Friday, April 29, 2011

Check-list Praktikal

Assalamualaikum semua,
Masih dalam mood cuti lagi. Walaupun tengah cuti, tapi saya tak beberapa sihat. Sehari selepas balik dari UIA tempohari, terus kena selesema. Sampai hari ini belum baik. Harapnya flu ni janganlah berpanjangan. Panadol Soluble dah berbiji-biji telan, tapi masih tak baik. Lepas tu, ni rasa macam nak demam pulak. Huhuhu….

Ehm… dalam seminggu ni dok buat persiapan perkahwinan dan juga nak pi praktikal. Sibuk ke sana ke mari melengkapkan apa yang tak ada, beli apa yang patut dll. Nak pi praktikal je kot, tapi gaya mengalahkan apa ja. Dah buat list apa yang perlu di beli dan perlu di gunakan masa praktikal nanti.  Antaranya (Cik Ann sila rujuk eh ^_^):

1.      Hand beg  – memang perlu sebab yang lama dah rosak, dah tak cantik. Terima kasih kat mama sebab sponsor beli hand beg yang baru ni.
2.      Purse- perlu yang baru sebab saya memang tak pakai purse sebelum ni. Jadi, untuk melengkapkan gaya seorang cikgu, kena la ada satu. Eh... ada kena mengena ke?
3.      Make-up – Sebenarnya, saya tak ada koleksi make-up pun. Dan saya juga malas gak nak pakai make-up ni. Saya kan simple je, tapi Cik Ann dan Ruham awal-awal lagi dah warning suruh pakai juga. Okey, fine. Nanti guna yang Cik Ann je la. Boleh tak awak? Tak pun, pinjam kakak ipar saya je, macam banyak je dalam laci dia tu. Huhuhu…
4.      Kasut bertutup- tak tahu la perlu ke pakai kasut bertutup ni. Nanti kan saya duduk bilik kaunseling je, tak perlu masuk kelas sangat pun. Tapi Dr. Norwati dah pesan awal-awal kena pakai kasut bertutup. Ehm..tak beli kasut yang baru kot. Pakai je kasut yang lama heel 3 inci tau. Kasut ni beli masa mengajar sek men convent dulu. Maklumlah, nak pi mengajar sek men kena tambah ketinggian sebab pelajar lebih tinggi dari cikgu.
5.      Baju- Cukup la 28 pasang baju untuk praktikal 28 hari. Hehehe…
6.      Tudung- bajet nak beli tudung baru tak ada. Maka, kena pinjam tudung mama la. Mama suruh je beli tudung baru, tapi macam membazir pula. Lagipun, tak kan nak beli satu tudung untuk satu baju. Untuk menjimatkan, cari ja yang mana yang match ngan baju, pinjam dulu tudung mama. Jimat kos sikit ^_^
7.      Jam tangan –  ingat bateri jam yang habis, rupanya jam dah rosak. Nasib boleh baiki. Selamat la tak perlu beli baru.
8.      Name tag- dah siap sejak cuti mid-sem lagi. Mana tak nya, awal-awal lagi dah sibuk suruh abah buat. Siap letak nama penuh tau.
9.      Buku catatan- belum beli lagi sebab tak jumpa yang lawa.
10.  Planner- dah tiba masanya untuk ada planner sendiri.  Biasanya selama ni rujuk Cik Ann punya je. Kena la plan betul-betul sebab sepanjang 7 minggu praktikal ni, banyak benda nak kena buat dan perlu tersusun. Huhuhu…boleh ke saya buat?
11.  Alat tulis- rasanya perlu tambah sikit macam highlighter , pen merah, dll
12.  Buku rujukan- ingat nak cari buku Dr. Sidek Noah tapi tak tahu nak beli kat mana. Nampaknya kena rujuk buku Corey je la.
13.  Proposal- baru ada satu proposal untuk buat group kaunseling nanti. Semuanya kena ada 2. Ehm…belum tanya sesiapa lagi, kot-kot ada idea atau ada proposal yang boleh di pinjam.
14.  Log book- belum print lagi item-item yang perlu. Printer kat rumah tak okey ni. Huhuhu…
15.  Dah tak tahu apa nak list.

Ehm… apa lagi eh? Ni aja kot yang penting-penting. Nanti kalau dah balik sana, kalau yang tak cukup boleh di tambah. Sekolah tempat yang nak praktikal dah dapat. Alhamdulillah, dapat juga sekolah yang di minta. Insyaallah, saya dan Cik Ann akan menjalani praktikal kami di Sek. Men. Keb. Darul Ehsan, Selayang. Cik Ann dah excited terlebih nak pi sekolah tu. Saya pun sama tapi agak mengerunkan juga la. Sekolah kawasan KL ni agak mencabar. Budak-budak dah la advanced terlebih. Nampaknya, saya kena bersiap sedia dari segi fizikal dan mental tak lupa juga emosi. Macam tak percaya je nak pi jadi cikgu kaunseling kat sekolah dah. Ni la masanya nak apply apa yang di belajar selama ini. Yang pasti teori tak akan sama dengan praktikal. Jadi, kena expected the unexpected ^_^

Buat teman-teman yang nak pi praktikal dan juga ROS, All the best okey. Harapnya, banyak benda yang kita akan pelajari di sekolah nanti. 

Sekian, Wassalam.

3 comments:

AISHA INANI said...

halaaaa, shoknya baca experience org.
when my turnn???
ouhh tak sabar!!! grr grr.

Miss Craffy said...

rujuk pd list Cik Nad:
1. Handbag - pakai yg rotan ala2 gurl kampung. hehe
2. Purse - pakai aje yg hijau tu.hehe
3.make up - sy bkn ada byk pun.hehe. stkt lipstick byk ler.pilih aje wrna. hehe. nk eyeliner gothic pun blh.hehe
4. kasut - yuhuuu~! i beli yg baru. shining lg~~~ auuww~! hehe
5. baju & tudung - pakai apa yg ada je..hehe
6. jam - xde pun jam. nk bli baru bajet xde..hehe
7. name tag - dh ada. siap!
8. planner & buku catatan - blm wat & beli. tunggu duit mari..hehe
9. alat tulis - belum check
10. proposal - xwat pape pun lg..hehe
11. log book - dh print tp yg bersaiz bajet. hehe

nadia said...

aisha: tak lama lagi turn kamu la. sabar, belajar dulu skill kaunseling bg mantap ^_^