Monday, September 6, 2010

Alahai masjid sekarang

Assalamualaikum semua,
Salam Ramadhan. Tinggal lagi beberapa hari je lagi kita nak berpuasa. Bulan Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah, tahun ni dapt berpuasa dan bertemu Ramadhan. Tahun depan belum tentu lagi kan. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dgn Ramadhan tahun depan pula.

Tadi saya berkesempatan bersolat terawikh di masjid Al-Amin, Sg. Dua. Masjid ni kat kariah umah saya , masjid yg saya selalu pergi semasa kecik2. Tadi masa solat, saf jemaah lelaki ada 3 dan saf jemaah perempuan ada 2 setengah ja. Kereta pun dah tak penuh kat parking tu. Masjid dah tak meriah, keadaan kat luar masjid gelap je. Apa dah jadi kat masjid ni?

Sedih saya tengok masjid ni sebab tak di imarahkan macam selalu semasa bulan Ramadhan. Memang berbeza dari selalu sebab masjid akan penuh dan byk saf, baik saf lelaki mahupun saf perempuan. Masjid sikit punya cantik, tapi tak ramai org datang bersolat. Inilah akibatnya kalau agama di campuradukan dengan politik. Masjid jadi mcm ni sebab ada segelintir manusia tu yg nak mencampurkan agama dan politik. Sejak masjid ni di ambil oleh jawatankuasa baru, terus jadi macam ni. 

Malam semalam plak, di adakan tazkirah oleh pihak tersebut. Mereka jemput penceramah luar. Boleh plak si penceramah tu kutuk kaw-kaw imam masjid ni. Dah la datang tempat orang,pastu dok mengata plak. Si penceramah kata orang yg berjemaah dengan imam tu tak sah sebab imam tu masa solat byk bergerak. Huhuhu...kot ye pun, tak boleh ka pi ckp dgn imam tu sendiri. Ni bila dah ckp terbuka mcam tu dlm ceramah, hilanglah kredibiliti dan maruah imam tu. Mmg tak ada etika sungguh si penceramah ni. 

Masa awl puasa tu, jawatankuasa baru ni nak buat solat terawikh 8 rakaat ja dan akan ada tazkirah. Tapi cadangan ni di tentang oleh imam utama masjid ni sebab dah perpuluh tahun masjid ni dah besa buat 20 rakaat terawikh. 

Sedih tau bila masjid dah tak macam dulu. Buat apa nak berebut-rebut jawatan dlm masjid tapi tak jalankan tanggungjawab. Lebih baik berlumba-lumba nak mengimarahkan masjid tu. Buat apa nak berlawan sapa lebih baik dalam mentadbir masjid, tapi lupa setiap tanggungjawab tu akan di persoal di akhirat kelak. Sekarang makin ramai org dok komplen pasal masjid ni. Ada juga yg malas nak jejak ke sana dah sebab ni lah. 

Sumber: Google


Sumber: Google
Masjid kat Pulau Pinang sekarang dah makin pelik. Ingat kes bacaan khutbah yg sebut nama Guan Eng? ehm...itulah kesan nak politikan juga agama. "Golongan" ni terlalu taksub dgn politik yg mereka ikut tu. Kalau nak buat program mesti nak kaitkan dgn politik juga. Masjid dah tak berfungsi dgn betul dah. Orang-orangnya juga dah makin terpesong. Alahai...tak tau la nak jadi apa dah.

0 comments: