Tuesday, July 5, 2011

RANDOM: Kisah Orang Yang Nak Kahwin

Di suatu petang yang damai, sambil menikmati laksa penang yang sedap giler, berbual sepasang anak beranak.

Anak    : mama, anak cikgu jahit mama tu dah bertunang kan?
Emak   : a`a. orang kota tinggi. Kerja cikgu kot.
Anak    : ooo. Berapa belanja?
Emak   : Pihak perempuan kata, depa tak letak belanja.
Anak    : bagusnya. Lepas tu pihak lelaki nak bagi berapa?
Emak  : cikgu kata kakak perempuan tu kerja kilang belanja RM10 000. Adik dia kerja Cikgu tak kan nak bagi kurang kot.
Anak    : giler psiko. Pandai na depa, kata tak letak belanja.
Emak   : tu la, cikgu kata malu la nak bagi sikit. Mestilah paling kurang pun kena la bagi Rm10 000 gak.
Anak    : ehm….psiko….psiko…

Di waktu  yang lain pula, sambil makan juga. Tak ingat makan apa, kalau tak salah makan masa tengah makan KFC kot.

Emak   : Naim anak cik zah nak bertunang dah
Anak    : oooo orang mana?
Emak   : orang dekat ja.
Anak    : ooo.
Emak  : cik zah kata nak bagi belanja kahwin kat pihak perempuan takat RM8 000 ja. Tapi kakak budak perempu an tu belanja kawen dia RM10 000. Cik zah kata tak kan nak bagi kurang kot.
Anak   : aci plak macam tu. Ikut perempuan tu la dan kemampuan pihak lelaki. Mungkin pasangan
  kakak dia tu orang berada ka, tu yang dapat bagi belanja kawen lebih.
Emak   : tak tau la.

Dialog di sambung dengan selambernya si anak bertanya kepada si bapa

Anak    : nanti kalau anak abah belanja berapa pulak
Abah    : tengok la dulu. Kena isi borang dulu.
Anak    : cayalah abah aku ni (dalam hati berkata) Abes tu, borang dah buat ke abah? Nanti anak abah ni
  kena mintak lebih sikit sebab dia ada master.
Abah    : senyum ja.

Kisah di atas kisah betul tau. Tapi tak payah cerita la kan siapa di sebalik watak itu. Patut la orang sekarang nak kawen susah sangat. Berhutang segala dan bergolok-bergadai. Belanja kawen takat RM 10 000 tu dah tak heran la walau pengantin perempuan itu sekadar kerja kilang. Kesian tau kat pihak lelaki nak sediakan duit hantaran yang banyak-banyak tu. Cuba ikut cara Islam yang sebenar-benarnya. Duit hantaran tak perlu, yang penting mas kahwin.

Asal tiba-tiba cakap pasal kawen ni? Sebab sebelum ni tak pernah cakap pasal bab ni kan. Lepas ni kalau ada masa nak juga cakap bab kawen ni secara serius ^_^

P/s: Up-date blog masa tengah siapkan report praktikal. Tengah pening tengok report client, proposal program dll. Nak berhenti sat cerita pasal praktikal. Lain hari, kalau rajin akan disambung ^_^

2 comments:

Tuan Punya Hati said...

saya suka bila akak bicara pasal kawin. tersenyum-senyum sy baca..hehe.

Rahiman Amuar said...

RM 10K tuh jenuh ooo nak simpan..tup tup clear... pas walimah.. nak kena sediakan yang lain lain lagi... kesempatan ni la dimanipulasikan oleh pemberi2 hutang. baik personal loan/ credit card dsb...tuh la bila cerita kahwin ja.. sebut belanja dah sesak nafas... serupa proses yang membebankan...Padahal hikmah perkahwinan itu melapangkan..menyenangkan... menghalalkan hubungan dengan mawaddah dan rahmah.