Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

Assalamualaikum semua,

Cantikan tarikh hari ini? 1.11.11. Ada apa dengan tarikh? Ehm...bagi sesetengah orang, tarikh yang cantik macam ni mahu diabadikan untuk sesuatu yang istimewa seperti tarikh nikah, tarikh kenduri kahwin, tarikh membeli rumah, tarikh melamar seseorang ke dan bermacam-macam peristiwa yang lain. Saya turut mengimpikan satu tarikh yang cantik untuk hari istimewa saya. Tapi, memandangkan keadaan sekarang, tak mungkin impian saya tu nak tercapai. Tiada yang sudi mahu merealisasikannya bersama saya ^_^ 

Kepada yang mengetahui tarikh itu, saya nak bagitau la yang pada tarikh yang saya cakap tu tak mungkin terjadi seperti yang dikatakan. Saya cakap tarikh tu sebab ramai sangat yang bertanya, dan secara spontan saya cakap la tarikh itu, walau sebenarnya memang saya tak merancang apa-apa pun untuk tarikh tu. Tapi, manalah tau, sebab adanya kawan-kawan yang baik dan sayang saya itu mendoakan, impian saya termakbul ^_^ Terima kasih kawan-kawan sebab sudi melayan kerenah saya yang tah apa-apa tu. Really love u guys. 

Ehm...Saya juga nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada yang menyambutnya hari ini. Semoga kamu semua dirahmati oleh Allah selalu. Kepada yang ada peperiksaan, Selamat Berjuang juga dalam menjawab (UIA kan sekarang tengah Mid-Sem exam). Selamat balik kampung juga kepada yang mula nak bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Oh, sungguh jelous kepada Kak Siti sebab dah balik Kedah semalam. Tapi tak apa, saya pun akan balik ke negeri tercinta pada hari Jumaat malam nanti. Tak kisah la balik bila, yang penting BALIK ^_^

Dah tak tau nak tulis apa. Ehm...cuma saya harap hari ini saya dapat lalui dengan penuh cekal dan tabah dalam menatang perasaan sendiri. Tah kenapa dari hari ke hari, susah sangat nak kawal perasaan sendiri. Dan macam-macam rasa dan fikir. Mungkin sebab dua tiga hari ini saya dihujani perkara yang saya MALAS sangat nak fikir tu berturut-turut. Perkara tu bukan saja mengusutkan fikiran malah menyusahkan hati saya juga. Ishk...Ishk...Ishk... dah parah la juga. Saya tak mampu nak hadapinya sebab ni bukan isu biasa tapi luar biasa tahap petala yang ke lapan dah kot. Huhuhu...tapi tak apa lah. La tahzan Innallaha ma'ana. Sesungguhnya setiap kesusahan itu pasti ada jalan keluar. Ehm...kedengaran sungguh seperti kata-kata seorang kaunselor bukan, positive sokmo ^_^

Okey, kata-kata terakhir untuk n3 1.11.11, semoga Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang; Semoga Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga. Sungguh saya suka sangat warna biru ini sebab ia sangat menenangkan. Nak sambung sikit lagi:

Pada awan biru ku melakar kata-kata. 
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi (HH)


p/s: Semoga hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini dan seterusnya ^_^

1 comments:

Cik Ann said...

Alolo! sedihnya~~ huhu