Sunday, May 15, 2011

Praktikal- kisah minggu lepas

Assalamualaikum semua,
Selamat berhujung minggu. Walapun hari ini hari cuti, saya tak la dapat bercuti penuh satu hari suntuk buat kerja yang kita suka, makan, on-line, tidur etc. Banyak tanggungjawab yang perlu di penuhi, banyak benda yang perlu di buat yang menuntut masa saya. Tak apalah, ini jalan yang saya pilih. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku untuk teruskan semua ini. Saya tak nak merungut pasal masa yang tak cukup untuk diri sendiri sebab saya sedar yang masa ni semua bukan milik kita, milik Allah. Jadi, segala masa ni kenalah di gunakan secara berhemah kan. 

Ehm… minggu lepas dah mula sibuk sebab dah ada klien, dah buat sesi kaunseling individu dan kaunseling kelompok dan juga dah mula dapat kelas relief. Owh… sangat sibuk ke sana ke mari sampai tak sempat makan pun. Kaki pun dah mula sakit dan lenguh sebab saya pakai kasut tinggi. Susah sungguh nak jadi “wanita bekerjaya” ni, kena tip-top dari atas ke bawah, tu belum masuk kena make-up ke apa, baru masuk 2 minggu saya dah malas nak bermake-up. Teringat cerita Saidah kat sekolah dia. Cikgu kaunseling kat sekolah dia kata, kamu ni bukan pelajar lagi, dah jadi cikgu. Muka tu make-up sikit, jangan pucat je. Huhuhu… Rumit sungguh. Nasib cikgu kaunseling kat sekolah saya okey. Kalau di ikutkan hati, nak je selumber pakai apa yang saya suka nak pi sekolah tu. Tapi, kena la jaga penampilan kan. Image tu penting, baru orang percaya kredibiliti kita ^_^ Okey, cut the crab crap sebelum saya melalut cerita benda lain.  

Ehm… minggu lepas, walaupun sibuk, tapi sangat best. Rasanya boleh kurus la kot masa praktikal ni, sebab tak makan pastu jalan merata-rata, naik turun tangga, bilik kaunseling tingkat 4 kot. Minggu lepas dah sibuk buat kaunseling individu. Dah dapat senarai nama pelajar yang perlu di kaunseling, jadi kena la pi kelas depa jemput depa sendiri ke bilik kaunseling. Pastu,  kelas pun tak tau kedudukannya, tengok peta pun boleh sesat lagi, alih-alih tanya budak-budak kat situ. Tapi, ada juga budak-budak yang tak tahu kelas kat mana, kena la pusing sendiri cari kelas. Penat oooo. 

Kaunseling kelompok pula dah berjalan minggu lepas. Boring la pulak kena buat kelas bimbingan dengan budak yang tak pandai menulis dan membaca. Rasa macam ajar budak tadika ja, tapi kena banyak bersabar la. Kalau dulu masa praktikal diploma boleh bersabar, rasanya praktikal ni okey kot. Saya respect la kat Ann sebab dia punya pelajar tak kenal huruf langsung. Lagi kesian nak ajar macam mana. Apa-apa pun, kami anggap ni sebagai cabaran dan juga sumbangan kami kat budak-budak tu. Kesian tengok budak-budak tak boleh membaca walaupun dah tinggkatan satu. 

Peluang dapat relief kelas di gunakan sebaik mungkin untuk mencari klien. Alhamdulillah, dapat la saya empat orang klien yang sukarela nak mendapatkan khidmat saya. Bangga tak terkira. Teruja juga nak tau masalah depa ni, yang pasti, semua klien adalah lelaki, yang perempuan tak berminat pulak. Ehm… sebab perempuan ni dia suka bercerita kat kawan kot. Biasanya, budak lelaki dia suka pendam dan tak suka heboh-heboh kisah hidup dia. Klien yang datang sukarela ni baru best sebab lebih mencabar. Bagi saya sungguh mencabar sampai saya pun pening sama. Oh ya, budak-budak ni baru tingkatan dua.

Sepanjang minggu lepas, emosi sedikit tidak stabil sebab saya banyak dapat kes yang sedih. Rasa nak menangis sama tapi tak boleh. Ada satu sesi tu, saya hampir menitiskan air mata dan terpaksa keluar  bilik. Saya minum air dan ambil nafas, kemudian masuk balik, sambung sesi. Saya tahu, saya tak professional masa kendalikan sesi. Kaunselor mana boleh menangis sama kalau klien nangis. Serius, memang tak boleh tahan sebab saya terlalu empaty kot. Huhuhu… I learn from it. Lepas ni kena lebih kawal diri untuk tidak sama “hanyut” dengan kisah klien-klien saya. Klien kuat sebab kaunselor, kalau dah kaunselor pun sama sedih macam dia, pada siapa dia nak bergantung pula, itu kata-kata seorang teman pada saya bila saya tanya pendapat dia. Huhuhu… ishk..ishk..ishk.. tak sangka, cengeng jugak saya ni. Rasanya saya bukanlah seorang yang mudah nak tunjuk perasaan apa yang saya rasa dan saya agak kuat nak tahan benda tu semua, bak kata cik Ann la. Bila saya terkesan masa kendalikan sesi, dia macam tak percaya. Sedih sangat ke sampai nak nangis sama. Ehm…kisah hidup klien tu  buat saya tersentuh dan bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya tak sangka, dalam usia yang begitu kecil, depa ni dah kena tanggung masalah yang berat. Bukan pilihan depa pun nak hadapi semua tu, tapi dah takdir macam tu. Saya speechless tak tahu nak cakap macam mana masa tu. Saya cuba tolong yang mana saya mampu. Sekurang-kurangnya, jadi pendengar yang baik pun dah okey bagi depa. 

Cabaran dari hari ke hari sangat memenatkan. Emosi kena stabil dan perlu bersedia sentiasa dengan sebarang kemungkinan. Kadang-kadang akan dapat kes yang tak sangka-sangka pun. Ada lagi satu kes, tak perlu lah di ceritan, tapi terjadi. Saya memang speechless juga dan tak tahu nak buat macam mana. Terpaksalah buat consultation dengan kawan-kawan yang lain membincangkan hal ni dan tanya pendapat. Alhamdulillah, lepas bercerita dengan dia, saya dah dapat idea macam mana nak tolong klien saya tu. Kalau sendiri tak tahu, kena tanya orang yang tahu, itu yang saya belajar. Saya sekarang dah jadi tak malu nak bertanya kalau tak faham apa-apa. Ehm… itu benda yang saya banyak belajar sejak praktikal. Kalau rasa diri dah pandai dan tak bertanya dan berbincang, kita memang tak akan dapat apa-apa. No point to do the practical. 

Alhamdulillah, dah habis 2 minggu di sekolah. Ada lagi 5 minggu untuk habis. Tak sabar nak habis, tapi dalam masa yang sama, kerja pun banyak tak siap. Log book tak buat dengan proper lagi, hanya tulis draft je. kalau supervisor buat pemeriksaan mengejut, mau mati la kami. Saya harap Dr. Siraje yang akan jadi supervisor kami. Saya suka dia sebab dia cool sangat, lagipun saya memang dah impikan benda ni sejak saya 2nd year lagi. Kalau tak dapat dia, mesti sedih. Hehehe… emosi terganggu kot. Okey lah. Sekian untuk hari ini. Esok tak sabar nak pi sekolah sebab ada sambutan hari guru. Esok nak nyanyi lagu guru Malaysia. Kalau dengar lagu ni,saya mesti meremang bulu tenggkuk sebab rasa berat tanggungjawab sebagai guru dan guru ni sebenarnya istimewa sebab ada hari khas di sambut untuknya.

Sekian. Wassalam. 

p/s: I’m not happy if I know you not happy.

0 comments: