Saturday, December 31, 2011

Bye2 2011

Assalamualaikum semua,

Saya pun sibuk nak buat entry terakhir untuk tahun 2011 ni. Ehm… tapi tak tahu nak tulis apa ^_^

Okey, sebab tak tahu nak tulis apa, saya main type je ni. Randomly…

Bila tahun berganti tahun, yang berubah adalah umur. Tak kira la kalau lahir bulan Januari mahupun Disember, umur akan di kira ikut tahun. Jadi, bila sahaja masuk tahun 2012 umur saya dah bertambah setahun lagi. Umur yang agak matang untuk segalanya. Kalau dulu, dalam angan saya, pada umur sekarang sekurang-kurangnya dah ada kerjaya, dah kawen dan dah ada anak sekurang-kurangnya 2 orang. Hehehe…tinggi betul impian & angan2 tu. Tapi, Allah tak mengizinkan itu semua berlaku. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin saya belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang berat. Segalanya mungkin bukan ^_^

Kalau tahun lepas, saya sambut tahun baru di suatu tempat yang best. Tempat yang sangat menginsafkan. Tahun ni tak berpeluang. Tapi tahun ni, saya berada di tempat kelahiran saya. Bersama keluarga tercinta. Menyambut tahun baru bersama keluarga. Ehm…esok kena tunjuk sedikit kematangan kot. Dah tak boleh nak manja2 sangat. Hehehe…Kalau tak, abah tak nak kawen anak dia ni.

Tahun 2011, banyak yang saya belajar. Ramai orang yang saya kenal & jumpa. Setiap hari-hari yang saya lalui sepanjang tahun 2011, tak sehari pun tak membawa makna kepada saya. Tambah pula, bila saya sempat bergelar kaunselor selama 7 minggu. Lagilah banyak yang saya belajar tentang hidup. Dan saya sangat bersyukur untuk kurniaan yang Allah bagi untuk saya sepanjang saya hidup ini. Tanpa saya sedar, ada juga perubahan yang berlaku dalam diri. Insyaallah, semoga perubahan itu lebih kepada kebaikan. Semoga saya terus istiqamah dan jiddiyyah untuk berubah ke arah kebaikan. 

Tahun 2011 ramai juga kawan saya yang melangkah ke alam perkahwinan, ada yang dapat anak & ada yang bertunang. Perasaan saya? Biasa je kot. Normalah, bila dah habis belajar, dah ada kerja, mestilah dah sampai masa untuk membina keluarga pulak kan. Tapi, orang di sekeliling saya sangat risau sebab saya masih sendiri pada umur sekarang. Terima kasih yang mengamabil berat, terima kasih yang sudi nak kenalkan, terima kasih yang mendoakan. Saya percaya pada jodoh yang Allah dah tentukan ^_^

Akhir kata, ehm…ehm…

Selamat Tahun Baru 2012. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan lebih focus dengan apa yang kita nak buat. Saya tak ada azam yang khusus, cuma saya harap saya dapat sambung Master tahun depan. Doakan untuk saya ya.



Wednesday, December 28, 2011

Kisah Zaheen melawat Mak Ngah

Assalamualaikum semua
  
Ini cerita minggu lepas.  Hari Ahad yang lepas Zaheen dan keluarganya melawat saya di UIA. Wah…bagus sungguh rasanya bila mereka datang. Bukannya apa, masa tu memang tengah serabut dan gundah-gulana sebab menguruskan program yang berlalu hari Jumaat tu.  Bila Zaheen nak mai, memang la saya suka sangat. Owh…saya suka juga sebab Baba dan ibu Zaheen nak datang (kalau tak cakap macam ni nanti Baba Zaheen marah  ^_^). Tak ketinggalan, adik saya yang jambu macam artis Korea pun ikut sama. Wah... lain benar adikku itu, awat muka dia lain sangat sejak masuk UNITEN ni? Ehm….

Maka, hari Ahad tu menjadi hari yang indah setelah tak beberapa nak indah beberapa hari sebelumnya. Rindu sangat dengan budak kecil tu sebab dah lama tak jumpa. Kali terakhir kami jumpa adalah hujung bulan 7 ketika saya melawat dia dan keluarganya di Singapore. Hampir 5 bulan juga la. Zaheen dah makin besar dan cerdik. Makan apa la budak tu sampai bijak sangat ^_^

Rambut Zaheen dah panjang, mulut Zaheen pun dah makin pandai cakap, tapi dalam bahasa dia la. Tapi, badan dia tak naik pun. Kecil je, tapi Zaheen sangat cergas. Begitulah keadaan fizikal Zaheen.

Masa mula-mula sampai, Zaheen masih tidur. Lepas tu, ibu dia kejutkan dia. Ibu pun angkat Zaheen, tapi mata dia masih pejam. Sebenarnya, Zaheen saja mengada-ngada tak mahu buka mata sebab dia sedar ada orang lain kat situ.  Lama dia pejam mata, sampai Baba dia bawak dia pi jalan-jalan dulu. Nasib kau comel Zaheen, rasa nak picit-picit je pipit tu.  Sombong eh dengan Mak Ngah ^_^

Bila dia dah buka mata, dia tak pandang pun Mak Ngah dia ni. Tunduk je pandang bawah. Sebenarnya, dia malu dan sengan tu, senyum pun tak. Tak pe, kita ada banyak masa untuk “ice-breaking”. Zaheen ni sangat senang nak “kawan” dengan dia. Umpan je dengan kamera. Ambil je gambar dia banyak-banyak.  Dia suka sungguh dengan kamera ni.  Maka akan ada attachment la dengan dia. Alahai, budak zaman sekarang kan.

Baba Zaheen ajak pi makan dekat HS. Ibu Zaheen sebenarnya teringin nak makan kat MamaMia, tapi kan hari Ahad, mana kedai tu buka. Maka, makan je lah dekat café HS tu. Masa dekat café HS tu, semua yang nampak Zaheen akan pandang Zaheen akan cakap “eh…comelnya budak ni…” Hehehe…betul pun, Zaheen sangat comel dengan cara dia tersendiri ^_^

Sebenarnya, Baba zaheen ada niat lain tau melawat Mak Ngah dia ni. Mak Ngah assume yang Baba Zaheen nak tayang kereta baru dia. Siap promote lagi tu suruh beli kereta macam dia. Bangga sungguh sebab dia jadi orang pertama kat Johor tu yang tempah kereta ni. Kereta ni tak keluar lagi, dia dah beli. Pastu dok cakap kereta ni katanya baguslah, sedap bawak la, boleh bawa jauh la etc. Ye la…kereta tu kaler dia memang lawa. Huhuhu…apa la Baba Zaheen tu, cakap pasal kereta dengan orang yang “terror”, bukannya reti nak balas balik. Apa-apa je lah kan. 

Walaupun Zaheen datang sekejap sahaja, tapi memang best. Terubat rindu pada dia. Bila lagilah nak jumpa dan main-main dengan budak kecik tu?  Ehm….

Jom layan gambar dari kamera yang tak canggih ni ^_^


ni masa tgh "ice-breaking" dgn Zaheen. Muka Zaheen yg baru bangun tidur

Baba Zaheen tgh nak parking kereta baru




Pak Lang Zaheen yang tgh tengok parking. Maklumlah, kereta besar, tak muat nak parking

Puas la Mak Ngah suruh Zaheen senyum. Tapi tak senyum pun

Dah boleh senyum sebab dah lepas makan

Zaheen dan Mak Ngah

Ni la kereta baru kebanggan Baba Zaheen

Zaheen, adik Zaheen dan Ibu Zaheen yang cool

 Setelah beberapa jam singgah di UIA, mereka pun meneruskan perjalanan ke utara. Sebenarnya mereka ni dalam perjalanan nak balik Pulau Pinang nak jumpa Tok Mama dan Tok Abah. Tapi sebab Baba Zaheen rindu nak tengok adik dia yang comel dekat UIA, tu yang depa singgah. Hehehe...walaupun sekejap, okey la kan. Semoga dapat jumpa Zaheen lagi. Tahun depan Mak Ngah pi melawat Zaheen okey. Nak jumpa adik Zaheen pulak ^_^


P/s: Sekian cerita Zaheen dan Mak Ngah Zaheen. Terima Kasih sudi membaca karangan budak yang tengah banyak assignment tapi ada hati nak up-date blog. 

Wednesday, December 14, 2011

Sultan Kedah






Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah dengan rasminya telah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama ialah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Semoga Allah panjangkan umur Tuanku untuk memerintah negara dengan adil dan saksama. Semoga bila Sultan Kedah dah jadi Raja, negeri Kedah akan bertambah maju ^_^

p/s: Tumpang bangga Sultan Kedah dah naik takhta. Walaupun saya orang Penang, tapi darah Kedah tetap ada dalam diri saya. Saya kan mix Penang + Kedah. Hehehe...nak juga tu. Eh...kalau mengikut sejarah, Penang memang sebahagian dari Kedah pun !!!

Oh ya, semalam ada kawan cakap sempena Pertabalan Raja baru, nak cuti umum. Huhuhu...berapa banyak la nak cuti. Kalau banyak sangat cuti, tak produktif la semua orang ~_~


Tuesday, December 13, 2011

Mengenali Personaliti Melalui Jenis Darah

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

p/s: Bagaimana, ada yang sama dengan diri masing-masing? Bukan saya suruh percaya 100% ya. Kalau sama, anggaplah kebetulan. Kalau ada sikap yang baik, teruskan TAPI kalau sikap yang buruk, cuba-cubalah ubah. Reflek kepada diri sendiri, saya rasa adalah dalam 90% tepat pada diri. Ehm...banyak kan? Apa-apa pun, ia bergantung pada diri sendiri ya ^_^ 

Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum semua,
dah tengok ke filem Ombak Rindu? ada kawan saya post kat FB kata dia dah tengok 4 kali. Hohoho...dasyat kan. Kalau dah tengok banyak kali memang best la kot. Dengar kata, ramai yang dah pi tengok. Menangis-nangis tak cukup tisu katanya. Dua tiga hari ni, saya ada terjumpa dengan beberapa orang dan mereka bercerita pasal filem Ombak Rindu ni. Siap boleh tanya, saya dah tengok ke belum. Hehehe...macam silap orang je tanya saya macam tu. Tak apa lah. Janji mereka bahagia ^_^

Kenapa saya tiba-tiba bercerita tentang Ombak Rindu ni? Ehm... dulu masa zaman sek men, novel Ombak Rindu memang popular. Saya sendiri ulang baca berkali-kali. Sangat suka Hariz walaupun dia tu agak jahat. Tapi bila dia baik, rasa macam dia sangat romantis kot. Sedih sangat untuk Izzah sebab menjadi mangsa keadaan. Tak suka pada Mila yang gedik. Dulu saya rasa novel ni adalah novel yang paling best yang pernah saya baca. Itu pandangan seorang yang masih berumur 14 tahun di kala "zaman Jahiliyyah". Tak silap saya, novel Ombak Rindu ada sambungannya. Hariz hilang ingatan, pastu Mila kawen dengan orang lain, dan tak ingat dah. Tapi yang pasti, keterujaan nak tau kisah Hariz dan Izzah memang tinggi. Tapi bila di filemkan, saya rasa biasa kot. Tambahan pula macam-macam kontroversi yang ada tentang filem ni. Saya tak nak cerita pasal kontroversi, tapi nak cerita pasal lain.

Saya tertarik dengan artikel akhbar Utusan tentang filem Ombak Rindu. Ia membuka persepktif saya tentang dunia filem dan penulisan. Jom baca, semoga ia menambah pengetahuan dan membuat kita lebih berfikir dan bijak menilai.

Ombak Rindu tragedi murahan

DALAM kebudayaan Barat, seni persembahan genre drama Greek menerapkan unsur tragedi sebagai asas penciptaan karya seni persembahan atau tulisan. 

Merujuk karya ilmiah berjudul Makna Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam oleh Prof Muhammad Naquib Al-Attas, Tokoh Melayu Terbilang 2011 merumuskan unsur tragedi bukan lagi wujud dalam bentuk seni, malah ia wujud dalam pengalaman sebenar yang dialami oleh masyarakat Barat.

Menurut al-Attas, “Seakan-akan dalam pengalaman dan kesedaran itu diada-adakan berterusan rasa bersalah-durhaka yang menghantui mereka, yang diajarkan oleh agama sebagai dosa asal yang dilakukan bapa kepada segala insan, yang telah tersilap langkah terpikat oleh peluang yang disodori godaan si penghasut yang mahu menyaksikan kejatuhannya dari rahmat Tuhan.”

Selanjutnya, kejatuhan bapa segala manusia ke lurah kehinaan sebagai “Suatu sumpahan berterusan ke atas anak cucu dengan rundungan berterusan menyebabkan mereka merasa bersalah dan sentiasa menyakiti hati dan fikiran mereka sendiri sepanjang zaman.”

Selepas dibuang ke dunia, seperti pada babak pertengahan karya seni, peranan mereka tetap “Bertelagah dan melakukan keganasan”. Tambah al-Attas, “Ketagihan pada tragedi dan seni yang memperlakonkannya sedemikian laku sehingga agama sekalipun terpaksa ditempa dalam acuan tragedi.
Dunia bagaikan pentas besar di mana insan merekacipta, melakonkan dan menyaksikan drama (lakonan) hidupnya sendiri demi menghasilkan kelegaan diri mereka daripada rasa takut dan hiba akan kesengsaraan diri.” (khatarsis).

Al-Attas merumuskan, “Tragedi bukan lagi suatu bentuk seni, kerana ia telah memberi kesan nyata kepada kebudayaan dan kerohanian Barat pada semua zaman.”

Lebih jauh lagi, fahaman humanisme dan sekularisme yang muncul pada Zaman Pertengahan di Barat, “Beransur serempak dengan munculnya falsafah dan sains sekular yang telah menjadikan tragedi menggantikan agama sebagai jalan untuk memartabatkan keluhuran insan.”

Pengalaman tragedi dalam masyarakat Barat ini dijelaskan al-Attas dalam pengalaman Barat terhadap golongan gereja dan golongan pendeta Kristian yang sudah pastinya berbeza dengan pengalaman Islam.
Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Ustazah Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Ustazah Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.

Di kelab malam, Ustazah Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Ustazah Izzah. Baju kurung Ustazah Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.
Ustazah Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Ustazah Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Ustazah Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam. 

Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.

Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.

Kerangka

Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.

Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah. 

Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.

Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?

Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.

p/s:  mungkin kepada yang dah tengok ada perspektif berbeza tentang filem ni?

Thursday, December 8, 2011

Jangan MARAH

Saya tak suka kena marah.
Saya rasa saya patut di marah kalau saya buat salah
Tapi salahkah kalau tegur dulu salah saya sebelum marah saya
Saya tak marah kalau nak marah saya sebab salah saya
Tapi saya sangat marah kalau tiba-tiba nak marah walau saya tak tahu apa salah saya
Tak salah kalau nak marah,

TAPI bagitau dulu apa SALAH saya...


p/s: Siapa pun tak pernah lari dari marah, kena marah memarahi dll. Waktu marah, macam-macam kata akan keluar dari lidah yang tak bertulang ini. Dan yang pasti semuanya hal yang tidak baik. Betul atau tidak? Tepuk dada tanya hati. 

Memetik hadith tentang "Jangan Marah"
Abu Hurairah ra. menerangkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi saw.,
      
       "Berilah aku nasihat." Beliau menjawab, "Jangan marah." Maka diulangnya beberapa kali, kemudian Nabi bersabda, "Jangan Marah!" 
                                                                                       (h.r. Bukhari)