini ORANG YANG HEBAT. Betul tak???

Antara cara yg di gunakan untuk membuang bayi adalah, bayi di buang dalam tempat pembentungan, terapung atas air dlm jangka masa yg lama. Ada bayi yg mati lemas sebab di letakan dalam beg. Ada bayi yg di jumpai bersama sampah dalam tong sampah. Lagi BEST ada bayi yang di bakar bersama sampah. Kalau cara biasa yg selalu kita tengok adalah bayi di TANAM. Ni cara LAMA. Saya lebih SUKA ibu bapa bayi-bayi ni menggunakan CARA EXTREME dan  lebih TRILL bak kata orang puteh kan??? Baru ada KICKED, betul tak???? 

Apa yg pasti, semua cara-cara ni memang tak terjangkau dek akal fikiran saya yg cetek ni. Setiap hari, ibu bapa bayi-bayi ni bagaikan berlumba-lumba menunjukan KEPAKARAN masing-masing bagaimana nak membuang anak yg baru lahir yg mereka tak mahu. Mereka cuma pandai BUAT ANAK, tapi MALAS & TAK MAHU jaga pun. Saja kot suka-suka BUAT ANAK tapi tak MAHU HASILNYA. Sungguh kurang cerdik kan orang-orang ni !!!!


Saya dah tak sanggup nak tengok BAYI yg tak berdosa ni teranayia macam tu. Saya dah tak tahan nak mengalirkan air mata tengok bayi itu di buang dan di bunuh. Apalah daya dan kudrat bayi yg baru lahir tu nak cakap kat ibu @ bapa dia :

"TOLONG JANGAN BUANG SAYA"

"TOLONG JANGAN BUNUH SAYA"


Kepada yg tak mahu bayi mereka, bagilah kepada orang yg nak. Ada je orang yg nak kan bayi anda tu. Sekurang-kurangnya, dapat gak pahala sebab dapat tolong orang lain.


Oh ya, KES hari ini lagi menarik. Seorang mayat budak lelaki berusia 1 thn di jumpai di tinggalkan di perhentian bas. Bagus betul ibu bapa budak ni. Main tinggal macam tu je anak dia. Saya musykil la, ni MANUSIA ke HAIWAN. Seganas-ganas harimau atau singa, tak ada kes pun yg saya baca kat akhbar kes anak harimau atau singa di buang. Kes buang manusia banyak la, kes buang haiwan tak ada plak. Huhuhu....


Apa rasa anda kalau tengok gambar ni:






Tepuk dada, tanya IMAN la. Kita bukan berada di zaman JAHILIYYAH dah. Kesian kat Rasulullah SAW. Baginda dah bersusah payah menyampaikan ajaran ISLAM kpd kita. Langsung kita tak ikut dan hargai. Kita hidup ni bukan menongkat langit. Satu hari nanti, langit yg memayungi kita ni akan runtuh juga, bukan selama-lamanya akan kekal begini. Ingatlah, satu hari nanti kita akan kembali kepada PENCIPTA kita. Apabila masa tu dah sampai, jgn kita nak menyesal lagi.

Bayi-bayi yg di buang dan di bunuh ni, InsyaAllah Allah dah janjikan syurga buat mereka, tapi ibu bapa mereka ni, belum tentu lagi macam mana???? Lu pikir la sendiri (pinjam kata Nabil) 

4 comments:

Lulu Caldina said...

sob..sob...sedih..

Unknown said...

teruk kn

iffahnazifa said...

'Modern Jahiliyyah'ni lagi teruk drpd Arabia b4 Islam. Klau dulu average 'female infanticide' cuma lbey krg 200 cases shj. Ttpi skrg ni makin m'jadi-jadi. Bahkan dh x mengira jantina. Apa pnya manusia agaknya 'mereka2' itu. Kreatif x kena gaya. Esok jwb la dpn TUHAN bila anak x b'dosa tu b'tnya knpa mrka dianiaya sebegitu rupa. Nauzubillah min zalik. Moga Allah sentiasa memelihara kita.

nadia said...

to Lulu: yup. sgt sedih kita yg tengok. org yg buat tu sampai hati plak. huhuhu

to Kalam: yup. sgt teruk. tak tahu la nak jd apa org mcm tu.

to iffa: amboi, pnjg lebar komen dr "ustazah" kita ni. hehehe...

kita dah jd modern jahiliyyah pun. tapi rasanya lebih hebat kot. zaman kita ada perkara yg tak ada masa zmn dulu pun.

semoga kita semua berada dlm kasih sayang & rahmat Allah :)