Sunday, October 31, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan semua !!!

Assalamualaikum semua,

ehm..ehm...hari yg di tunggu dah tiba. Hari nak periksa final la. Ishk..ishk...tak sangka betul, semester 1 10/11 dah di penghujung. Sebenarnya final exam kat UIA mula 30 Oktober sampai 15 November. Pejam celik, dah habis satu sem pun. Semester ni saya rasa paling teruk kot. Rasa malas dlm diri dah berganda-ganda. Bak kata Cik Ann, dah jadi senior, tanduk tumbuh makin panjang la. Ye le kot :)

Semester ni paling teruk sebab semua assigment hantar bukan on time. Selamber aje, ikut suka nak hantar bila. Memang tak berperasaan pun bila hantar assigment lewat. Teruk kan? Ehm...ada subjek yg kena potong markah sebab hantar lewat. Nasib la, nak buat macam mana kan. Dah salah sendiri. Belajar dari kesilapan ye.

Subjek yg paling susah nk paham adalah Basic statistics. Dah la saya ni mmg tak gemar sgt dgn nombor ni. Nasib la. Dok dlm kelas pun bukan paham apa Dr. Nik ajar. Bila Dr. Nik tny paham, semua kata paham, tak ada soalan nk tny. Bila kena buat assgment, semua pakat tak tau buat. Tapi...nasib group mate sy sgt sporting. Kami ni sama-sama tak paham dan sama-sama belajar. Korang mmg best la. Moral support sgt penting. Apa yg penting...KERJASAMA.

Subjek kegemaran semester ni adalah UNGS 2050: Ethics & Fiqh for everyday life , sbb ust Kabuye yg ajar. Lagi satu, subjek Fiqh ni mmg feveret subjek sejak dr kolej lagi. Dapat plak lecturer yg best, lagi la suka byk2. Lepas ni mesti rindu kat kelas dia sebab cara dia mengajr mmg best.

Subjek lain semua best gak. Best ke tak best ke mmg kena amik kan sebab nak kena complete 144 credit hour. Nasibla, nak buat mcm mana. Lumrah hidup sbg pelajar :)

Okey la, sempena musim exam ni, saya nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan buat kawan-kawan di UIA dan juga di semua universiti yg periksa juga. Tidak di lupakan juga buat adik-adik saya di KUIN dan PSAS yg nk exam gk. Buat yg terbaik dlm exam ya. Doakan kejayaan kita bersama.

Jadual exam:
1) Social Work For Community Service - 31 Oct 2010
2) Ethics & Fiqh for Everyday Life - 2 Nov 2010
3) Career counseling - 4 Nov 2010
4) Introduction To Statistics - 6 Nov 2010
5) Introduction To Group Counseling - 10 Nov 2010
6) Islamic Approach to Counseling - 11 Nov 2010
7) Individual Appraisal : Counseling Children & Adolescents

2 comments:

eRiN said...

gudluck exam!! wat yg terbaek..^,^

Cik FaRaH said...

selamat menjawab exam!! mari kita berdoa untuk kejayaan kita bersama!