Thursday, November 3, 2011

Aku Merinduimu

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

p/s: mood sekarang adalah rindu yang teramat pada kedua ibu bapa yang berada di kampung. Lambatnya nak tunggu hari Jumaat. Tak sabar nak sampai rumah. Berada di rumah merupakan terapi yang bagus bagi seorang anak. Bukan setakat dapat banyak pahala bila kita memandang wajah kedua ibu bapa kita malah kehadiran kita di rumah dapat mengembirakan ibu bapa kita juga. Besar ganjaran bila kita membahagiakan ibu bapa kita kan? ^_^  

0 comments: