Tuesday, February 15, 2011

Rinduku buat UMATKU

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Sesungguhnya, kitalah golongan yang Rasulullah rindu nak jumpa tu. Betapa bertuahnya kita menjadi Umat Nabi Muhammad. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Yang Mana Kau Lebih Cintai?

Assalamualaikum semua, 

Yang mana kamu lebih cintai?

Tahun ni sambutan Hari Kasih Sayang yg barat sambut tu @ sambutan Hari Kekasih selang sehari je dengan tarikh lahir & kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Kalau dulu semua org tak sabar nk tunggu tarikh 14 Feb sebab nak sambut hari kasih-sayang tu la. 

Sedar tak sedar sebenarnya, ada kisah di sebalik sambutan hari kasih sayang tu. Alhamdulillah, tahun ni kerajaan dah menyatakan pendirian tentang sambutan perayaan tersebut. Terkejut juga bila JAKIM melancarkan program "kempen Elak sambutan hari kekasih" Tahniah & syabas kepada pihak JAKIM sebab buat program mcm ni. Pastu, ada plak yg pertikaikan pasal pengharaman sambutan ni. Sampai TPM, Tan Sri Muhyyidin Yasin pun kena menjawab sama. Dia kata, orang Islam tak di galakan menyambut hari Kekasih ni sebab tak sesuai dgn Islam sebab sambutan ni ada sejarahnya tersendiri berkaitan kristian.

Pada hemat saya, bagus juga bila kerajaan dah mengeluarkan pendirian begini. Bila kerajaan dah highlight tentang hal ni, rakyat akan tahu bahawa benda ni sangat penting. Ada juga segelintir org yang tak tahu sejarah sambutan Hari Kekasih tu. Bila hal ni di gemburkan dan menjadi topik utama, maka org akan tahu dan bercakap pasal hal ni. Kira okey la kan bila org akan sedar kenapa kita sebagai org Islam tak boleh sambut. 

Harapnya, bukan hangat-hangat tahi ayam la ye. Tahun ni kata Sambutan Hari Kekasih Haram tahun depan kot-kot tak jadi haram plak ke. Ye la, tahun ni kebetulan tarikh 14 Feb tu selang sehari dengan Sambutan Maulidur Rasul. Takut nnt di katakan tak sensitif. Sebenarnya, boleh je kalau kita betul2 nak haramkan. Sebagai pemimpin, mereka ada kuasa apa. 

Sekian, Wassalam.


Friday, February 11, 2011

Persiapan sebelum Teaching Stimulation

Assalamualaikum semua,

hari ni macam terlebih rajin plak nk up-date. Okey...nak cerita sikit. Insyaallah, besok saya dan rakan-rakan kelas Civic & Citizenship ada Teaching Stimulation kat Muzium Negara. Teruja betul nak pi sana. Paling last saya pi Muzium Negara masa lawatan sambil belajar sekolah rendah darjah 6. Itu merupakan pertama kali saya menjejak kaki ke sana. Sebenarnya, tak masuk muzium betul-betul pun. Kami hanya singgah makan pagi kat kafe situ ja. Rasa hebat sungguh la dapat makan kat situ. Jakun betul masa tu. Okay...cut the crab crap....

Teaching stimulation lebih kurang mock teaching. Senang cerita, kami kena jadi cikgu yang mengajar anak murid tentang sivik & kenegaraan. Sebab tu kena buat kat Muzium. Nanti, kat sana kami akan mengajar ikut topik yang dah kami pilih. Kawan-kawan kami juga yg akan jadi anak murid. Kiranya nanti kami akan sparing dengan kumpulan lain. 1 kumpulan ada 4 atau 5 orang. Bila 1 group jadi cikgu, 1 group lagi akan jadi anak murid. Pastu tukar la pula peranan. Menarik bukan? tak sabar ni nk jadi cikgu balik. Teringat dulu masa zaman jadi cikgu bawak budak-budak pi melawat Zoo Taiping. Waaaa...susah nak jaga ooo. Tapi besok Insyaallah, "murid-murid" yang dah besar. Mesti dengar cakap punya. 

Sebelum memulakan pengambaran teaching stimulation, aiseh....sesi besok kena rakam ooo, kami kena buat lesson plan @ ringkasan mengajar dulu. Lesson plan ni penting sebab cikgu kalau mengajar kena ikut benda alah ni kan, supaya kita tau nak buat aktiviti apa dan objektif apa yang kita nk capai. Fuh...pening kepala nak kaitkan topik yang kami pilih ni dengan sivik & kewarganegaraan. Ingat senang ke nk jadi cikgu "Sivik" ni ^_^

Lepas selesai bab lesson plan, tibalah masa membuat benda yang menyeronokan iaitu membuat bahan mengajar. Maka, petang Selasa yang lalu, kami pun menghabiskan masa membuat benda alah ni. Lama betul tak buat benda-benda ni. Kalau subjek kaunseling mana ada kena buat bahan mengajar  ni kan. Untuk teaching stimulation nanti kami ada buat beberapa aktiviti seperti pop-kuiz, cari barang tersembunyi, tulis surat, bagi anugerah untuk "pelajar" yang perform dll. Jom layan "bakal-bakal" cikgu ni buat kerja kat RC.

Cikgu Ann tgh buat tanjak, Cikgu Farah tgh melukis gambar, Cikgu Atiqah tgh melipat & memotong kad.

Inilah hasil gotong-royong membuat bahan mengajar kami.

Cikgu Nadiah tgh buat2 sibuk menyiapkan name tag.

name tag buatan sendiri. nak tempah tak mampu :)

Bersungguh Cikgu Farah ni dok buat kerja. Nampak tangan Cikgu Atiqah je ^_^


Agak semak meja kat RC tu kami kerjakan.




Begitulah sikit sebanyak aktiviti menyiapkan tugasan. Dah nama pun pelajar, benda-benda macam ni memang tak boleh lari la. Alhamdulillah, saya dapat group yang sangat sempou dan tak banyak bunyi. Okey je semua. Terima kasih ya kawan-kawan. Setelah siap semua & penat membuat kerja. Kami pun

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
menuju ke kafe HS untuk
makan 
Pasemboq kat Cafe HS. Yummy !!!
Semoga Teaching Stimulation kami besok berjaya & tak ada masalah. Ye la, kita sebagai manusia hanya mampu merancang sebab yang menentukan Allah sahaja. Walau sebaik mana pun perancangan kita, perancangan Allah lah yang terbaik.

Besok kami pi Muzium naik kenderaan awam ja. Kesian kan kat kami. Bukan tak dak bajet tapi nanti kami 1 kelas dah nak pi Parlimen plak. Jadi, tak boleh nk demand banyak2 kat INSTED tu. Banyak songeh orang tak layan ya. 

Okey lah...esok kita cerita pasal pengalaman pi Muzium plak. Apa nak jadi tak tau lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami besok ^_^

Sekian, Wassalam.

RANDOM: Tentang MaSa

Assalamualaikum semua,
Lama betul tak mencoret kata-kata di sini. Kebelakangan ni agak sibuk. Banyak benda nk tulis tapi tak berkesempatan. EHm....hidup macam biasa. Bersyukur dengan apa yang ada. Keadaan masih terkawal, cuma kadang-kadang berlaku sesuatu bukan yang kita jangkakan...maka...serabut la sekejap. Huhuhu...

Sekarang ni, masa berlalu dengan terlalu pantas. Sampai kadang-kadang rasa tak terkejar. Tapi orang bijak pandai kata, kita yang perlu kejar masa bukan masa yang kejar kita. Sebab masa tak akan tunggu kita. Ehm...betul dan tak dapat di nafikan. Jika kita tak pandai mengurus masa, sampai bila-bila kita akan ketinggalan dan di tinggalkan. Lagi satu, masa yang berlalu tak akan kembali semula. Masa juga di ibaratkan seperti pedang yang tajam. Kalau kita tidak memotongnya, maka dia akan potong kita. Jadi, pilihlah samada nak kena potong atau kita yang mula potong dulu ^_^

Ya Allah...kalau cakap pasal masa memang kita rasa tak pernah cukup. Allah Maha Adil sebab tu Dia bagi 24jam setiap orang. Cukup tak cukup...pandai-pandailah bahagi masa tu. Buat masa sekarang, saya rasa 24 jam tu cukup ja. Tapi kadang-kadang 24 jam tu memang tak cukup. Huhuhu....manusia memang lah begitu. Bagi apa pun tak pernah nak cukup. Saya cuba nak jadi hamba yang bersyukur, yang tahu menghargai masa lapang dan tak menyesali masa sempit.

"Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran". (Al-Asr: 1-3)

p/s: Time is running out. Everything is move fast and everyone is starting move. ME??????