Monday, July 1, 2013

Bila Aku Jatuh Cinta

Assalamualaikum semua,

lama sungguh tak up-date blog. Sampai tak sedaq bulan 6 memang tak dak entry. Rugi la plak. La ni dok sibuk bekerja. Balik sekolah dah petang, rehat-rehat sat, solat asar & makan. Malam lepas isyak memang dah tak lalu nak buat apa. Penat sangat. Penat-penat pun puas hati. Sebabnya buat benda yang suka.

Sebenarnya, sampai la ni, masih tak percaya dah bekerja & bergelar guru bimbingan & kaunseling sepenuh masa dekat sekolah. Walaupun masih berstatus guru interim, tapi kerja sebagai guru kaunseling tetap sama. Syoknya jadi guru kaunseling sebab tak payah mengajar. Best la. Tu yang semua orang kata & fikir. Tapi realitinya bukan macam tu. Guru kaunseling bukan dok saja goyang kaki tak buat apa. Banyak tugas & tanggungjawab dia. Nanti kita cerita na :)

Dah 3 bulan bergelar guru interim, dok tunggu khabar berita tentang penempatan kekal. Akhirnya, dengan rasa bersyukur dapat tau gak. Tadaaa...


Alhamdulillah, bermula 1 Julai dah jadi Mantan Guru Interim. Sesungguhnya banyak pengalaman yang dipelajari & di timba sepanjang 3 bulan ni.  Alhamdulillah juga sebab negeri penempatan masih di negeri tumpah darah tercinta iaitu Pulau Pinang. Ni pun berkat doa mama kot, tak mau anak dara kesayangan dia dapat jauh-jauh. Masa isi borang penempatan, memang pilihan pertama Pulau Pinang dan pilihan kedua adalah Kedah. Ternyata rezeki di tempat sendiri. Alhamdulillah.

Insyaallah, sekolah yang saya interim ni akan jadi penempatan kekal untuk bertugas. Untuk hari ni memang masih tiada hitam putih, surat belum sampai sekolah, tapi berkemungkinan besar, akan kekal di sekolah sekarang. Dan saya harap saya akan kekal di sini saja. Sebab dah mula jatuh cinta kepada sekolah sekarang.

Mula-mula mai, memang "terkejut" tengok fizikal sekolah. Tak sangka masih ada sekolah begini dalam suasana moden Pulau Pinang. Sebagai seorang pemerhati yang hebat, memang setiap inci sekolah saya perhatikan. Sukar nak gambarkan bagaimana sekolah ni. Dalam kepala, macam-macam dok buat andaian. Masa tu memang dok pujuk diri sendiri la. Saya sentiasa ingatkan diri, ni tempat bakal saya bertugas. Suka tak suka, memang kena suka. 

Tapi, bila jumpa pelajar-pelajar dekat situ, memang sejuk hati. Sopan sangat, jumpa kita bagi salam. Assalamualaikum ustazah. Erk...bila dah jadi guru kaunseling, memang nak di panggil cikgu. Tapi, tak pa lah. Nampak saya macam ustazah kot :) Guru-guru pun baik sangat & ramah. Pihak pengurusan lagi spoting . Pendek kata, semua kat sini baik-baik. Saya dah mula sayangkan sekolah ni. 

Dari sayang, terus jatuh cinta. Cinta tu penting sebab kalau dah cinta, mesti nak bagi yang terbaik kan. Saya dah mula jatuh cinta dekat sekolah. Insyaallah, saya akan bagi yang terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar di sini. Mereka ada potensi yang harus di gilap. Banyak lagi kerja yang nak kena buat. Yeah...mari kita bekerja dengan ikhlas ^_^

Sekian, wasalam. 


p/s: Perasan dak, entry kali ni macam banyak perkataan dalam bahasa utara atau lebih spesifik, loghat penang :) 

3 comments:

Ruzanna Rahman ~♥ said...

alooooo~ igtkn jatuh cinta dgn cikgu...teeeeeeeetttttttttt~~ hehe

Anonymous said...

salam sis,

nak taya...kalau kita tamat bulan Jun, bila agaknya dipanggil interim?

jenuh tunggu panggilan interview, gov janji akhir bln 10, tapi aleh2 yg klua interview gstt.. sedihh. tskk tskk

Rahiman said...

Alhamdulillah dapt posting tempat sendiri :)