Wednesday, December 31, 2014

Salam Tahun Baru 2015

Assalamualaikum semua,

Apa khabar pembaca blog? Masih ada yang sudi singgah? 

Rindu saya?

Ni namanya entry penutup tahun, pembuat syarat. 


Tahun 2014 bakal melabuh tirainya. Berganti dengan tahun baru 2015. 

Bermakna bertambahlah umur. Harapnya seiring dengan bertambahnya iman dan amal.


Tahun 2014 sangat bermakna kepada saya sebab saya dah bertemu jodoh. 

Alhamdulillah, jodoh yang tak disangka-sangka. 

Ada masa, kisah ni akan diceritakan :)


Untuk tahun 2015 ni, tidak banyak yang diharapkan.

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini dalam segenap sudut. 

Seiring dengan bertambahnya usia, maka, bertambahnya tanggungjawab.

Ya Allah, moga segala amanah terpikul terlaksana dengan sebaiknya. 




Monday, February 3, 2014

Tiada Tajuk Khusus

Assalamualaikum semua,

apa khabar pembaca blog sekalian. Miss me??? Hehehehe....bila dah lama tak menulis dari hati macam ni, rasa janggal la pulak. Rasa macam dah lupa bagaimana nak menulis.
  
Lately, dalam blog saya ni banyak post lagu-lagu. Lah....lagu ka tu??? Ingat puisi tulis sendiri. Eh...eh...eh...memang tak la. Kalau siapa yang kenal saya, bila saya post lagu-lagu kat blog, saya memang tengah & akan ulang lagu-lagu tu. Dan lagu-lagu tu saya suka sebab memang ada kena mengena dengan diri & juga keadaan time tu. Saya kan seorang emosional, mesti banyak rasa nak luah. Nak tulis lagu sendiri tak pandai, jadi kita pinjam sat lagu orang lain. Saya pandai merapu macam ni ja.
 
Okey, mintak diri dulu. Ada masa tulis lagi ^_^

Friday, January 31, 2014

Jodoh Dunia Akhirat

Ku merayu pada Allah yang tahu isi hatiku
Di malam hening aku selalu mengadu
Tunjukan padaku....

Ku aktifkan radarku mencari susuk yang dinanti
Ku ikhlaskan pengharapan ku dihati
Siapa dirimu

Dalam kesabaran ku melangkah menjemputmu
Cinta dalam hati akan aku jaga hingga
Allah persatukan kita

Jodoh dunia akhirat
Namamu rahsia
Tapi kau ada dimasa depanku

Ku sebut dalam doa
Ku ikhlaskan rinduku
Kita bersama melangkah ke syurga abadi

"Bukan cinta yang memilihmu. Tapi Allah yang memilihmu untuk kucintai"

Friday, December 27, 2013

Cinta Selepas Kahwin.. Bagaimana?

Tahukah anda, Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.

Bagaimana tu?

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum ini:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan di adakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.

Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.
Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.



Salam Jumaat yang terakhir untuk tahun 2013....

Saturday, November 30, 2013

Bukan Aku

Kamu dan aku jalani
Hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari ku tangisi
Segala memori
Janjiku mungkiri

Kau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu maafkan diriku

Aku lepas semua pergi
Bukan kerana aku benci
Tapi kerana ku terlalu mencintai

Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usia mu
Nanti kau temu cintamu bukan aku


P/S: Semoga Berbahagia....

Sunday, October 27, 2013

GALAU

Katakan saja jangan kau sembunyikan
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hatimu
Mesti sekadar mengukir hatimu

Sepi hatiku galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu




 p/s: Tiada kena mengena antara hidup dan mati. Cuma, kalau GALAU, ingatlah ALLAH. Kerana Dia selalu mendengar dan mengerti. 

Tuesday, October 1, 2013

Wake Me Up When September End 2.0

Assalamualaikum semua,


AND



No entry for August and September.
August and September flies so fast.
Waiting for October for something important.
And also November.


p/s: Kesian blog terabai. Waiting new entry, kalau rajin ^_^ Between, masih ada ka yg nak baca blog picisan ni?