Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013

Assalamualaikum semua,

Selamat Tahun Baru 2013 semua. Ada rasa kelainan hari ni? Ke sama ja? Ehm...memetik kata-kata Ustaz Hasrizal di Twitter: 


Malam ini 1 Januari 2013 sebagaimana sebulan lalu 1 Disember 2012 dan tahun depan 1 Januari 2014. Tiada apa yang signifikannya - @saifulislam 

Betul la kan. Setiap hari yang berlaku, sama saja. Tapi sebagai seorang Muslim, hari kita kena berbeza setiap hari. Perlu ada penambahbaikan. Hari ini perlu lebih baik dari semalam, dan esok perlu lebih baik dari hari ini. Kalau tak dapat, paling-paling kekalkan kebaikan yang kita telah buat semalam. Beruntunglah orang yang harinya lebih baik dari semalam, dan celaka bagi mereka yang sebaliknya. 

Bagi saya, hari ini seperti hari biasa cuma tarikh tertera 01.01.2013. Bertambahnya tahun, pasti bertambahnya umur. Dulu tak fikir sangat, tapi bila sekarang ni, itu yang menjadi persoalan pertama. Bila buka facebook, kawan-kawan seusia tulis pasal ni. Apa yang mereka rasa, saya turut rasa. Sebab apa ya? Mungkin sebab pada usia ni dah perlu lebih bertanggungjawab dan berfikir ke arah yang lebih serius. Kalau tengok zaman mak-mak kita dulu, pada usia saya sekarang ni, anak dah berderet-deret. Itu yang menjadi kayu ukur. Dah, nak buat macam mana kan, nasib setiap orang berbeza, saya cuba untuk merasionalkan diri. 

Nasib saya, di usia sekarang baru nak membina segalanya sebab baru habis belajar. Sedangkan kawan-kawan dah kerja bertahun, dah berkahwin, dah berkeluarga, dah ada kerja tetap, kewangan yang kukuh dll. Kadang-kadang rasa rendah diri tu ada bila berjumpa dengan mereka sebab saya tak ada pencapaian yang membanggakan. Saya ni, kerja tetap tak ada, rumah sendiri tak ada, kereta tak ada, pasangan pun tak ada. Walaubagaimanapun, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada & lalui selama ni. Saya yakin, pengalaman setiap orang berbeza. Jadi apa yang Allah takdirkan untuk saya pasti yang terbaik. He Knows Best. 

Saya harap, dengan kedatangan tahun baru ni, membawa sinar kebahagiaan buat saya dan orang-orang sekeliling yang saya sayangi. Tahun ni penuh dengan perancangan terutama kerjaya. Sebenarnya masih dalam dilema nak terus sambung Master atau bekerja dulu. Kalau ikut hati (emosi), nak sambung, tapi kalau ikut akal (fikiran), nak kerja dulu. Susah betul nak buat keputusan. Semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik untuk saya memilih. Ni baru nak pilih nak sambung belajar ke tak, dah stress semacam. Nanti kalau nak buat  keputusan nak pilihan calon suami macam mana la plak keadaanya kan? Eh...apa kes masuk bab ni plak ^_^

Okey lah. Tahun 2013 nak jadi lebih fokus dengan apa yang buat dan pilih. Moga tak ada gangguan yang akan memeningkan kepala dan yang boleh memuntahkan. Saya ni jenis terlalu fikir. Satu-satu tu nak fikir dalam sangat. Tah apa-apa kan. Tu yang stress semacam. Tahun ni juga nak berfikir lebih rasional bukan emotional. Penting untuk jadi matang untuk buat keputusan berdasarkan akal bukan emosi sebab natijahnya berbeza. Saya dah alami semua tu. Rugi betul kalau buat keputusan guna emosi. Nantilah, ada masa saya kongsi pengalaman saya tu. 

Hingga jumpa lagi ^_^

Wassalam 

1 comments:

Ruzanna Rahman ~♥ said...

wah~~!! sweet nye blog!

ni la make up eh? hehe...igtkn make up muka setebal 2 inchi..hehe

anyway...i used to feel wht u feel..ada fmly, kewangan yg kukuh, ada kerja tetap...yela, kan sy late bloomers...but bila dh lm2 sy dh xfikir dah sbb akan ada suatu hr nti awk akan dpt segala2nye...even skrg sy xcapai lg mcm kwn2 sy tp sy percaya dan berusaha untuk ke arah itu...mn tau suatu hr nti awk akan dpt yg lebih baik drp apa yg mereka ada...

Just remember that, one day, you'll get all your dreams...and same goes to me :)

part pasangan tu, ceq xtau nk habaq lagu mn dah...ceq xreti la..hehe