Wednesday, November 10, 2010

Sekitar Minggu Peperiksaan

Sedikit kisah sekitar minggu exam

Study together
Kenapa study together bukan study group.? Dah memang menjadi amalan saya dan Cik Ann untuk study together bila nak final exam ni. Study together bermakna study sama-sama kat mana-mana sebab kalau lepak kat bilik, mesti tak study punya. Semester kali ni, study together kami tak cukup korum sebab 2 org kwn kami yang selalu dengan kami tak join sama. Ehm...harapnya semester depan kita dapat study sama-sama lagi ye. Oh ya...semester ni study together jadi super meriah sebab ramai plak yang join. Okey lah....kami terima dgn hati yg terbuka sangat2 :)



Social Work
Paper pertama yanga saya jawab. Untuk pertama kalinya saya di UIA saya menulis essay terus menerus sampai habis masa. Yang paling impress saya berjaya habiskan 1 booklet kertas jawapan dan di tambah sehelai kertas. Wah….saya sungguh terkejut sebab berjaya habiskan kertas dalam booklet tu. Best giler goreng tulis essay untuk social work ni. Steady je jawab paper ni sebab dah ada hint. Terima kasih kat Dr Hairuddin dan Dr Mohyani sebab bagi hint :)

Ethics & Fiqh
Ehm…macam boleh jawab tapi entah la…. Harap2 dapat A sebab tu la harapan saya dan Ust Kabuye. Dah usaha, baca dan hafal nak dapt apa pun tak tahu la. Alhamdulillah masih boleh jawab cuma 1 soalan tu macam pasrah je jawapan dia. Main hentam je. Tngok muka ustaz pun tak dapat idea lagi. Critical thinking betul punya soalan. Lagipun masa menjawab tu, rasa macam dah nk beku je kepala otak sebab dok dalam tempat yg sejuk tu.

Tetiba masa tengah menjawab soalan tercium bau asap rokok yang kuat. Hah…sapa terkantoi merokok dalam kawasan larangan ni?  Obvious giler bau dia.Huhuhu....

Career Counseling
Alhamdulillah soalan senang. Sempat lagi Madam Norwati datang kat tempat saya dan tanya "soalan senang kan" ??? Hahahaha…memang senang tapi saya blur + blank masa tu. Masa nak menulis tetiba terganggu dengan Examiner Assistant yang berjalan. Dia pakai kasut crocs sebab tu kasut tu agak berbunyi. Kelakar betul. Tengok, dia distract sampai saya tak leh nak menulis. Huhuhu…tetiba nk salahkan org lain. Ehm....sebenatnya saya dah tak ada isi nak menggoreng apa sebenarnya.  Harapnya paper career ni boleh la dapat high marks. Dok menjeling2 gak kat Atiqah yang dok selang 1 meja di depan. Giler hebat budak ni mengarang….penuh booklet tu kot. Tetiba teringat yang saya tak pindahkan jawapan soalan objektif kat booklet. Agak2 madam kira tak markah saya tu???

Basic Statistics
Oh…paper yang paling best giler. Macam biasa, paper Dr. Nik Suryani  seperti yang saya jangkakan. Tak baca atau tak study well pun dah boleh jawab. Ye ke??? Giler pscyho soalan yang Dr Nik bagi ni. Ada 5 soalan yg setiap 1 soalan tu 10 markah. Setiap 1 soalan tu ada 2 soalan kecil yang kena jawab. Masalahnya, setiap 1 soalan kecik tu, jawapan dia tak perlu karang berjela-jela yang membawa markah yang banyak pun. Jawapan dia simple je kot soalah2 menjawab soalan yang bagi 2 atau 3 markah. Hahaha…giler psycho betul.  Soalan memang senang sebab tak payah nak terang panjang2 tapi tu la markah byk sgt. Tak tahu nak bajet nak kena tulis berapa perkataan.

Apa2 pun, sesi menghentam ketika menjawab soalan tu memang best.  1 kelas macam blur macam mana nak jawab kot. Saya rasa yang confident jawab soalan ni Ruham & Saidah je kot. Kawan2 yang lain masing2 angkat kepala memandang antara 1 sama lain sebab macam tak paham soalan, tapi dorang berdua ni maintain cool je menunduk menjawab soalan. Tengok…sempat lagi saya observe orang masa tengah exam :)

Introduction To Group Counseling
Jujurnya, saya tak habis study sangat pun subjek ni. Baca gitu2 ja. Apasal tah rasa malas giler nak study. Masa menjawab tadi pasrah je la. Soalan boleh tahan la. Alhamdulillah, masih boleh menjawab. Takut tadi sebenarnya kenal tinggal sorang2 sebab banyak lagi yang tak jawab dan tak tau nak jawab. Lagi 5 minit pukul 4 dah ada yang mula keluar dan yang keluar ramai pulak tu. Nasib baik Diba yang dok kat depan saya pun tak siap lagi. Okey, ada geng. Akhirnya, tinggal 12 orang dari 22 orang menjawab sampai habis masa. Alhamdulillah , masih ada yang tinggal. Kalau tak, mau meraung sorang2 kot. Agak psycho menjawab soalan kalau tinggal kita aje. Dah pernah kena tinggal tau sorang2 dulu. Akhirnya, saya give up, dan terus keluar gak sebab dah tak ada sapa yang boleh saya tengok untuk jadi sumber inspirasi. Dah la ngantuk masa tu. Okey....biar la. Benda dah berlalu pun :)

Sekarang tinggal lagi 2 paper je. Besok petang 1 paper dan hari sabtu pagi lagi 1 paper. Tak sabar nak habiskan ni. Dah tak sabar nak balik Penang. Dah rindu orang kat Penang la. Sabar....sabar...study jangan malas2 :)

Bila dah di penghujung exam, mood nak study pun dah berkurang. Tambahan pula, dok tengok kawan2, jiran sebelah bilik dah mula balik kampung pun. Oh ya, Cik Farah dah bertolak balik malam ni dah.  Selamat balik kampung ye Farah. Besok Atiqah pulak terbang balik Langkawi. Ehm....saya balik sabtu malam naik keretapi. Yeyeye....

Okeylah...Selamat Study kepada yang masih ada paper. Jangan sedih2 kena tinggal. Nanti kita cuti sebulan lepas ni, okey...

P/s: 101110- Selamat Hari Lahir buat adik tersayang di PSAS. Good luck in ur exam, dik. Nnt balik, kakak belanja makan ice-cream ye !!!

4 comments:

::deebaadeeboo:: said...

hehehe..naseb ade geng kan..

hee,agk tercabar bile berturut2 ramai y kuar..pdahal kite byk ag xjawab..saje je nk wt i neves..

naseb la sempat kan..alhamdulillah..

Fær.han/Unown F/Gyan said...

Goodluck lagi 2 paper tuh~ Chaiyokxz!

nienadia said...

to deeba: sek bek ramai yg tinggal :)

nienadia said...

to gyan: tq2. dah selamat pun 2 paper tu. skrg masa utk balik kmpg :)