Wednesday, February 27, 2013

Kelam-kelibut

Assalamualaikum semua,

mood sekarang adalah kelam-kelibut. Tau dak apa makna dia? Maknanya adalah kelam-kabut. Kelam-kabut tau dak apa? Sila buat-buat faham.

Hari ni agak blur sebab tak expect the unexpected. Apa yang saya expect? Okey sebenarnya, saya sekarang ni bertugas sebagai guru ganti, sementara nak dapat posting guru yang betul-betul. Alkisahnya, 28 Feb ni, adalah tarikh akhir saya berkhidmat. Mula-mula, saya hanya rasa berbelah-bahagi nak sambung jadi guru ganti dekat sekolah lain atau terus dekat sini ja. Mama suruh mintak sekolah yang dekat dengan rumah, sebab boleh drive sendiri. Tapi hati saya sangat la sayang sekolah sekarang. Kalau saya tak stay, kesian pelajar-pelajar saya. Makanya, saya pun telefon PPD, tanya samada kontrak saya akan di sambung di sekolah yang sama atau tidak. Then, PPD suruh tunggu, nanti dia akan telefon semula.

Makanya, saya pun tak cakap apa-apa la dekat pelajar. Rasa saya akan kembali ke sekolah ni lagi. Tup-tup, pagi tadi, dalam pukul 11 pagi, JPN P.Pinang telefon rumah kata saya dapat Guru Interim. Waa...memang terkejut. Sebab saya kan baru je interview dengan SPP minggu lepas. Belum cukup 1 minggu dah dapat Interim. Hohoho...

Lepas dapat berita, memang agak blur. Nak buat apa ni? Sungguh tak tahu. Saya hanya ada esok hari untuk settle semua hal sekolah sebelum saya tinggalkan sekolah sekarang. Mana yang PBS nya, soalan periksa. Pelajar tingkatan 4 , ada lagi kelas yang saya belum habiskan silibus sebelum nak periksa nanti. Blur sungguh.

Turun pejabat, jumpa Pengetua bagitau saya dapat tawaran Interim. Rasa sebak je masa ni, hampir nak menangis, tak tau la kenapa. Adala adegan mintak maaf semua atas salah silap. Pastu cari ketua panitia. Masa nak cakap pun sebak juga. Saya tau, lepas ni susah sikit la panitia pendidikan islam sebab kekurangan guru. Saya dah tolong cover semua ting 4 dan separuh ting 2. Lepas ni, sapa la plak nak mengajar budak-budak tu. Saya pun sedih gak nak tinggalkan mereka.

Tadi 2 waktu terakhir, masuk kelas tingkatan 4 yang paling nakal & susah saya nak kawal. Ajaibnya, harini mereka jadi baik. Buat kerja yang saya suruh & tak bising sangat. Ya Allah, macam tahu-tahu je saya nak tinggalkan mereka dah. Tapi, saya tak sampai hati nak cakap saya dah tak mengajar sini lagi lepas ni. Huhuhu...

Sungguh sukar nak buat keputusan kan. Mungkin ini yang terbaik buat saya. Dalam keadaan yang masih blur, pak cik kerani cakap, rezeki saya tak putus. Lepas habis satu, ada lagi yang sambung. Alhamdulillah. Ada yang cakap rezeki la ni, bukan semua ada peluang macam saya. Yeah, semua tu menjadi penguat untuk saya hadapi hari yang mendatang.

Kelam-kelibut saya nak kena siapkan rekod transit PBS, buat skema jawapan kertas periksa tingkatan 4, habiskan silibus yang ada. Huhuhu...

Balik rumah, check FB, dah ada yang post pasal Interim ni. Banyak juga orang yang luar dari Penang dapat sini. Saya Alhamdulillah, dapat negeri sendiri. Check link yang di beri. Keluar yang ni


Sila hubungi BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM????
Confuse sebentar. Nanti saya kena mengajar subjek pendidikan islam atau kena bertugas di sek agama????
Sungguh tak faham. Apa-apa pun, kena tunggu taklimat hari jumaat ni.
Moga dapat sekolah yang baik, pengurusan yang baik, guru-guru yang baik, pelajar yang baik yang penting dekat dengan rumah ^_^
Wah...banyak pula permintaan kan. 

Moga Allah permudahkan urusan saya dan kawan-kawan yang dapat interim. Mintak posting, dapat interim. Rezeki la juga tu.

Ada yang tak tau ke guru interim tu apa? Sebenarnya, saya pun tak jelas. Nanti bila saya dah ada jawapan, akan saya terangkan panjang lebar :)

Sekian, wasalam. 

p/s: macam tak percaya je, akhirnya saya dapat juga kerja yang tetap. Makanya, tanggungjawab juga besar, dah tak leh main-main. Comitment kena tinggi la. 






Friday, February 15, 2013

One Step Closer

Assalamualaikum semua,

akhirnya tiba juga tarikh 15 Febuari 2013. Apa yang istimewa tarikh hari ini? Tarikh ni sangat di nantikan oleh kami, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) yang belajar selama 4 tahun pendidikan di IPTA. Pada tarikh ini, kami di janjikan untuk tahu tarikh temuduga dengan SPP. Selepas beberapa sesi perbincangan dengan pihak berkenaan, maka keluarlah tarikh hari ini. Tahniah buat rakan-rakan yang perjuangkan hak kita untuk posting.

Tepat sahaja pukul 12 malam semalam, saya dah cuba periksa, tapi hampa keputusan belum keluar. Pagi tadi, lepas pukul 9 pagi, laman web SPP tak boleh masuk sampai la ke petang. Semua orang berdebar-debar tunggu. Ada ke tak da ni? Huhuhu...

Akhirnya, lepas jam 5 petang dah boleh periksa. Nasib ada kawan yang bagi tahu dekat FB. Saya pun terus buka web SPP dan masukan no. IC. Lepas masukan no IC, ni yang keluar




Alamak, tak dapat ke ni? Kecewa & berdebar gak bila tengok. Kemudian pergi ke FB kawan tadi. Dia bagitahu SPP baru keluarkan nama calon untuk zon utara. Calon dari zon lain kena periksa dari semasa ke semasa. Saya guna link yang kawan saya bagi untuk periksa.

Dengan hati yang masih berdebar, buka link tersebut dan masukan no IC


Dan keputusannya :

Alhamdulillah. Perasaan? Mesti la seronok. Akhirnya, tahu juga bila tarikh temuduga. Alhamdulillah, nasib baik tak kena temuduga 19hb. Sekurang-kurangnya masih ada masa nak membaca & membuat persediaan.

Bila dah temuduga, nak tunggu tarikh posting pulak. Tunggu lagi. Siapa kata mudah nak jadi guru. Banyak tau yang kena hadapi sebelum dapat jawatan guru tu.

Kepada kawan-kawan yang dari zon lain, harap bersabar tunggu tarikh temuduga kalian. Guru kan memang kena banyak bersabar ^_^

p/s: Doakan saya dapat buat yang terbaik masa temuduga nanti. One step closer to become a counselor ^_^






Thursday, February 7, 2013

Pakar IT: Azli Paat

Assalamualaikum semua,

Tadi lepas balik sekolah, tengok status FB Kak Farah Marlina. Dia bagitau yang Allahyarham Azli Paat telah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun...Al-Fatihah buat arwah.

Sebenarnya, pernah jumpa Arwah Azli Paat ni in person masa program Finishing School Program 2 (FSP2) di UIA. Orangnya sangat merendah diri dan sangat baik. Kagum dengan ilmu teknologi yang Arwah ada. Masa dalam program, dia suruh kami masing-masing SMS dekat 1 nombor ni. Lepas tu dapat la jawapan dari SMS tu untuk login satu laman web ni dan masing-masing dapat ID sendiri. Bila dah login laman web tu, rupanya dia hantar slide presentation yang arwah present dalam FSP2 ni. Sungguh mudah dan senang teknologi sekarang kan untuk dapat bahan soft copy. 

Kagum dengan ilmu IT yang arwah ada. Bagi saya, arwah sangat genius dalam bidang ni. Sangat berbangga sebab arwah adalah seorang Islam & berbangsa Melayu. Banyak sumbangan arwah dalam bidang IT. Susah nak cari orang yang macam arwah sekarang ni. Arwah sangat di kenali sebab pensyarah saya orang Uganda ni pun boleh kenal, dan suka sebut pasal arwah dalam kelas.  Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman. 

Sedikit info tentang arwah:


Dr Azli Paat, pakar ICT yg terkenal dgn sistem SMS DAPAT (32728) telah menghembuskan nafas terakhir jam 7 malam tadi kerana demam panas. Beliau berusia 46 tahun, meninggal seorang balu dan 10 anak. 

Menurut Radio24 BERNAMA, Azli Paat tetap dikenang kerana telah bersiaran setiap hari selama 5 tahun untuk berkongsi tips2 ICT setiap pagi, tanpa meminta sebarang bayaran.....bahkan sentiasa ceria bersama pendengar...

Difahamkan, antara topik2 yg beliau bincangkan dlm tempoh sebulan ini adalah berkaitan kubur-online, wasiat-online dan waqaf-online.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan di kalangan solihin, dan mendapat Syafa'at Sidna Rasulillah SallAllahu 'alaihi wa Sallam.

Setiap kita mungkin pernah berguru dgnnya, kerana pernah meneguk ilmu yang bermanfaat dari beliau.

Al-Fatihah buat Allahyarham Azli Paat. 



Di sini saya ingin berkongsi slide yang di beri oleh arwah semasa program. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. Semoga terus mengalir pahala buat arwah dengan ilmu ini dan membawanya untuk ke syurga kelak. 




p/s: Terus mencari & belajar ilmu buat bekal kita. Ilmu dunia kita cari, ilmu akhirat kita kejar juga. Kalau kita pilih ilmu akhirat, kita akan dapat dua-dua yakni dunia dan akhirat. Kalau pilih ilmu dunia, maka dunia je la yang kita dapat. 


sumber: IKIM.FM


Wednesday, February 6, 2013

Kasihnya....

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah, rasa bertuah & beruntung sebab hari-hari sebelum pi sekolah dapat ciuman dari mama. Sekarang untung la sebab masih tinggal dengan mama & abah. Nanti bila dah dapat posting, yang belum tahu dekat mana, dah tak dapat salam peluk cium. Rasa macam nak dok selama-lamanya dekat rumah ni. Tak mau pi mana-mana. Tapi mama cakap, dia nak ada seseorang yang boleh jaga saya macam mana mama & abah jaga saya. Makanya ......teeeeeeeeeeeeeeet........... ^_^

Sayangilah ibu & ayah kita walau siapa pun mereka. Kalau mereka orang yang baik, untunglah kita, tapi kalau sebaliknya, janganlah kasih sayang kita kurang atas kelemahan mereka itu. Ingatlah, Redha Allah terletak pada Redha ibu bapa kepada kita. Sayangilah mereka hingga hujung nyawa.

Dalam dunia ni, masih ada ke ibu bapa yang membenci anak-anaknya? Tertanya-tanya sanggup seorang ibu menyumpah dan menyeksa anak kandungnya sendiri. Tak tau la apa sebab yang dendam teruk sangat dekat anak tu. Yang lepas tu biarkan ia berlalu la. 

Ni bahana tengok drama Debunga Lalang la. Tengok tak? Setiap petang, memang dok layan drama ni. Balik sekolah ja, melangut depan tv sambil makan nasi tengok cerita ni. Tanpa heroin yang jelita, hero yang kacak, drama ni mampu menarik minat penonton dengan pelakon yang sangat berbakat & memberi kesan.  

Kesian tengok hidup Aisyah yang terseksa di benci ibu kandung sendiri. Ayat yang tak leh saya lupa dalam cerita ni bila mak Aisyah kata dia tak dak dosa. MasyaAllah...sanggup dia cakap macam tu. Dia bukan maksum yang tak dak dosa langsung. Bila saya persoal benda ni, mama saya jawab, mungkin mak Aisyah ni rasa, sebagai ibu, dia tak dak dosa dengan Aisyah sebab dia kan ibu Aisyah. Dia boleh buat apa saja yang dia nak. Tapi agak-agak la. Tak pernah lagi jumpa seorang ibu yang benci-sebencinya pada anak dia. Pastu, pilih kasih plak. Yang Aisyah ni, dia tak bagi belajar tinggi & di kahwinkan pula dengan orang miskin. Yang anak kesayangan tu, bagi belajar tinggi-tinggi, di kahwinkan dengan orang kaya & terpelajar. Akhirnya, yang anak yang dia sayang tu yang membuat onar.

Lagi part yang menyentuh hati masa Alia & Arina waktu kecil. Mereka berdua ni teringin nak makan ketam, dah pi rumah nenek sendiri, mesti la nak la rasa sikit. Tapi, boleh plak si nenek ni tak bagi, siap suruh ayah mereka beli sendiri. Sebagai kanak-kanak, mesti la teringin nak makan makanan yang sedap tu. Tapi nenek ni kedekut, tak sayang cucu sendiri, lagipun mereka ni anak Aisyah, mesti la nenek tak mau bagi. Sedih kan? 

Secara keseluruhannya, boleh di katakan yang mak Aisyah ni tak ada pegangan agama yang kuat. Kalau orang yang beriman, dia tak akan jadi macam ni yang tak percaya Qada & Qadar Allah. Bagusnya, Aisyah & suaminya memberi didikan agama yang sempurna dekat anak-anak mereka. Dengan agamalah, mereka terdidik untuk memaafkan orang, memberi nasihat yang berguna & menjadi muslim yang baik. Kalau ada masalah, mereka tahu Allah ada untuk membantu bukan hanya bergantung pada manusia semata.

Satu drama yang penuh pengajaran. Dalam drama ni, banyak ayat-ayat yang dicakap oleh mak Aisyah ni yang dasyat-dasyat. Mak Aisyah ni tak habis-habis sumpah si Aisyah ni macam-macam. Kata-kata yang penuh angkuh dan kesombongongan. Tak dapat bayangkan kalau ada kisah Aisyah ni dekat dunia realiti. Tak mustahil juga kalau ada. Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." 
(Surah Al-Ahqaaf:ayat 15) 

p/s: Dalam dunia ni kita hanya ada seorang ayah & seorang ibu sahaja. Hargailah mereka, muliakan mereka. Senangkan mereka di dunia & akhirat. Pesanan untuk diri saya sendiri juga.  


Sunday, February 3, 2013

Alkisah lembu....

Alkisah lembu....

Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

LEMBU: Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI: Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: Tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba2 kedengaran laungan azan....

LEMBU: Itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: Tuan tak sembahyang?
LELAKI: Tidak.

LEMBU: Samalah kita.
LELAKI: =.="

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179)

                                                                                               
p/s: Kalau tak solat, tak ada beza la kita dengan haiwan kan?