Monday, October 11, 2010

Membuat Tree of Life

Assalamualaikum semua,
entry kali ni tentang The Tree of Life. Pernah dengar tak? Okey, The Tree of Life adalah teknik dlm narrative therapy. Pendekatan ni memberi ilham dan harapan kepada kanak-kanak yg ada kisah silam yg teruk untuk meluahkan perasaan mereka.

Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak untuk bercakap tentang kehidupan mereka dengan cara yang akn membuatkan mereka menjadi lebih kuat. Dalam terapi ni, kanak-kanak akan menggambar 'pohon kehidupan' (the tree of life) mereka sendiri di mana mereka akan bercakap tentang  'akar' (di mana mereka datang dari), kemahiran dan pengetahuan, harapan dan impian, serta orang-orang penting dalam hidup mereka.  

Selain itu The Tree of Life (Pohon Kehidupan) membolehkan kanak-kanak untuk berbicara tentang kehidupan mereka dengan cara yang tidak mengulang trauma yg mereka rasa, malah ia menguatkan hubungan mereka dengan sejarah mereka sendiri, budaya mereka, dan orang-orang yg penting dalam hidup mereka.

Dalam terapi ni, seseorang tu perlu melukis sabatang pokok yg perlu ada akar (roots), tanah (ground), batang (trunk), cabang (branches), daun (leaves), buah (fruits) dan bunga (flowers). Setiap bahagian pokok ini mengambarkan maksud yg berbeza. 

  • Akar (roots): mengambarkan tentang asal-usul, keturunan, nama keluarga, sejarah keluarga.
  • Tanah (ground): mengambarkan apa yg di buat dlm kehidupan sekarang dan juga aktiviti yg di lakukan setiap hari.
  • Batang (trunk): mengambarkan nilai diri, kemahiran dan juga kemampuan diri sendiri. 
  • Cabang (branches): mengambarkan harapan, impian dan juga keinginan yg kita nk dlm hidup ni.
  • Daun (leaves): mengambarkan org yg penting dlm hidup kita
  • Buah (fruits): mengambarkan apa yg org sekeliling bagi kpd kita; apa yg kita dpt dr org lain. Ia tak semestinya benda, termasuk juga kasih-sayang, dorongan dll.
  • Bunga (flowers): mengambarkan apa yg kita nk bagi kepada org lain. Ia juga boleh di katakan apa sumbangan kita kepada org lain dan tak semestinya dlm bentuk benda. 
Pendekatan Tree of Life tak semestinya sesuai untuk kanak-kanak je. Untuk org dewasa pun boleh juga. 

Hari tu berpeluang buat sendiri Tree of life ni. Sebenarya, Kak Aziah bagi ni sbg test yg ke-3 untuk subjek Individual Appraisal. Maka, hari khamis lepas, kami kena buat la dlm kelas. Memang best la. Dah lama kan tak pengang warna pensel, crayon & melukis segala. Tangan pun agak keras nk melakar. Riuh kelas sebab masing-masing tak tahu nk melukis pokok dgn cantik. Tapi, pattern pokok mesti sama semua. Pokok warna hijau, bunga warna merah & buah pun kaler merah. Hehehe...typical pokok kalau kanak-kanak lukis. Ada kwn2 yg lain keluar kelas, melukis bawah pokok sebab nak cari inspirasi kononnya. Hehehe...apa-apa la kwn2, janji siap. 

Sebut pasal siap, sy sendiri pun tak siap sebenarnya. Oleh kerana terlalu teruja nak warna guna crayon, sy pegi warna pokok yg sy lukis tu semua. Bila dh hampir siap, bru perasan tak ada ruang nak tulis plak. Sudahnya, sy buat semula tp sambung kat bilik la. Nasib Kak Aziah mintak hntar hari Isnin. Tapi sy siapkan hari Jumaat tu juga. 

Jom tengok gelagat kwn2 sy dlm kelas ni:

masing-masing kusyuk menyiapkan lukisan

ni lagi la bersemangat. Cik Ann jgn marah ye, sy letak gambar awk kat sini

ni la lukisan yg tak jadi tu. hehehe....

Tree of life Cik ann kita ni. Saya mintak dia lukis akar kat sy tp dia kata lukis la sendiri.Huhuhu...

Ni la Tree of life sy. Tah apa2 la sy lukis ni.

agak kelakar sebab buah, daun & bunga tu mcm tak jadi sgt. Apa2 la, jnji ada semua.

Akar yg sy lukis ni mcm tak lawa sgt. Cik Ann punya lgi cantik kan?

kesemakan meja berlaku dgn segala warna & alat tulis

Terima kasih kat Cik Ann sbb bg pinjam pensel warna & juga crayon utk sy bwk balik siapkan lukisan ni kat bilik.

Rumate sy agak teruja sebab akhir-akhir ni byk plak kerja yg beseni mcm ni. Dia siap kata, sy ni amik kaunseling ke seni lukis. Bilik dah mcm bilik budak KAED je. Terima kasih kat dia gak sebab tolong sy nak siapkan benda ni dan juga kolaj aritu.

Okey, lepas ni boleh la klu nk buat sendiri The Tree of life masing-masing. Kalau tak tahu nak buat boleh tny sy. Saya sedia nk tolong.

2 comments:

Miss Ann ~♥ said...

WwwWWWWaaaaaaaaaaaaaaaHHHHHHHHHHHHHHHH!!! glamer i~~~ tak perasan pulak ada entry ni.... heheh
tp part yg lukis akar tu...awk ckp je soh lukis tp xde pun request kt sy soh lukis...heheh..maapla yer..
tp kn...hr tu xtgh ur tree...so ada mcm ala2 floating gitu..hehe

Miss Ann ~♥ said...

pic i dlm n3 tree of life ni mcm i dh tembam g2...ahahahaha...
*excited tengok pic sendiri*