Sunday, April 14, 2013

Situasi Cepu Cemas

Assalamualaikum semua,

Situasi 1

Pelajar        : Cikgu memang belajar untuk jadi cikgu kaunseling ka?
Guru           : Ya. Ijazah cikgu dalam bidang kaunseling
Pelajar        : Mesti cikgu suka budak-budak kan?
Guru           : Sebelum ni cikgu buat diploma dalam bidang Pendidikan Awal 
                     Kanak-Kanak
Pelajar        : Comfirm. Cikgu memang suka budak-budak. (Sambil tersenyum)

Komen: Motif bagitau ada diploma???? Nak  kata minat budak-budak kot, but seriously unintentionally nak cakap macam tu pun... ^_^ 

Situasi 2

Sesi kaunseling sedang di jalankan. Guru cuba meneroka permasalahan klien. 
Guru           : Kamu percaya cikgu dak?
Pelajar        : Ehm.....(sambil senyum simpul)
Guru           : Okey boleh bagi tau ............
Pelajar        : Ehm....saya nak.....(masih refuse untuk menyatakan 
                    perkara sebenar)
Guru           : Okey....tadi kamu kata.....lagi siapa lagi yang kamu rasa......
Pelajar        : Eh...cikgu tulis ka?
Guru           : Eh mana ada. tengok ni. ( sambil tunjuk bukti) 
                     Kamu tak percaya cikgu ka?
Pelajar        : Saya percaya. Tengok muka suci ja.
Guru           : Erk.....

Komen: Muka suci???? Hahahah...lawak. Sungguh tulus komen klien ni. Lepas sesi, tengok cermin, sambil dalam hati kata"Oh macam ni rupanya muka suci" ^_^

Situasi 3
Pelajar         : Cikgu cuba tengok siapa pelajar yang bermasalah
                      (Sambil tunjuk pelajar lelaki yang baru balik solat Jumaat)
Guru            : Dekat sekolah ni tak ada masalah yang teruk-teruk. Dulu masa
                      praktikal, cikgu dah jumpa dengan remaja yang bermasalah.
                      Apa yang kamu tengok dekat TV, realitinya cikgu pernah jumpa.
Pelajar         : Biar betul cikgu. Tak kan cikgu jumpa sendiri remaja yang ada
                      masalah teruk macam tu?
Guru            : Dalam fikiran kamu, masalah yang teruk tu  macam mana?
                      (Nak uji, apa justifikasi kepada "masalah yang teruk" tu)
Pelajar         : Orang yang buat benda tu, lepas tu mengandung,lepas tu
                       lahirkan anak. Tak kan cikgu pernah jumpa?
Guru            : Ya, pernah jumpa. Pelajar tingkatan 5, dia datang selepas
                       habis pantang. Tapi dia dah nikah la dengan lelaki tu.

Komen: Sungguh naif pelajar ni. Tu baru cerita tentang pelajar mengandung, belum cerita kes dadah,zina, dll yang lagi extreme kisahnya :)

Situasi 4

Pelajar  1     : Cikgu saya minat nak masuk USIM. Macam mana ?
Guru            : Ok. Macam ni. (menerangkan requirement nak masuk USIM)
Pelajar 1      : Oh macam tu ka. Tapi susah la.......(menyatakan kerisauan)
Guru            : Insyaallah, masih ada masa untuk kamu usaha. (Memberi semangat)
Seorang pelajar menyampuk
Pelajar 2      : Cikgu, kalau saya minat ....... macam mana plak?
Guru            : Okey, macam ni......(menjawab persoalan yang ingin pelajar tu tahu)
Pelajar 2      : Oh.....tapi kan cikgu......(menyatakan kerisauan)
Guru            : Insyaallah. Kamu boleh. Sekarang ni tumpu dulu pada SPM. 
                      Belajar rajin-rajin. Jangan pilih subjek yang kamu suka saja.
Seorang lagi pelajar bertanya
Pelajar 3      : Cikgu, kalau saya nak masuk ni.....tapi....
Guru            : Okey. Sat cikgu tengok apa requrement nak masuk sana. 
                      (Bagun dan ambil brosur maklumat yang diminta.
                      Kemudian menerangkan kepada pelajar tersebut)
Seorang lagi pelajar yang dok perhati dari tadi berkata
Pelajar 4      : Ishk...hampa ni. Tadi kan cikgu dah cerita. Tak faham lagi ka.
                      Kesian cikgu nak terang balik.
Guru            : Eh tak pa. Memang kerja cikgu pun bagi maklumat dan
                      terangkan semua ni.
Pelajar 4      : Banyak la pahala cikgu.

Komen: Ehm...speechless bila pelajar tu kata dapat banyak pahala. Dah memang tugas & tanggungjawab. Jadi tak kisah kalau kena ulang beratus kali benda yang sama ^_^


p/s: Hampir sebulan bertugas sebagai Guru Kaunseling di sekolah.Setiap hari pelbagai ragam pelajar yang di jumpa. Sungguh seronok melayan mereka. Kadang-kadang luar alam pun ada. Tapi dah tugas, layan ja la ^_^
Tapi depa ni sungguh tulus & ikhlas dalam berkata-kata & bagi pendapat. Apa depa rasa, depa cakap. Tak dak nak tapis-tapis dah, tapi buat cikgu depa ni sering terkedu.

2 comments:

Ruzanna Rahman ~♥ said...

haha...always expect the unexpected :)

nadia said...

@Ruzanna Rahman
yup. everyday i face with the unexpected things. Nasib la tak kluar lg yg kata, muka cikgu mcm ______________(sila isi sndri)^_^

yg sy tulis blum cukup "cepu Cemas" ada lg yg extreme. Bdk2 sek agama ni, sungguh tulus dlm berkata2 :)