Monday, December 6, 2010

Selamat Dapat Keputusan & Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum semua,

tetiba petang-petang macam ni rajin plak nak menulis kat sini. Tadi nampak ramai plak member-member UIA yang online kat YM, selalu tak la ramai macam ni. Korang tak sabar eh nak tunggu pukul 6 petang ni? Saya pun. Tambah, saya pun tengah nervous ni sebab keputusan exam bakal keluar petang ni. Waa...takutnya. 



Kalau universiti lain, masa ni baru nak habis exam, tapi kami kat UIA dah nak dapat result pun. Bila dah dapat result, bermakna cuti pun dah nak habis. Tak lama lagi nk kena masuk balik ke Taman Budi dan Ilmu.

Ehm...apa-apa pun result yang dapat nanti kena bersyukur dan berpuas hati la. Semester lepas saya tak la beberapa rajin sangat. Assigment pun hantar last minute sampai ada yang kena potong markah. Nasib la, nak buat macam mana. 

Oh ya, petang nanti lepas asar atau sebelum masuk waktu maghrib, jangan lupa baca Doa Akhir Tahun ya. Kita kan dah nak masuk tahun baru Hijrah. Sesiapa yang membaca doa Akhir Tahun maka akan berkata syaitan:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

Lepas tu, Doa Awal Tahun di baca lepas maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Jadi, jangan lupa baca kedua-dua doa ni ye. Semoga dengan kedatangan tahun baru Hijrah ni, kita dapat membuka lembaran baru dalam hidup kita, di samping mengubah diri  ke arah kebaikan dan menjadi insan yang lebih bertakwa. Semoga Allah ampukan segala dosa kita dan segala amalan kita selama ni, di terima Allah juga.  Selamat Tahun Baru Islam.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

2 comments:

AISHA SAAD said...

k'nad, 4 ptg ler.... huuu~

gut luck!

nadia said...

kul 4 eh? Awal lgi ke dah leh tengok. Ingat kul 6. Kak nadia tengok dah lewat la maknanya td. Hehehe...