Sunday, November 28, 2010

I'm back

Assalamualaikum semua,
dah lama tak moncoret apa-apa kat sini kan. Seperti yang di bagitau oleh anak sedara saya, budak Zaheen tu, saya tengah bercuti semester tapi malas nak up-date blog. Saya lebih suka baca blog orang lain je sekarang ni.

Ehm...sebut pasal Zaheen, dia dah balik pun ke negara tanah tumpah darahnya pagi tadi. Jadi, rumah kami ni dah sunyi sepi macam dilanda garuda. Dah tak ada hilai ketawa dia. Tok Mama & Tok Abah la paling terasa bila Zaheen balik ni. Dari pagi tadi sampai la malam ni, asyik dok sebut-sebut je nama cucu sorang tu. Sayang betul, maklumla, cucu sulung. Mau tak sayang giler.



Insyaallah, lepas ini, saya ada masa la nak menjenguk blog kesayangan ramai saya ni. Rasa macam nak make-up sikit bagi cantik. Selain blog ni, saya &  Ann kena up-grade blog BEDSA masa cuti ni. Tanggungjawab orang dah bagi kena la buat sehabis baik. Tapi, setakat ni macam tak ada perkembangan lagi pun. Tak ada idea nak menggempakkan blog BEDSA tu. Cik Ann kita ni dok sibuk dengan blog bisness dia plak. Silalah melawat blog beliau ini ye. Boleh buat tempahan kalau berminat.

Okey lah, sekian buat saat ini. Ada masa, saya tulis lagi.





 

0 comments: