Saturday, October 9, 2010

Educational Visit to IIUM from SK. Raja Muda

Assalamualaikum semua,
dah lama tak up-date blog ni. Sejak dua menjak ni memang sibuk kot. Banyak kerja nak buat tp tak siap2 pun. Byk benda nak share kat sini tapi malas plak nak tulis. Ehm...penyakit malas ni memang tak pernah nak surut. Hehehe...

Hari khamis yg lepas, INSTED dapat lawatan sambil belajar dr Sek. Keb. Raja Muda, Shah Alam. Antara yg hadir adalah PRS sek tu seramai 78 org murid dan di iringi oleh 8 org guru serta 2 org staf. Kami selaku pelajar kaunseling thn dua kena kendalikan program ni. 

Seronok layan budak-budak ni. Soalan dorang ni mmg kita tak jangka. Maklum la, budak-budak yg dok bandar lain dr yg dok kampung. Dorang agak advance, matang, dan sgt teruja nk berjln kat UIA ni. Dorang sampai pg dlm kul 9. Pgi tu ada slot ngan Kak Aziah , ckp pasl PRS di IPT. Pastu dorang ada group binding/group caunseling dengan kakak2  & abg2 tahun tiga. Petang lak, pas zuhur, jln2 dlm UIA atau campus tour. Budak-budak ni di bawa melawat semua Kuliah, masjid, library dan akhir sekali marhalah. Patutnya, last sekali kat tangga besar, sambil ambil gambar kenang-kenangan kat situ, tapi hujan lebat sangat masa kami kat marhalah Ali. Makanya, tak jadi la.

Walaupun progrm ni agak ad-hoc, tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Masalah sikit2 tu adat la. Yang penting, kami semua dpt bekerjasama buat pertama kali. Tapi kan...budak lelaki mmg menyakitkan hati. Tak bleh harap langsung, dah la yg ada pun tak beberapa ramai, lagi nak bwk masalah. Buat kerja ala kadar ja. tapi ada gak yg bersungguh, bukan semua ya, segelintir ja. Huhuhu...

Harapnya, kita smua dpt bekerjasama lgi utk program akn datang. Mula-mula mmg susah nk bekerjasama sebab kami ni mcm ala-ala ada geng masing2. So, mula-mula tu agak tak selesa, bagi sy la. Dah la masa yg singkat je dpt tuk selesaikan semua kerja. Nk berkomunikasi pun agak janggal. Since, kami ni adalah bakal-bakal kaunselor, tak bleh la nk "judgmental" org kan. Hehehe...so bekerjalah kami dgn perasaan "genuine" dan juga "unconditional positive regards". Sori, termasuk plak term kaunseling :) Sapa yg tak paham tu buat2 paham lah ye.

So, jom layan gambar-gambar masa hari tu:

ni semua commitee yg serba ungu, mendengar taklimat dr PM
tugas sy pd hari tu

sesi memperkenalkan fasi & pembahagian kumpulan

adik2 kena buat sesuatu yg melambangkan diri masing2

bersama fasi dlm kumpulan

antara hasil LDK
rasanya adik2 ni buat paling cantik kot :)

kreatif betul adik2 ni

Selepas solat zuhur di SHAS Mosque, ada campus tour. Campus tour ni di ketuai oleh Mr. President BEDSA merangkap Program Manager tuk school visit ni. Patutnya, adik2 ni di bawa untuk melawat sekitar masjid SHAS ni, tapi terdapat sedikit salah faham, maka tak ada la sesi penerangan oleh pihak masjid. Tak pe, salah sikit je kan??? Pastu, rombongan ni di bawa utk melawat library. Gambar kat library tak ada sbb sy tak ikut. Saya terus tunggu di marhalah Ali sbb nak bawa air mineral utk adik2 ni. 


baru tiba di marhalah Ali

terpaksa terima kenyataan bahawa adik2 ni lebih tinggi:)

sambil tunggu pihak MRC Marhalah Ali nk datang, sempat lg adik2 ni membeli kat cafe
kami melawat blok PG Marhalah Ali. Patut lawa blok ni kn.
adik2 ni tgh dengar short speech dr PhD student yg sukarela nk bercakap. Yg pakai jaket tu wakil MRC.

masa ni nk balik dah. tunggu hujan reda.


gambar candid :)


Tahniah saya nak ucapkan kepada semua commitee sebab kita semua berjaya menjayakan program ni. Terima kasih kat Mr. President sebab bagi peluang kat kami2 ni nak handle program ni. Untuk program seterusnya, jgn lupa ajak la na. 

5 comments:

Miss Ann ~♥ said...

awat gmbaq ceq xda?hehe

Miss Ann ~♥ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nadia said...

cuba tengok betul2...kan ada tu. sori la, tak kan nak letak gmbr2 yg bajet dlm my blog kot. huhuhu...

nnt mintak sy copy gambr2 ni ok!!!

Miss Ann ~♥ said...

hahaa...is bajet sgt?heheh

nadia said...

sort of. ala gambar yg kat ats stage tu. huhuhu...