Tuesday, April 12, 2011

Catatan Dalam Perjalanan

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, pagi tadi sebelum subuh saya dah sampai negeri kesayangan saya. Perasaan mestilah seronok tak terhingga sampai rasa nak menangis sebab akhirnya dapat jugak balik rumah. Semalam masa nak berpisah dengan rumate, hati dah rasa berat dan sayu je. Muka masing-masing dah menahan sedih, lepas tu masing-masing cover buat lawak sebab nak ceriakan keadaan. Semalam adalah makan malam bersama kami yang terakhir. Lepas ni lambat lagi nak jumpa. Ya Allah, sedih sangat semalam, tapi masing-masing tak mau tunjuk la. Lepas ni mesti rindu kat rumate yang best sangat tu. Setahun duduk bersama, macam-macam saya belajar. Mereka sangat baik, orang yang terbaik yang pernah saya jumpa. Okey, tak boleh puji lebih-lebih, nanti depa ni kembang ^_^ BUT I luv you gurl. Kamu semua memang rocks.

Okey, semalam saya balik naik keretapi kan? Ehm...saya suka naik keretapi sebab saya suka tengok gelagat orang. Sambil dok tunggu ketibaan keretapi tu, sempat la saya menganalisis orang sekeliling saya. Ada beberapa orang yang menarik minat saya. Ada 1 keluarga ni. Ada seorang nenek, pastu seorang lelaki muda, seorang perempuan muda dan lagi seorang yang tak beberapa nak muda, dan seorang anak kecil berumur lingkungan 2 tahun lebih kurang. Apa yang menarik minat saya adalah rambut perempuan muda dengan perempuan yang tak beberapa nak muda tu. Yang perempuan muda tu rambut dia di warnakan merah menyala 1 line dan yang perempuan tak beberapa nak muda tu rambut dia dah macam lalang kena racun, warna perang macam tu la. Pakaian tak payah cakap la, kedua-dua nya pakaian dah macam bungkus sarung nangka je. Bila pandangan saya jatuh kat depa ni, 1 je yang terdetik dalam hati saya, saya terfikir macam mana depa ni solat ye? Ehm...ke kalau kita dah tengok luaran kita dah boleh agak dalaman macam mana. Saya cuba untuk bersangka baik, tapi ehm...ehm..ehm...Allah lebih tahu apa dalam hati depa tu kan. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

Sedang saya menganalisis keluarga tu, datang pulak satu keluarga yang lain. Mula-mula saya nampak budak perempuan ni, umur dalam lingkungan 14 atau 15 tahun, selamber katak je dia datang KL Sentral ni pakai baju tidur dan di luarnya cardigan. Nasib baju tidur dia tu dari jenis cotton dan tak la nampak tak sopan sangat. Dalam hati saya kata, budak KL, biasa la kan dengan aksi-aksi selamber macam ni. Owh, dia datang dengan mak dia, ehm...mungkin tapi muka tak sama la pulak sebab budak perempuan ni macam muka mix orang putih dan so-called mak dia ni muka melayu habis. Kalau keluarga tadi saya tertarik dengan gaya rambut, keluarga ni sebab pakaian. Mak dia ni badan agak montok dan dia pakai dress yang labuh dia sampai paras lutut dan terserlah juga so-called pangkal buah dada dia. Dress tu dari jenis kain yang melekat kat badan. Ehm...looks so sexy + seksa orang yang memandang. Tapi, apa yang menarik yang membuat saya terus menerus pandang dia sebab dia nampak baik sangat dengan ayah dia kot. Yang nak naik keretapi ni ayah dia je kot. Dia pimpin je ayah dia yang berjalan agak perlahan tu, pergi tandas. Yang budak perempuan tu nak mencuba kerusi urut kat situ, lepas tu mak dia kata tak sempat la ayah nak urut. Masa tu ada pengumuman kata keretapi lewat 10 minit. Dia pun berlari-lari turun ke level untuk mencari sesuatu. Pada hemah saya, ayah dia macam tak larat sikit, mungkin dia nak pi cari ubat atau sesuatu yang boleh buat ayah dia selesa. Termengah-mengah bila dia naik semula bersama seplastik makanan saya agak macam roti. Dengar la dia kata, roti je ada, boleh kan. Lepas tu dia ajak ayah dia duduk berhampiran tempat yang saya duduk sebab kat situ lebih sejuk sikit. Bila melihat cara dia melayan ayah dia, saya rasa dia seorang yang baik. Tapi hati saya berkata, alangkah baiknya dan kalau dia betul sayang ayah dia, lagi baik kalau dia tutup aurat dia yang terdedah tu. Bila tengok ayah dia, saya jadi kesian, pak cik ni tak didik anak dia ke untuk menjadi muslimah yang baik. Pastu mula la berkira-kira, mungkin dah ajar tapi dah anak tak nak dengar, mungkin  dan pelbagai kemungkinan. Saya pulak yang fikir lebih-lebih. 

Tak jauh dari tempat saya berdiri, ada lagi satu keluarga yang terdiri dari anak 3 orang yang semuanya perempuan yang dalam lingkungan usia remaja, seorang ibu dan seorang bapa. Kalau yang tai mak seksi, dalam keluaga ni pulak, si bapa dia yang seksi tau. Seksi sebab pak cik ni pakai vest semata-mata dan seluar. Dalam hati saya tertanya-tanya jugak la. Pak cik ni panas ke? Setahu saya, KL Sentral ni tak la panas sangat dan tak la terlalu sejuk pun. Dalam keratapi saya nampak pak cik tu lagi. Pak cik tu memang rock la sebab  sepanjang yang saya nampak dua tiga kali dia lalu depan saya masih pakai vest. Alahai pak cik, tak sejuk ke? Orang lain dah meringkuk menahan kesejukan, boleh pulak dia selamber je pakai vest semata-mata. Macam-macam hal kan. Tapi, pak cik ni walaupun dia berpakaian seksi, dia nampak sangat ambil berat dengan anak dan isteri dia. Ke hulu ke hilir dia mencari makanan untuk keluarga dia tu. Tadi masa kat KL Sentral dia dah beli KFC, dalam keretapi dia pun ada pergi kantin. Tak apa lah pak cik, seksi-seksi pun pak cik baik kan ^_^

Secara kebetulan, perempuan muda yang berambut merah 1 line tadi tu duduk depan saya. Perempuan yang tak beberapa muda yang berambut perang macam lalang kena racun tu tak naik sama. Hantar je kot. Yang naik nenek tu dengan budak kecik lelaki tu dan merupakan anak perempuan muda tu sebab dengar dia panggil mama. Apa lagi, bila dah dok depan saya, makin saya suka la nak menganalis. Ramah juga dia ni, sebab sempat la kami bertegur sapa. Tetiba pulak saya jadi ramah kan. Hehehe....pastu bermula la adegan pujuk-memujuk anak dia supaya tidur. Jangan main-main siap keluar rotan lagi tu bagi amaran suruh anak dia tidur. Alah, budak kecik, mesti la nak main-main dulu, tambah dalam train tu kan best. Garang juga mak dia ni, marah budak tu tak nak tidur dan yang bestnya, dia bahasakan diri dia aku bila cakap dengan anak dia ni. Dia kata, " kaki tu angkat elok-elok, nanti aku pukul nanti". "Kan aku dah kata, bla...bla...aku....bla..." sambil pengang rotan kecil tu dok membebel anak dia suruh tidur. Sampai budak tu menangis la, lagi la mak dia marah. Ya Allah, macam nak kata je, kakak, "bukan macam tu cara nak mendidik anak". Mana boleh pukul, budak tu baru 2 tahun, Rasululluh s.a.w pun dah ajarkan kalau nak pukul bila dah berumur 10 tahun. Bila bercakap dengan anak, bahasa pun kena jaga. Saya dah boleh agak bahasa dia gunakan dekat anak dia sebab anak dia yang kecik tu  boleh balas balik perkataan bodoh dekat mak dia tu. Ehm...kecik-kecik dah di didik macam ni. Dengan mak yang berambut merah, patutla budak-budak sekarang bebal. Didikan tak sempurna dari kecil. Tetiba jadi pakar kanak-kanak pulak kan. 

Saya ni bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ni, tapi ilmu yang saya pelajari masa diploma dulu cukup untuk saya bayangkan macam mana keadaan budak tu bila besar nanti. Tak boleh salahkan sesiapa, sebab kalau dah tengok keadaan nurture dan nature dia di besarkan. Ehm...setiap orang berbeza bukan. Tapi kan, bila saya dok bersembang dengan kakak tu, saya rasa dia ada juga sisi baiknya. Tak la teruk seperti anggapan saya mula-mula tadi. Cuma mungkin dia kurang pengetahuan, tak cukup ilmu dan tak pernah tahu dan sewaktu dengannya. Bukan dia tak sayang anak dia tu, cuma cara dia mendidik tu sahaja tak beberapa sesuai. 

Semalaman perjalan saya balik ke rumah membuatkan saya rasa sangat bersyukur sebab saya di lahirkan dalam keluarga saya sekarang. Bukan semua manusia bertuah di lahirkan sebagai islam, bukan semua orang walaupun dah di lahirkan sebagai Islam tapi tak mengamalkannya, dan bukan semua yang dah dalam Islam bernasib baik untuk terus kekal mengamalkan cara hidup Islam. Dan saya bersyukur sangat sebab Allah masih memilih kami sekeluarga untuk di beri hidayahnya.  

Ehm...apa yang baik di jadikan pengajaran, yang buruk ambil jadi tauladan ya. Mudah untuk buat anak, tapi nak mendidik anak untuk jadi baik sukar kalau tak kena gaya. Jadi, sebelum nak ada anak kena la ada ilmu keibubapaan okey. Tetiba saya rasa macam pakar keibupaan pulak. Bukan nak tunjuk pandai tapi sekadar nak berkongsi pengalaman saya semalam dalam perjalanan saya nak balik rumah. 

Sekian. Wassalam.

No comments: