Monday, November 28, 2011

Berehat & Bercuti

Assalamualaikum semua,

Belum terlambat rasanya nak ucap selamat Tahun Baru Hijrah 1433. Mesti semua dah ada list atau azam apa yang nak hijrah kan. Berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik. Hijrah yang buruk kepada yang baik. Terserah masing-masing membuat penilaian pada diri sendiri. Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah) tetapi yang ada hanya jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjuang, segeralah menyahutnya.” Jadi, marilah kita membuat perubahan pada diri sendiri.

Saya juga ada list saya sendiri. Insyaallah, cuba untuk penuhi. Tiap-tiap tahun ada saja yang mahu hijrah. Tapi, belum cukup jiddiyah kot. Maka, tak kesampaianlah semua atau sebahagian list tu ^_^. Ehm…ehm…ehm…

Mau berkongsi sikit tentang kelas hari Khamis lepas bersama Dr Norwati yang memang best. Walapun pagi tu rasa nak je “ponteng” kelas dia sebab rasa tak siap kerja yang Dr bagi (sungguh mcm budak2 kan, bila tak siap kerja sekolah, tak mau pi sekolah ^_^). Tapi, petang tu pi jugak la kelas dalam keadaan separuh sedar sebab baru bangun tidur (hehehe…kantoi). Dalam perkiraan saya, kelas nanti tak jadi apa-apa kot sebab saya cool je, dan tak ada rasa berdebar-debar pun. Rupanya, tak sia-sia saya pi kelas tu. Sebabnya, Dr Cuma tanya perkembangan research masing-masing je. Dr nak tahu up-date.  Okey, that sooo cool. Walaupun research yang di jalankan tak banyak mana kerja dia, tapi dah berjalan dan ada perkembangan jugak la. So, tak sengan sangat nak present apa yang kami dah buat ^_^ 

Part paling best dalam kelas khamis tu adalah sebab dapat balik awal. Suka dapat balik awal tau. Tapi sebelum balik awal tu, kita orang dapat satu short tazkirah dari Dr. Apa yang Dr cakap menyedarkan saya sesuatu. Dr cakap pasal kehidupan manusia. Dia ibaratkan kehidupan kita ni macam satu perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan tu, kita akan jumpa macam-macam. Ada duri, batu, halangan dll. Ada juga yang manisnya.  Kadang-kadang bila kita dah penat berjalan, kita kena berehat juga. Berehat untuk berfikir tentang perjalanan yang kita dah lalui, kemudian ambil ikhtibar darinya. Pengalaman itu yang akan membuat kita hati-hati untuk melangkah selepas ini. Dan saya sangatlah setuju apa yang Dr cakapkan. Di saat saya tengah kusut memikirkan macam-macam hal, Dr cakap pasal ni. Terima kasih Dr. 

Apa yang Dr cakap pasal kerehatan sangat saya setuju. Mungkin selama ni saya terlalu bekerja keras sehingga lupa untuk berehat atau mengambil nafas seketika. Tapi saya rasa saya dah terlalu banyak berehat dan main-main. Kadang-kadang rasa tak layak pula nak “berehat” lagi. Tapi, bila di renung kembali apa yang Dr kata tu, saya simpulkan “berehat” di sini bukanlah berehat yang sembarang. Tapi, “berehat” tersebut adalah muhasabah, berfikir, dan merenung sejenak. Bermakna, kena muhasabah balik apa yang dah dilakukan. Berfikir balik, sudah terlaksanakah semuanya tugas  atau tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak, pelajar dll. Dan saya sangat perlukan kerehatan ini. 

Ehm… saya harap semua orang dapat berehat juga dalam erti kata sebenar. Ambil masa untuk berehat. Ambil masa untuk berfikir. Ambil masa untuk muhasabah. Insyaallah, kita akan sedar balik di mana kita sepatutnya berada, buat dan bertindak. Selamat Beramal ^_^

p/s: Sebab nak sangat "berehat", maka saya lanjutkan cuti sebab terpengaruh dengan adik-adik yang ada kat rumah. Yang seorang tu cuti semester, yang lagi seorang cuti sekolah. Mana aci kan kalau depa cuti, kakak dia tak cuti. Sebab tu buat cuti sendiri tanpa rasa bersalah. Huhuhu...

No comments: