Wednesday, February 6, 2013

Kasihnya....

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah, rasa bertuah & beruntung sebab hari-hari sebelum pi sekolah dapat ciuman dari mama. Sekarang untung la sebab masih tinggal dengan mama & abah. Nanti bila dah dapat posting, yang belum tahu dekat mana, dah tak dapat salam peluk cium. Rasa macam nak dok selama-lamanya dekat rumah ni. Tak mau pi mana-mana. Tapi mama cakap, dia nak ada seseorang yang boleh jaga saya macam mana mama & abah jaga saya. Makanya ......teeeeeeeeeeeeeeet........... ^_^

Sayangilah ibu & ayah kita walau siapa pun mereka. Kalau mereka orang yang baik, untunglah kita, tapi kalau sebaliknya, janganlah kasih sayang kita kurang atas kelemahan mereka itu. Ingatlah, Redha Allah terletak pada Redha ibu bapa kepada kita. Sayangilah mereka hingga hujung nyawa.

Dalam dunia ni, masih ada ke ibu bapa yang membenci anak-anaknya? Tertanya-tanya sanggup seorang ibu menyumpah dan menyeksa anak kandungnya sendiri. Tak tau la apa sebab yang dendam teruk sangat dekat anak tu. Yang lepas tu biarkan ia berlalu la. 

Ni bahana tengok drama Debunga Lalang la. Tengok tak? Setiap petang, memang dok layan drama ni. Balik sekolah ja, melangut depan tv sambil makan nasi tengok cerita ni. Tanpa heroin yang jelita, hero yang kacak, drama ni mampu menarik minat penonton dengan pelakon yang sangat berbakat & memberi kesan.  

Kesian tengok hidup Aisyah yang terseksa di benci ibu kandung sendiri. Ayat yang tak leh saya lupa dalam cerita ni bila mak Aisyah kata dia tak dak dosa. MasyaAllah...sanggup dia cakap macam tu. Dia bukan maksum yang tak dak dosa langsung. Bila saya persoal benda ni, mama saya jawab, mungkin mak Aisyah ni rasa, sebagai ibu, dia tak dak dosa dengan Aisyah sebab dia kan ibu Aisyah. Dia boleh buat apa saja yang dia nak. Tapi agak-agak la. Tak pernah lagi jumpa seorang ibu yang benci-sebencinya pada anak dia. Pastu, pilih kasih plak. Yang Aisyah ni, dia tak bagi belajar tinggi & di kahwinkan pula dengan orang miskin. Yang anak kesayangan tu, bagi belajar tinggi-tinggi, di kahwinkan dengan orang kaya & terpelajar. Akhirnya, yang anak yang dia sayang tu yang membuat onar.

Lagi part yang menyentuh hati masa Alia & Arina waktu kecil. Mereka berdua ni teringin nak makan ketam, dah pi rumah nenek sendiri, mesti la nak la rasa sikit. Tapi, boleh plak si nenek ni tak bagi, siap suruh ayah mereka beli sendiri. Sebagai kanak-kanak, mesti la teringin nak makan makanan yang sedap tu. Tapi nenek ni kedekut, tak sayang cucu sendiri, lagipun mereka ni anak Aisyah, mesti la nenek tak mau bagi. Sedih kan? 

Secara keseluruhannya, boleh di katakan yang mak Aisyah ni tak ada pegangan agama yang kuat. Kalau orang yang beriman, dia tak akan jadi macam ni yang tak percaya Qada & Qadar Allah. Bagusnya, Aisyah & suaminya memberi didikan agama yang sempurna dekat anak-anak mereka. Dengan agamalah, mereka terdidik untuk memaafkan orang, memberi nasihat yang berguna & menjadi muslim yang baik. Kalau ada masalah, mereka tahu Allah ada untuk membantu bukan hanya bergantung pada manusia semata.

Satu drama yang penuh pengajaran. Dalam drama ni, banyak ayat-ayat yang dicakap oleh mak Aisyah ni yang dasyat-dasyat. Mak Aisyah ni tak habis-habis sumpah si Aisyah ni macam-macam. Kata-kata yang penuh angkuh dan kesombongongan. Tak dapat bayangkan kalau ada kisah Aisyah ni dekat dunia realiti. Tak mustahil juga kalau ada. Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." 
(Surah Al-Ahqaaf:ayat 15) 

p/s: Dalam dunia ni kita hanya ada seorang ayah & seorang ibu sahaja. Hargailah mereka, muliakan mereka. Senangkan mereka di dunia & akhirat. Pesanan untuk diri saya sendiri juga.  


0 comments: