Wednesday, January 4, 2012

RANDOM: Hari pertama Sekolah

Assalamualaikum semua,

Selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. 

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan untuk tahun 2011. Ada yang gembira, ada yang tak sabar, ada yang teruja, ada yang takut, dan pelbagai rasa lagi la. Seronok tengok budak-budak ni nak pi sekolah. Gayanya macam tak pernah pergi sekolah ja sebelum ini.

Masa saya balik rumah baru-baru ni, saya sempat menyelami perasaan adik dan sepupu-sepupu yang bakal bersekolah kembali. Saja je nak interview perasaan masing-masing dan nak tahu macam mana depa ni bagi pandangan. Pandangan budak-budak sangat awesome  okey. Kata-kata yang tulus dari hati, tak ada belok-belok ^_^. Satu lagi, budak-budak memang tak pandai simpan rahsia. Kita ayat sikit ja, boleh tau dah semua cerita dari A to Z.

Secara rawaknya, semua sepupu-sepupu saya macam suka ja nak ke sekolah. Kalau Zulfakar, dia suka sebab tahun ni dia dah masuk sekolah menengah. Lepas tu dia suka juga sebab dia dapat masuk sekolah 9 tingkat. Jangan tak tau, dekat rumah saya ada sekolah yang baru di buat. Sebab dah tak ada tanah, sekolah tu di bagunkan ke atas la, terus buat 9 tingkat. Cool bukan? 

Kalau Zuna dengan Man, depa ni darjah 4. Depa suka sangat sebab pindah ke sekolah baru. Kena pindah pun best ke? Hehehe...sebabnya sekolah depa sekarang dah tak dapat menampung bilangan pelajar yang makin bertambah. Lepas tu, sekolah baru dibuka. Makanya, separuh kena pindah la. Kiranya Man dan Zuna antara yang terpilih la. Itah pula sebaya dengan Man dan Una tak kena pindah sekolah pula. Mungkin sebab alamat yang di gunakan kot. Jadi, kesian dekat Itah sorang-sorang dekat sekolah lama. 

Oh ya, ada adik sepupu yang baru nak mula sekolah tadika, Piah. Piah ni memang banyak cakap, pandai bercerita dan pandai menjawab. Kalau balik rumah, saya memang suka cakap dengan budak Piah ni. Lawaknya budak Piah ni, kalau mama dan ayah dia nak bergaduh, kena cakap English sebab nanti dia faham, pastu boleh pulak kalau kita tanya dia cerita balik. Kalau tak tanya pun, dia akan bercerita. Hohoho...ngerikan ada anak macam ni. Tak leh simpan rahsia betul. Nama pun budak-budak kan. Bila tanya Piah, suka dak pi sekolah? Dia jawab tak sabar la. Nak jumpa kawan baru, nak pakai beg baru, ada kasut baru etc. Excited kot Piah nak pi sekolah. Lupa plak nak tanya, kalau Piah nangis macam mana dekat sekolah nanti? Ehm...next time nak interview Piah lain la ^_^

Kalau tengok dekat wall FB pula, macam-macam bekas pelajar saya di di SMK Darul Ehsan post tentang perasaan nak pergi sekolah. Kebanyakan dah meletakan azam apa yang nak dicapai tahun ini. Baguslah, bila dah ada azam, bermakna mereka dah ada misi dan visi. Matlamat penting untuk terus fokus dengan apa yang nak di buat. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam sudah ^_^. Apa-apa pun, kejayaan tak akan datang dengan sendirinya. Yang pipih tak akan datang melayang, yang bulat tak akan datang bergolek...

Ada satu post yang menarik minat saya. Ada seorang pelajar ni, dia cakap nervous nak masuk tahun depan, kiranya tahun 2012 la. Saya tanya kenapa? Dia jawab "Mestila cikgu, saya dah makin dewasa, so, lagi byk la dugaan hidup saya..^^" Comel kan jawapan budak ni. Dia ni pelajar lelaki dan tahun ni bakal ambil PMR. Selagi kita bergelar manusia & hamba Allah, kita akan di uji dengan dugaan hidup. Ujian membuat kita kuat, dan ujian juga akan membuat kita lemah. Jadi, bergantung pada diri sendiri macam mana kita lihat sesuatu ujian itu.

Ehm...Oh ya, saya adik yang masih bersekolah. Insyaallah, tahun ni dia akan ambil PMR. Cepat sungguh masa berlalu. Saya rasa dia masih kecil, macam baru je lepas UPSR. Dah nama pun adik bongsu, bijaknya terlebih sikit. Pandai sungguh menjawab, tapi dia tak boleh lawan kakak dia ni. Saya kan lebih banyak pengalaman dari dia ~ngee~ Kalau dekat rumah, tak sah kalau kami tak berlawan bicara. Saya kan suka provok, adik saya pulak suka sangat menjawab. Sebenarnya, saya suka provok dia sebab saya nak tengok macam mana dia berdebat dengan saya. Kadang-kadang jawapan yang dia bagi sangat make sense. Tak pernah saya nak fikir macam tu sekali but interesting kot. Maka, mengacau adik saya dengan memberi soalan luar alam memang menjadi hobi saya kalau balik rumah ^_^

Kalau budak-budak sibuk nak ke sekolah, saya pun tak ketinggalan. Cuma kalau budak-budak dah masuk sekolah hari ini, saya lambat sikit. Cikgu mestilah kena special sikit kan ? ^_^ Insyaallah, tahun ini saya akan kembali ke sekolah sebagai praktikal kaunselor di salah sebuah sekolah sekitar sini saja. Kalau ikut perancangan asal, saya nak buat praktikal dekat rumah dan nak buat dekat sekolah adik saya. Saja nak feeling bekerja satu sekolah dengan adik sendiri. Dulu masa saya masih sekolah, saya teruja nak tahu apa perasaan adik-adik ni bila ada kakak atau abang yang jadi cikgu di sekolah yang kita belajar. Bagi saya sangat cool kot. Tapi tak tahu la feeling sebenar orang lain. Saya dah biasa "mendidik" adik orang lain, teringin pula nak mendidik adik sendiri secara formal. Nak tengok dalam kelas adik saya tu masih suka menjawab atau tak. Hehehe....

Nanti kita cerita pasal saya nak pi praktikal ya. Insyaallah lagi 3 minggu kot masuk sekolah. Sekarang masih tak ada apa-apa perasaan. Biasa sahaja sebab sekarang ni masih banyak kerja yang perlu di selesaikan sementara nak habiskan semester ni. Keterujaan nak ke sekolah balik belum di tahap maximum. Hah...tengok, saya pun tak sabar nak pergi sekolah, apatah lagi budak-budak kan ^_^

Okeylah. Saya dah tak tahu nak tulis apa. Entry kali ini tak ada sebab yang khusus pun. Saya menaip secara rawak. Apa yang terlintas di fikiran dan apa yang saya rasa nak kongsi saya type je. Banyak benda nak kongsi sebenarnya. Tapi, tengok pada kerajinan lah. Kalau ada post, bermakna saya sangat rajin. Kalau tak ada post, bermakna saya sangat malas sibuk. Boleh terima alasan? Okey. Stop typing. Bye-bye.

Sekian, Wassalam. 


p/s: Semangat betul saya cerita pasal sepupu-sepupu saya tu. Nama-nama di atas tu, korang buat-buat kenal je la ^_^

0 comments: