Saturday, December 25, 2010

Coretan di KLCBF@PBKKKL

Assalamualaikum semua,
tadi pagi saya berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur kat PWTC. Pesta buku kali ni macam tak meriah sangat, gerai-gerai yang ada pun tak best macam tahun-tahun lepas, dan booth semua semestinya menjual buku-buku yang berkaitan kanak-kanak la. Orang pun tak ramai walau cuti sekolah. Ada sorang penulis buku kat JS ni cakap, kuasa membeli di tangan ibu bapa. Kalau dah ibu bapa tak bawak, tak kan kanak-kanak tu nak datang sendiri kot. Betul-betul.....Saya rasa gerai paling Gempak dan meriah tadi adalah booth PTS. Best giler buku-buku dia, ada potongan dan booth dia besar. Kelainan pesta tahun ni sebab ada pameran dari Petrosains kot walau tak banyak mana bahan pameran yang di bawa. Semuanya yang biasa-biasa yang saya dah tengok.

Masa kat pintu masuk, saya dah pesan kat Iffa, nanti kat dalam kalau ada orang tanya, cakap yang kita ni Cikgu. Bukanya apa, mesti orang-orang yang kat booth tu akan tanya kita ni siapa sebab dah pi Pesta Buku Kanak-Kanak. Saya dah ada pengalaman ni masa tahun-tahun lepas. Seperti yang di jangka, ketika saya tengah belek-belek barang kat satu booth ni, tukang jaga booth ni tanya saya "Cikgu ke? Cikgu tadika ke cikgu sekolah? Hehehe...saya senyum dan cakap "Lebih kurang la" Pastu dia tanya, "Mengajar apa" Saya cakap la kaunseling. Pastu dia cakap" Owh...BBM la ni..." Oh ya...BBM tu apa eh? :) Dia sambung lagi " Cikgu kat sekolah rendah mana?" Hehehe...mentang-mentang la saya ni kecik, dia ingat saya mengajar kat sekolah rendah ke? Huhuhu...sedih tau. Tapi tak pa. Maintain cool je la. "Saya cakap la, saya ni belajar dan belum habis lagi"


Pelik sangat ke kalau budak-budak muda seperti saya pi Pesta Buku Kanak-Kanak? Tapi betul juga kot, kalau yang pi ni kalau tak ibu bapa mesti cikgu sekolah sebab nak cari bahan mengajar. Dulu masa zaman kolej saya suka pi pesta buku kanak-kanak sebab banyak benda yang boleh di beli kat sini. Semestinya saya cari bahan untuk kanak-kanak tadika, di samping boleh tengok idea dari buku yang berlambak-lambak tu. Kat sini banyak CD untuk pembelajaran kanak-kanak  yang boleh membantu guru-guru mengajar dengan lebih efektif. Yang pasti benda tu semua sungguh comel dan membuatkan saya sangat teruja. Tadi masa pi booth MPH, ada di jual Big Book. Buku tu sangat fancy dan attractive sampai saya rasa nak beli ja. Tapi, kalau beli sekarang pun bukanya nak guna pun. 

Kalau pi pesta buku tak sah kalau tak jumpa geng yang jual Linguaphone kan? Tadi pun berlambak-lambak yang mengejar kami nak promote. Tips kalau jumpa geng-geng ni, kalau dia nak promote Linguaphone tu, cakap je kita dah ada dan pakai. Dia memang tak leh kata apa dah. Tapi, masa cakap kena penuh keyakinan la. Bukanya tak mau layan, tapi saya dah tau Linguaphone tu macam mana. Saya tengok kawan-kawan yang pakai tak elok mana pun. Sampai sekarang tak abes bayar, tapi tak guna pun. Rugi kan? Sori ye kepada tukang promote Linguaphone tadi. Kadang-kadang tu diaorang macam memaksa plak. Huhuhu...apa-apa je la. 

Sebelum balik, ada sorang geng yang promote Linguaphone tu tegur saya. Dia nak promote barang dia la. Bila saya tengok kad dia tu, saya cakap saya dah ada. Pastu dia kata tak nak dengar ke? Saya cakap dah jumpa ngan kakak yang depan tu sambil tunjuk kakak yang pakai baju kurung. Dia tanya saya belajar lagi ke kerja? Saya cerita la saya belajar lagi kat UIA, thn ke-3..bla..bla..bla. Bila dia tanya saya kos apa, saya jawab pendidikan kaunseling. Pastu, dia senyum dan kata patutla muka saya ni ceria alam je. Erk..."Ceria alam?" Hahaha...pertama kali orang kata saya macam tu. Apa judgment dia kat saya yang boleh dia kata saya ni "Ceria Alam" pelik dan kelakar bagi saya. Huhuhu...lawak betul. Sambil dok jalan saya dok gelak lagi bila teringat kata-kata dia. Akak tu memang sweet la sebab label saya macam tu. Persoalannya, saya ni "ceria alam ke?" Lagi satu, ceria alam ke mesra alam ke ceria? Heheheh...sila pilih apakah karakter saya ye. 

Oh ya, masa balik tadi, ada seorang wanita muda ni tahan saya dan Iffa. Dia mintak RM 10. Katanya dia baru keluar dari penjara dan tak ada duit nak balik rumah. Saya sempat buat "sesi soal jawab" ngan dia. Peluang saya ni nak tengok ragam orang sama ada dia menipu ke tak. Saya tanya dia keluar dari penjara mana, dia jawab dari penjara Kajang. Okey, Kajang ngan PWTC tu jauh kan? Macam mana dia boleh ada kat area PWTC dari Kajang ni? Huhuhu...pastu saya tanya lagi, "rumah kat mana dan macam mana nak balik?" Dia jawab "rumah kat Cheras, sebab tu dia perlu duit nak buat tambang. Nanti dia naik bas, bila dia sampai sana nanti dia suruh la pak cik ke sapa yang jemput" Owh....apasal tak telefon je so-called "pak cik atau siapa-siapa" tu jemput dia kat PWTC ni. Bukanya jauh pun Cheras ngan PWTC tu. Huhuhu...Dia cerita sambil buat muka sedih dan siap nak nangis lagi ni. Saya tanya lagi "Kenapa mintak RM10, RM5 tak boleh ke?" Dia jawab sambil tergagap-gagap tau " Saya tak makan lagi, cuba tengok muka saya yang pucat ni. Lapar ni..." Okey muka dan bibir dia memang pucat pun. Saya dah mula kesian. Pastu, Iffa dah panggil saya. Saya tak perasan pun bila masa plak Iffa dah lari jauh dari saya ngan budak perempuan tu. Dari jauh Iffa bagi isyarat jangan bagi dan suruh saya beredar. Saya pun blah macam tu je la dari dia. Pastu, yang menakutkan, dia kejar kami. Dari jauh dia jerit "Akak memang nak bagi kan tadi...saya tau". Pastu kami jalan cepat-cepat dan lintas jalan pi The Mall. Fuh...nasib dia tak ikut dah. 

Pertama kali kot jumpa orang macam ni. Selalu dok dengar cerita ja, kali ni dapat jumpa. Saya berhenti dan bersoal-jawab tadi tu pun bukannya apa, niat saya nak tahu betul ke kisah dia atau dia seorang penipu. Iffa kata, saya sempat lagi nak praktis kaunseling skill saya masa saat genting macam tu. Okey...betul la tu. Kaunselor kena ada empati kan? Iffa lari sebab bila dia dengar budak perempuan tu baru keluar dari penjara. Dia takut kalau jadi apa-apa kat kami. Saya sendiri pu tak fikir macam tu pun. Mungkin betul gak kata Iffa, mana la tau, tiba-tiba dia hunus pisau ke apa, rompak kami ke, tak ke jadi kes naya tu. Huhuhu...Pastu bila dok jalan-jalan kat The Mall, saya dok fikir lagi pasal kejadian tu. Boleh plak saya fikir, kot-kot la tadi tu rancangan Bang Bang Boom ke? Ada hidden camera ke tadi. Hehehe...possible tak? Iffa cakap, "Kalau betul, mesti ada orang yang kejar kita tadi" Betul gak kan? Yang tadi tu bukan kamera yang kejar, tapi budak perempuan tu yang kejar. Apa lah nasib budak tu kan? Ada ke orang yang bagi dia duit? Huhuhu...

Apa-apa pun, hari ni saya dapat pengalaman baru. Nak jadi kaunselor kena banyak pengalaman hidup kan? Ada lagi kejadian yang berlaku tadi. Tapi tak yah cerita semua la. Biar saya simpan sebagi kenangan hidup la.

Sekian, Wassalam.

0 comments: