Showing posts with label My life. Show all posts
Showing posts with label My life. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Langit ...Tetap Biru

Kata orang menunggu itu satu penyiksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu.
Cuma ‘dia’ sentiasa di ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit tetap biru...
Jika ada awan yang meliputinya?
Tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
…kerana pada Zahra, Langit tetap biru!
-Syud-

Just like how the sky is always blue
kdg2 cerah... dan kadang-kala mendung...dan kadang-kala hujan...
walau apa pun yg melanda, langit tetap biru
walaupun gelap jd biru gelap
Kita tak boleh tentukan awan warna apa sebab ALLAH saja yang tahu .. Bak kata orang tua2 , esok masih ada ..
kat mana2 pun, bila kita pndang,langit tetap biru

Selagi mampu tunggu, terus tunggu
Nanti kalau dah tak mampu, teruskan sahaja hidup
Sebab Allah Maha Mengetahui

Langit Tetap Biru……


p/s: Sekian entry sebulan sekali. edisi November. Jumpa lagi bulan hadapan, edisi Disember. Oh...tertinggal entry edisi bulan Oktober. Tak sedar Oktober dah berlalu sebab terlalu sibuk dengan tuntutan kerja dan convocation. 

Sunday, May 15, 2011

Praktikal- kisah minggu lepas

Assalamualaikum semua,
Selamat berhujung minggu. Walapun hari ini hari cuti, saya tak la dapat bercuti penuh satu hari suntuk buat kerja yang kita suka, makan, on-line, tidur etc. Banyak tanggungjawab yang perlu di penuhi, banyak benda yang perlu di buat yang menuntut masa saya. Tak apalah, ini jalan yang saya pilih. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku untuk teruskan semua ini. Saya tak nak merungut pasal masa yang tak cukup untuk diri sendiri sebab saya sedar yang masa ni semua bukan milik kita, milik Allah. Jadi, segala masa ni kenalah di gunakan secara berhemah kan. 

Ehm… minggu lepas dah mula sibuk sebab dah ada klien, dah buat sesi kaunseling individu dan kaunseling kelompok dan juga dah mula dapat kelas relief. Owh… sangat sibuk ke sana ke mari sampai tak sempat makan pun. Kaki pun dah mula sakit dan lenguh sebab saya pakai kasut tinggi. Susah sungguh nak jadi “wanita bekerjaya” ni, kena tip-top dari atas ke bawah, tu belum masuk kena make-up ke apa, baru masuk 2 minggu saya dah malas nak bermake-up. Teringat cerita Saidah kat sekolah dia. Cikgu kaunseling kat sekolah dia kata, kamu ni bukan pelajar lagi, dah jadi cikgu. Muka tu make-up sikit, jangan pucat je. Huhuhu… Rumit sungguh. Nasib cikgu kaunseling kat sekolah saya okey. Kalau di ikutkan hati, nak je selumber pakai apa yang saya suka nak pi sekolah tu. Tapi, kena la jaga penampilan kan. Image tu penting, baru orang percaya kredibiliti kita ^_^ Okey, cut the crab crap sebelum saya melalut cerita benda lain.  

Ehm… minggu lepas, walaupun sibuk, tapi sangat best. Rasanya boleh kurus la kot masa praktikal ni, sebab tak makan pastu jalan merata-rata, naik turun tangga, bilik kaunseling tingkat 4 kot. Minggu lepas dah sibuk buat kaunseling individu. Dah dapat senarai nama pelajar yang perlu di kaunseling, jadi kena la pi kelas depa jemput depa sendiri ke bilik kaunseling. Pastu,  kelas pun tak tau kedudukannya, tengok peta pun boleh sesat lagi, alih-alih tanya budak-budak kat situ. Tapi, ada juga budak-budak yang tak tahu kelas kat mana, kena la pusing sendiri cari kelas. Penat oooo. 

Kaunseling kelompok pula dah berjalan minggu lepas. Boring la pulak kena buat kelas bimbingan dengan budak yang tak pandai menulis dan membaca. Rasa macam ajar budak tadika ja, tapi kena banyak bersabar la. Kalau dulu masa praktikal diploma boleh bersabar, rasanya praktikal ni okey kot. Saya respect la kat Ann sebab dia punya pelajar tak kenal huruf langsung. Lagi kesian nak ajar macam mana. Apa-apa pun, kami anggap ni sebagai cabaran dan juga sumbangan kami kat budak-budak tu. Kesian tengok budak-budak tak boleh membaca walaupun dah tinggkatan satu. 

Peluang dapat relief kelas di gunakan sebaik mungkin untuk mencari klien. Alhamdulillah, dapat la saya empat orang klien yang sukarela nak mendapatkan khidmat saya. Bangga tak terkira. Teruja juga nak tau masalah depa ni, yang pasti, semua klien adalah lelaki, yang perempuan tak berminat pulak. Ehm… sebab perempuan ni dia suka bercerita kat kawan kot. Biasanya, budak lelaki dia suka pendam dan tak suka heboh-heboh kisah hidup dia. Klien yang datang sukarela ni baru best sebab lebih mencabar. Bagi saya sungguh mencabar sampai saya pun pening sama. Oh ya, budak-budak ni baru tingkatan dua.

Sepanjang minggu lepas, emosi sedikit tidak stabil sebab saya banyak dapat kes yang sedih. Rasa nak menangis sama tapi tak boleh. Ada satu sesi tu, saya hampir menitiskan air mata dan terpaksa keluar  bilik. Saya minum air dan ambil nafas, kemudian masuk balik, sambung sesi. Saya tahu, saya tak professional masa kendalikan sesi. Kaunselor mana boleh menangis sama kalau klien nangis. Serius, memang tak boleh tahan sebab saya terlalu empaty kot. Huhuhu… I learn from it. Lepas ni kena lebih kawal diri untuk tidak sama “hanyut” dengan kisah klien-klien saya. Klien kuat sebab kaunselor, kalau dah kaunselor pun sama sedih macam dia, pada siapa dia nak bergantung pula, itu kata-kata seorang teman pada saya bila saya tanya pendapat dia. Huhuhu… ishk..ishk..ishk.. tak sangka, cengeng jugak saya ni. Rasanya saya bukanlah seorang yang mudah nak tunjuk perasaan apa yang saya rasa dan saya agak kuat nak tahan benda tu semua, bak kata cik Ann la. Bila saya terkesan masa kendalikan sesi, dia macam tak percaya. Sedih sangat ke sampai nak nangis sama. Ehm…kisah hidup klien tu  buat saya tersentuh dan bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya tak sangka, dalam usia yang begitu kecil, depa ni dah kena tanggung masalah yang berat. Bukan pilihan depa pun nak hadapi semua tu, tapi dah takdir macam tu. Saya speechless tak tahu nak cakap macam mana masa tu. Saya cuba tolong yang mana saya mampu. Sekurang-kurangnya, jadi pendengar yang baik pun dah okey bagi depa. 

Cabaran dari hari ke hari sangat memenatkan. Emosi kena stabil dan perlu bersedia sentiasa dengan sebarang kemungkinan. Kadang-kadang akan dapat kes yang tak sangka-sangka pun. Ada lagi satu kes, tak perlu lah di ceritan, tapi terjadi. Saya memang speechless juga dan tak tahu nak buat macam mana. Terpaksalah buat consultation dengan kawan-kawan yang lain membincangkan hal ni dan tanya pendapat. Alhamdulillah, lepas bercerita dengan dia, saya dah dapat idea macam mana nak tolong klien saya tu. Kalau sendiri tak tahu, kena tanya orang yang tahu, itu yang saya belajar. Saya sekarang dah jadi tak malu nak bertanya kalau tak faham apa-apa. Ehm… itu benda yang saya banyak belajar sejak praktikal. Kalau rasa diri dah pandai dan tak bertanya dan berbincang, kita memang tak akan dapat apa-apa. No point to do the practical. 

Alhamdulillah, dah habis 2 minggu di sekolah. Ada lagi 5 minggu untuk habis. Tak sabar nak habis, tapi dalam masa yang sama, kerja pun banyak tak siap. Log book tak buat dengan proper lagi, hanya tulis draft je. kalau supervisor buat pemeriksaan mengejut, mau mati la kami. Saya harap Dr. Siraje yang akan jadi supervisor kami. Saya suka dia sebab dia cool sangat, lagipun saya memang dah impikan benda ni sejak saya 2nd year lagi. Kalau tak dapat dia, mesti sedih. Hehehe… emosi terganggu kot. Okey lah. Sekian untuk hari ini. Esok tak sabar nak pi sekolah sebab ada sambutan hari guru. Esok nak nyanyi lagu guru Malaysia. Kalau dengar lagu ni,saya mesti meremang bulu tenggkuk sebab rasa berat tanggungjawab sebagai guru dan guru ni sebenarnya istimewa sebab ada hari khas di sambut untuknya.

Sekian. Wassalam. 

p/s: I’m not happy if I know you not happy.

Monday, May 9, 2011

Praktikal- hari keempat

Assalamualaikum semua,
Meneruskan hari-hari sebagai pelajar dan wanita bekerjaya sangat mencabar. Saya tak tahu macam mana nak hadapi.  Kadang-kadang tu stress la juga, tapi macam biasa, saya akan maintain cool macam,tak  ada apa-apa berlaku. Sebenarnya, tak bagus juga macam ni. Tapi kan, sejak masuk praktikal ni, macam-macam masalah dan dugaan yang saya hadapi. Sampai saya rasa nak je putus asa dan biarkan apa nak jadi, jadi lah. Ehm… tapi bila di fikir-fikir balik, saya rasa, semua yang berlaku ni banyak melatih dan mendidik saya untuk lebih bersabar dan tahu macam mana nak selesaikan satu-satu masalah.

Betul la kata-kata salah seorang pensyarah saya, dia kata, kaunselor kena pandai kaunseling diri sendiri, baru boleh bagi kaunseling pada orang lain.  Tapi, kalau masalah tu saya tak expect pun nak jadi, tapi berlaku juga, saya pun tak tahu nak buat macam mana. Kaunselor juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Kadang-kadang puas saya fikir apa silap saya. Apa-apa pun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah know Best.

Okey, untuk hari ini, saya di sekolah dari pukul 7.20 pagi sampai 6.40 petang. Penat tak payah kata la. Hari ini tak jadi bagi ceramah kemahiran belajar tu sebab dewan dah ada program lain. Alhamdulillah, lega sangat sebab walaupun dah ready, tapi perasaan takut tu masih ada la. Kalau di fikir-fikir balik, saya ni memang takut nak cakap depan orang ramai. Dah tak biasa, jadi ada rasa tak confident tu. Tapi tadi kena cakap juga masa perhimpunan petang. Cikgu kaunseling petang jemput kami perkenalkan diri. Huhuhu…nervous giler masa tu. Jantung ni berdegup pantas je. Saya cuba kawal untuk bercakap selambat yang mungkin sampai saya tak tahu nak susun ayat macam mana. Hentam sahaja. Tu pun, cik Ann kata saya cakap laju. Dia kat belakang dah suruh saya slow. Tapi saya tak dengar pun dia cakap. Huhuhu…Okey,saya ni memang jenis cakap laju-laju macam bullet train. Tapi, tadi saya dah guna low speed pun. Tapi, mungkin benar saya cakap agak laju kot sebab saya macam ada terdengar yang cikgu-cikgu kat situ tu kata, saya cakap lajunya. Hehehe.. ye la kot. Tapi bila tanya pendapat adik cik Ann, dia kata saya cakap dengan penuh confident. ^_^ .Hari ini saya belajar satu kemahiran baru iaitu bercakap di hadapan. Apa yang perlu saya improve adalah kawalan kepantasan saya bercakap. Kena cakap perlahan sikit, takut orang tak faham apa saya cakap dan juga takut mesej tak sampai. Macam mana nak berlatih cakap perlahan eh?

Oh ya, pagi tadi ada cikgu praktikal dari UPSI lapor diri kat sekolah. Ramai juga la. Saya rasa diri ni sangat kecil bila nak perkenalkan diri kat mereka tu. Depa tu dari UPSI, mesti mantap bab-bab mengajar ni,  tengok muka masing-masing confident je. Depa memang ada tokoh nak jadi cikgu. Kami ni, apa lah sangat. Nak berbangga jadi pelajar UIA, tapi tah la. Saya masih rasa apa yang saya belajar di UIA sangat sikit berbanding universiti lain dalam bidang bimbingan & kaunseling ni la. Saya rasa banyak benda yang kami tak belajar tapi saya jumpa dan hadapi di sekolah. Percanggahan yang sangat memeningkan  kepala saya. Owh... sangat penat juga untuk sesuaikan diri dengan situasi. Saya ada juga berbincang dengan cikgu kaunseling di situ, dia kata itu perkara biasa. Dia dulu macam tu juga. Bila dah masuk setting sekolah, memang semua benda kena belajar sendiri dan tengok pengalaman orang lain. Kena pandai-pandai sesuiakan diri degan satu-satu situasi. Bila saya dengar macam tu, saya rasa lega sebab bukan saya je yang rasa macam tu. Benda utama yang saya rasa, di sekolah tak banyak sangat pendekatan kaunseling di gunakan kebanyakkan adalah bimbingan. Pening nak faham. Tapi tengah cuba perlahan-lahan nak faham situasi ni.

Semakin hari kerja makin banyak, tekanan makin meningkat, motivasi untuk bekerja juga makin menurun. Kalau dah ada keinginan nak dapat mood bekerja dengan aman dan seronok, pasti akan ada benda atau hal yang akan halang. Hati saya yang mulanya besar terus jadi kecik. Saya sendiri pun tak tahu kenapa. Tengah mencari jawapan di sebalik persoalan ini? Huhuhu...


Okey, Sekian terima kasih.

Friday, May 6, 2011

Praktikal- hari ketiga

Assalamualaikum semua,
Semalam hari ke-3 kat sekolah tak sempat nak tulis apa-apa kat sini. Banyak mahu di kongsikan. Antaranya, semalam kami dah mula buat sesi kaunseling individu dan juga kelompok. Akhirnya, setelah dua hari yang tak buat apa-apa sangat selain menyiapkan kertas kerja program dan juga pamplet, dapat juga kami buat sesi kaunseling. Sebenarnya, dah saya dah mula risau sebab kami ni macam tergantung sikit, tak di beri apa-apa kerja. Tapi, bila masuk je sesi petang semalam, terus kerja datang mencurah-curah sampai tak sempat nak makan. Alhamdulillah la kan. Tapi, semalam saya sempat makan sekali je waktu pagi, pukul 11.30, nasib makan nasi. Saya dah aim nak makan laksa waktu rehat petang nanti, tapi apa kan daya, tak sempat pun nak turun makan petang tu. Huhuhu… apa-apa pun, saya bersyukur sebab banyak kerja tak apa, kalau tak ada langsung tu yang risau.

Semalam kami dah mula datang ke sekolah ikut jadual kami tu la. Makanya, semalam sehari suntuk di sekolah bermula jam 7.20 pagi sampai 6.40 petang. Heaven kan ^_^. Oh ya, nak cerita juga,  walau saya tak ada rezeki nak makan laksa kat kantin tu, balik rumah dapat makan laksa juga sebab ibu Cik Ann masak laksa. Ya Allah, tak sangka ada juga rezeki nak makan laksa. Itulah, kadang-kadang  tak sangka pun Allah nak bagi rezeki tu macam mana dan bentuk mana. Okey2, cut the crab crap cerita pasal makan ni sebab memang tak akan habis. Hehehe…okey sambung cerita pasal praktikal hari ketiga saya. 

Setakat ni, program kaunseling dah ada 2. Cikgu kaunseling yang petang dah bagi kami untuk kendalikan Ceramah tentang kemahiran belajar dan juga program Perlatihan untuk PRS. Alhamdulillah, tak perlu kami fikir nak buat program apa. Cuma tugas kami buat kertas kerja dan kendalikan semua program tu. Ehm… takut juga sebenarnya sebab saya ni bukanya biasa dok bercakap di depan. Sejak masuk UIA ni saya dah jadi a girl with a few word, cakap bila perlu je. Hehehe… bukankah diam lebih baik dari bercakap. Lagipun, sejak dok belajar kemahiran kaunseling segala, sebagai kaunselor, kena la cakap kurang dari klien sebab kita banyak mendengar. Jadinya, dah terbiasa mendengar, dan kurang bercakap. Sebenarnya, ni pun tak bagus juga sebab bila dah masuk praktikal ni, kaunselor pun kena pandai bercakap terutama berucap di khalayak ramai. Huhuhu…sesuatu yang saya tak pernah buat. Tapi, dah dalam proses belajar kan, jadi kena ambil peluang ni la. Satu kemahiran baru yang saya pelajari.

Ehm…lagi satu kemahiran adalah cara buat kertas kerja. Memang la pernah buat kat UIA, tapi masalah besar adalah di sekolah kena guna bahasa Melayu dan di UIA dah terbiasa dengan English. Kekok sungguh nak susun ayat sebab dah lama tak buat kerja-kerja rasmi guna bahasa Melayu. Hehehe…ni la masalah budak-budak UIA, kalau pi praktikal, ada kejanggalan nak guna bahasa ibunda sendiri ^_^.  Tentang kertas kerja, saya dan Ann Cuma ikut format yang sekolah punya, ayat reka dan cilok sikit dari buku dan juga sumber-sumber yang boleh di ambil. Nak juga guna yang cikgu kaunseling kat situ yang dah di buat sebelum ni, tapi macam tak best plak sebab tak nampak la usaha kita  pulak kan.  Buat je ikut kefahaman sendiri. 

Ehm… lagi apa ya. Oh ya pasal isi kandungan ceramah tu, cikgu kaunseling petang tu cuma bagi tau topik apa yang kami perlu sampaikan iaitu kemahiran belajar seperti kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mengambil nota, pengurusan masa dll. Dia kata kami mesti banyak bahan, dan boleh ambil dari kawan-kawan kan. Hehehe… semua yang dia cakap tu, kami tak pernah belajar pun di UIA ni dan saya tak tahu pun antara tugas kaunselor di sekolah, kena juga sampaikan ceramah tentang ini. Serius, masa tu macam tak tau apa nak buat juga la. Balik buat research juga la kemudian ada la bahan tu. Tapi tak yakin boleh ke nak sampaikan benda tu semua. Saya bukannya apa, nak cakap pasal kemahiran belajar, tapi diri sendiri belajar pun tunggang langgang je, nak dekat exam baru study, selalu je tidur dalam kelas ~_~ , assingment selalu je lambat hantar, pendek kata saya bukanlah pelajar yang ada sistematik jadual yang boleh di banggakan. Tapi, cikgu tu kata, hampa cakap ja macam mana pun, goreng-goreng pun tak apa sebab depa ni budak-budak tingkatan 1 dan 2. Apa kita cakap, depa percaya ja. Hehehe… memang la boleh goreng, goreng tapi….. diri sendiri pun tak buat macam mana nak suruh orang lain buat kan. Tu namanya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri pun jalan senget. Ehm… cabaran gak tu. 

Apa-apa pun, kertas kerja dah siap dan dah dapat kebenaran pun.  Program tu akan berjalan hari Isnin sampai hari Khamis minggu depan, melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2 kalau di tambah bilangan keseluruhan adalah 814 orang. Heaven kan? Saya masih tak percaya nak bagi ceramah depan orang yang seramai itu. Tapi kan, kalau dalam ceramah saya suka je tidur atau terlelap. Nanti kalau masa saya bagi ceramah, ada pelajar yang tidur saya nak buat apa eh? Nak buat cool je ke atau saya akan terasa hati sebab orang tak mau dengar apa saya nak cakap . Ehm….jap gi emo plak. Baik jangan fikir. Tunggu je la minggu depan  ^_^

Lagi apa eh? Oh ya, semalam saya rasa gembira sangat sebab saya rasa bilik kaunseling tu macam homey sangat sebab dapat  buat sesi yang sebenar dengar budak yang ada masalah. Rasa macam kaunselor tetap plak kat situ. Sibuk keluar masuk bilik dan buat kerja lain. Hehehe… suka sungguh sebab dapat kerja. Ehm… tapi kan, serius, masa buat sesi tu, saya tak tahu macam mana nak mula, macam blank je. Mungkin sebab pertama kali kot. Alhmdulillah, bila dah lama-lama tu dah okey sikit kot. Semalam lebih kepada build rapport kiranya sesi sual kenal. Nanti sesi akan datang kena mula rawatan plak dan juga dah kena ada plan. Huhuhu…cuak la juga, ni bukan cubaan dah tapi betul-betul. Apa-apa pun, buku teori Corey kena bukak balik sebab nak faham teori apa yang  nak guna dalam kaunseling nanti. Bukan boleh hentam taram je sembang-sembang kosong. Kalau tak nanti jadi sembang-sembang mak minah la jawabnya. Tu la bezanya kaunseling dengan khidmat nasihat yang lain, kami ada teori yang di pengang semasa proses menolong klien dalam menyelesaikan masalah dia. Bila dah dapat kes semalam,saya  rasa diri ni masih kurang kemahiran kaunseling dan masih lemah bab teori kaunseling. Serius, apa yang di belajar dalam kelas dan juga teori tu tak sama dengan praktikal. Jadi, pandai-pandai sendiri la nak sesuaikan dengan keadaan. Cabaran lagi tu.

Dalam beberapa hari kat sekolah ni, banyak benda yang saya dapat dan belajar. Dalam praktikal ni, saya belajar kena pandai bawa diri dan cepat buat keputusan. Bukanya apa, bila dah dalam setting bekerja, kita bekerja dengan orang yang pelbagai. Jadi expectation masing-masing mestilah berbeza dan bertentangan dengan diri kita dan orang lain. Kita nak puaskan hati semua orang dan juga diri sendiri. Jadi, kena la pandai sendiri  sesuaikan diri dalam satu-satu situasi. Bab buat keputusan pula, apa-apa pun kena cepat. Bila orang bagi kerja, kena cepat bertindak, tak faham tanya, tak puas hati apa cakap, kalau nak apa-apa minta, jangan malu untuk bertanya, jangan malu untuk merendah diri, jangan kedekut untuk berkongsi apa yang kita tahu dan cuba untuk segera untuk tolong apa-apa yang perlu. Itu yang saya belajar. Tak sangka kan, saya seorang yang senyap dan tak banyak tanya ni tiba-tiba jadi ringan mulut dan dah jadi banyak cakapnya. Sekarang ni, saya rasa apa je saya cakap dan luahkan, nak tanya apa, on the spot saya tanya, tak tunggu-tunggu dan berfikir dah, cepat je. Ehm… tahniah untuk diri sendiri. Perubahan yang positif.  Hehehe…semoga sikap ni kekal la sampai bila-bila pun kan.  Amin.  

Itu sahaja untuk semalam. Betullah kata-kata, “Life is process of learning” sebab saya rasa setiap saat ada saja benda yang saya belajar, yang mungkin selama ni saya tak sedar pun.

 Sekadar renungan bersama.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Ali-Imran: 190-191)

Sekian. Wassalam.

Thursday, May 5, 2011

Praktikal- hari kedua

Assalamualaikum semua,
Hari ini saya pergi sekolah pukul 11 pagi sebab dah bagitau semalam kat pengetua saya dan Ann jadi nak pergi untuk sesi petang. Maka, pagi tadi seronok la sebab dapat tidur lebih dan Alhamdulillah dapat la rehat lebih sikit sebab dah masuk lewat sekolah.walaubagaimanapun, bagun pagi dengan tak ada perasaan nak pergi sekolah langsung. Serius, kenapa la tak ada perasaan teruja walau sedikit. Saya tak tahu macam mana nak hadapi lagi 26 hari yang mendatang kalau macam ni la hari-hari. Huhuhu… 
 
Sepanjang pagi dari bagun pagi sampai la saat nak bergerak ke sekolah, dalam kepala dok berfikir dan susun ayat macam mana nak bagitau kat ketua kaunselor tu yang jadual kami nanti akan jadi pagi dan petang. Jadual kami nanti akan jadi hari Isnin dan Rabu akan ke sesi pagi bermula jam 7.20 pagi – 1.15 tengah hari. Kemudian petang jam 2.00 – 5.00 petang akan ke UIA untuk kelas Moral Teaching 1. Untuk jadual hari Rabu dan Khamis masa kami akan bermula 7.20 pagi – 6.40 petang. Giler penat la nanti. Tapi nak buat macam mana, terpaksa la berkorban macam ni. Susah dulu, senang kemudian.

Macam-macam perasaan, gerun, cuak, berdebar tak tahu nak cakap kat ketua kaunselor tu macam mana. pasal jadual baru kami yang memeningkan ni. Saya bukannya apa, tak best la kan, kita dah pi praktikal tempat orang, lepas tu nak ikut jadual sendiri pulak. Ehm…dalam hati tak henti-henti berdoa. Segala ayat quran dan doa untuk lembut hati dah baca. Bila tengok je muka dia, terus tak jadi. Sebenarnya, masa kami sampai, semua kaunselor ada kat dewan sebab ada pameran dari IPT. Jadi, kami pun lepak kat sana juga la. Bila nampak je dia dalam dewan tadi, semangat berkobar-kobar yang dari rumah tadi terus menurun. Hati yang tadi dah besar, tiba-tiba jadi kecil. Tak tahu nak cakap macam mana. 

Dari pukul 11.15 sampai 12.30 juga la kami dok dalam dewan tu. Dalam jangka masa tu, apa yang nak cakap belum terluah. Awat tak tau payah sungguh nak cakap. Saya pandang Ann, Ann pandang saya, kemudian dua-dua tersengih. Akhirnya, tercakap la juga bila dia dok berkemas-kemas nak balik. Bila dah mula cakap, terus cerita perancangan kami ni. Alhamdulillah, dia okey ja. Phew…akhirnya tercakap la juga. Dalam hati rasa, awat la aku tak cakap awal-awal pasal ni. Hehehe...
Apa yang saya belajar untuk hari ini? Ehm…mestilah pasal bagaimana nak memberitahu benda yang penting tu. Ada orang sangat mudah untuk berkata-kata. Dia rasa apa, terus dia cakap. Ada orang sangat berhati-hati bila nak menyusun kata. Saya ni selalu suruh siapa-siapa kalau tak puas hati apa, cakap je terus terang. Tapi, bila datang kat diri sendiri, tak tahu pula nak meluahkan. Hari ini saya juga belajar untuk lebih berani bersuara dan pertahankan apa kemahuan kita. Satu kejayaan untuk diri sendiri ^_^

Ehm…sepanjang hari di sekolah kami hanya merangka program dan jadual sepanjang praktikal. Boring la juga sebab belum dapat klien. Tadi sempat juga la berbual-bual dengan beberapa orang cikgu. Lagi satu masalah adalah, saya ni tak cukup ramah. Saya lebih suka mendengar dari bercakap. Jadi, tak tahu macam mana nak tegur cikgu-cikgu kat situ. Tapi, kalau jumpa atau selisih dengan cikgu-cikgu tu, saya senyum je la. Rasanya, sepanjang praktikal kena belajar bagi ramah sikit kot. Lagipun, saya tengok kaunselor kat situ semua macam ramah dan mesra dengan semua cikgu dan pelajar.

Oh ya, hari ini keputusan peperiksaan semester lepas dah keluar. Sedih dan berdebar-debar nak tengok keputusan, tapi apa kan daya, masa tu masih lagi ada di sekolah.  Balik sekolah ja, 6.30 tadi terus on laptop. Tapi, line UIA pulak jam, tak boleh masuk web UIA. Takut dan berdebar makin bertambah. Tak sabar-sabar nak tengok. Apa-apa pun, keputusan dah dapat. Alhamdulillah, keputusan masih lagi boleh di bangga kan. Cuma macam saya dah jangka, paper pertama saya mesti teruk sebab masa tu saya kurang sihat. Masa jawab paper tu, saya memang macam dah give up, nak jadi apa jadi la. Jawab sampai habis tapi sikit tak puas hati la. Sebab saya rasa mampu buat lebih baik lagi masa tu, tapi saya tak cukup semangat nak berjuang menjawab paper tu sehabis baik. Tak apa la, rezeki setakat itu sahaja. Paper yang lain, Alhamdulillah okey. Terima kasih kepada semua lecturer saya yang bagi markah yang banyak. Apa-apa pun, cuba lagi semester depan dan kena lebih rajin berusaha ^_^

Sekian coretan untuk hari ini. Terima kasih kepada yang membaca ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Praktikal- hari pertama

Assalamualaikum semua,
Hari ini saya dah mula berpraktikal di sekolah. Hari ini lapor diri. Entah kenapa saya macam tak ada perasaan langsung. Nak kata teruja pun tak, nak kata takut pun tak, nak kata berdebar-debar pun tak, pendek kata memang tak ada rasa langsung. Maintain cool. Pelik sungguh sampai saya risau kenapa saya tak  ada perasaan langsung ni. Kepala kosong, hati pun kosong juga kot. Huhuhu…

Sampai sekolah pukul 7.15 pagi terus jumpa Puan Pengetua. Alhamdulillah, dia sangat baik. Bila dah dok depan dia, saya dah mula ada rasa sebab tiba-tiba dia kata nak tempatkan kami di sesi petang. Mau tak terkejut kami berdua. Dalam hati dah tertanya-tanya, office tak bagitau ke yang kami patutnya perlu waktu pagi tak boleh waktu petang. Kami ni, walaupun praktikal, tapi masih ambil 1 subjek masa semester pendek nanti. Dengan susah payah kami kena terang la masalah kami tu. Yang best nya, Puan Pengetua okey ja. Dia bagi kebenaran untuk kami kalau ada kelas petang kami boleh datang sekolah waktu pagi dan sebaliknya. Bermakna, hari isnin dan rabu kami akan datang waktu pagi sebab ada kelas waktu petang di UIA dan akan datang ke sekolah waktu petang untuk hari selasa dan khamis. Lepas tu, kami cakap la yang hari Jumaat kami kena hadiri perjumpaan untuk praktikal ni setiap jumaat. Sekali lagi dia kata okey. Ya Allah, kami sangat bersyukur sebab macam tak ada masalah bila dia cakap macam tu. Tapi pening juga kan, 2 hari pagi, 2 hari petang, dah la tu selang sehari. Jumaat pulak tak datang. Tak ke pelik tu. Huhuhu… 

Kemudian, Puan Pengetua bawa kami jumpa ketua Kaunselor di bilik Kaunseling. Bermulalah sesi suai kenal dan soal jawab. Masa ni saya agak takut sebab tiba-tiba di tanya tentang apa yang kami perlu buat masa praktikal ni. Ya Allah, benda ni memang sangat rumit nak terang. Saya pun tak faham kenapa kami ni berbeza sangat dengan universiti lain. Kalau nak di ikutkan, kami ni di kira Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) tapi tugasan yang perlu kami buat dah macam praktikal yang betul dan dalam masa 7 minggu praktikal. Jadi, saya kata kat cikgu tu kami ni macam pra-praktikum. Lepas tu, kena terang pasal jam kredit yang perlu kami penuhi untuk sesi kaunseling individu dan kelompok. Semuanya 250 jam kredit.  Dah jadi satu hal nak terangkan pasal tu pulak. Kami kena buat 70 jam untuk kaunseling individu dan 30 jam kaunseling kelompok. Selain itu, kami juga kena buat kelas bimbingan dan juga program. Semua itu akan di kira untuk memenuhi 250 jam kredit. Dalam masa 7 minggu, banyak benda kami kena buat, cikgu tu kata takut tak sempat je. Kenapalah tugasan kami ni sangat rumit, saya pun tak faham. Huhuhu… bila kami cakap pasal kami akan berada 2 hari pagi dan 2 hari petang, lagi la ketua kaunselor tu terkejut. Dah kena cerita balik kenapa kami kena ambil subjek lagi.

Di pendekan cerita, dia sebenarnya nak tempatkan kami sesi petang sebab kekurangan kaunselor waktu petang. Lagipun, waktu pagi dah ada 3 orang kaunselor dan kebanyakan pelajar pagi adalah tahun peperiksaan, jadi agak susah sikit untuk dapat klien dan kalau nak buat program pun akan ganggu mereka. Ehm… dah jadi masalah di situ dan keadaan bertambah rumit. Tak terkata apa la kami. Dah kita pi tempat orang, kena la ikut depa kan. Tak kan nak ikut kepala sendiri. Kami kata la, nak kena bincang dengan pensyarah dulu la macam mana. Serius, masa sesi soal-jawab ni, saya sangat nervous, dah la kena smash pasal beberapa perkara (terpaksa di rahsiakan sebab isu sensitive).  Mau terkedu kami, tak tahu nak jawab apa. Nak balas balik, nanti jadi tak best pulak kan, dah la baru kenal. Tapi apa yang cikgu tu kata memang betul. Tak ada yang boleh kami nafikan pun. Iyakan aja la.  Serius, lepas tu memang saya rasa nak menagis je, sedih tak tahu nak cakap dan rasa diri ni lemah sangat dan rasa tak tahu apa-apa pasal kaunseling ni. Rasa diri ni kerdil depan dia dan rasa belum cukup ilmu di dada nak buat praktikal kaunseling pun, di tambah pula masalah nak kena pi sesi petang tu. Saya dan Ann rasa nak balik rumah masa tu juga. 

Untuk mengurangkan rasa yang pelbagai tu, kami pi la berjalan-jalan melawat sekolah. Dah tak tahu buat apa. Sambil jalan sambil berbincang dan berfikir apa jalan penyelesaian untuk masalah kami ni. Huhuhu…memang terbaik la, cikgu kaunseling pun ada masalah hari pertama praktikal. Rasa macam nak dapat sesi kaunseling juga dari mana-mana kaunselor ^_^ 

Hari pertama tak ada apa sangat pun yang boleh di buat. Lepas melawat sekitar sekolah, kami lepak kat bilik kaunseling je sambil bersembang dengan salah seorang cikgu kaunseling kat situ. Dia pun ada cerita pengalaman dia, walaupun baru 2 tahun tapi dia ada banyak pengalaman pahit. Lepas tu, pukul 11.30 pagi kami turun makan. Kalau di ikutkan hati, macam malas dah nak turun tapi perut dah lapar giler, kena la turun makan juga kan. Bab makan ni best sebab dapat makan kat tempat cikgu. Special je rasa walaupun makanan dia biasa-biasa aja. Kat situ ada kipas dan meja yang cantik. Hehehe… tetiba teruja sebab kalau dulu masa sekolah kan kita tengok cikgu-cikgu mesti ada tempat makan yang lawa dan makanan pun special ^_^

Lepas makan, kami pi jumpa Puan Pengetua nak cakap yang kami akan ke sesi petang la. Keputusan di buat sebab kami dah fikir segala kemungkinan. Rasanya yang terbaik adalah ke sesi petang. Puan Pengetua pun okey dan ketua kaunselor lagi la suka. Maka, kami pun tunggu untuk berjumpa dengan kaunselor sesi petang pula. Ternyata dia pun memang dok tunggu kami. Dia dah siap rancang program dan nak bagi klien pun. Hati yang pagi tadi rasa kecil tiba-tiba jadi besar sebab saya rasa betapa kedatangan kami sangat di alu-alukan ke sesi petang. Jadi rasa keputusan kami betul la kot. 

Lepas tamat waktu sekolah, kami terus ke UIA berjumpa dengan Dr. Norwati, penyelia untuk praktikal ni la. Dah di cerita masalah kami ni. Dia tak bagi kami pi sesi petang sebenarnya dan juga masalah kelas yang akan kami ambil nanti. Kalau dah tak boleh sangat, kami nak je drop subjek tu. Masalah pulak sebab subjek ni Moral Teaching 1 tak boleh ambil serentak dengan Moral Teaching 2 kalau kami nak ambil masa semester panjang nanti. Dr kata nak tukar sekolah ke? Owh… penyelesaian yang terakhir kot kalau nak tukar sekolah. Lagipun, tak manis kalau nak tukar tiba-tiba. Tambahan pula, kan Puan Pengetua dah bagi kebenaran untuk datang 2 hari pagi 2 hari petang. Cumanya, kami la rasa tak sedap. Tak pernah di buat orang praktikal macam tu, rasa macam sekolah sendiri pula suka hati nak datang hari apa dan waktu bila. Setelah berbincang segala kemungkinan dan baik buruk, kami kena juga ambil subjek moral tu. Makanya, kami akan ke sekolah 2 hari sesi pagi dan 2 hari sesi petang. Dan hari selasa dan khamis kami kena stay dari pagi sampai petang la kot sebab nak cukupkan jam kredit yang 250 tu. Huhuhu… kami terpaksa bekerja keras dan lebih dari orang lain. Besok ni, nak kena bagitau balik pada Puan Pengetua dan ketua kaunselor keputusan akhir kami. Tak ada jalan penyelesaian dah, ini sahaja. 

Ehm… hari pertama dah penuh kekalutan dan masalah. Hari mendatang tak tahu la. serius, pagi tadi masa sampai lepas cakap-cakap dengan ketua kaunselor, saya rasa memang tak sabar nak balik dan habis cepat. Tapi, hari ini kan baru hari pertama. Saya ada lagi 2 bulan untuk berkhidmat di sini. Tak tahu la macam mana nanti. Go with the flow or fight for it. Huhuhu…  apa-apa pun, kena la kuat semangat. Hati tak boleh kecil kena besar sentiasa. Nak jadi kaunselor kena positif sentiasa, segala cabaran dan dugaan kena hadapi dengan tenang dan berhemah. Tak boleh cepat melatah dan muda putus asa. Tadi dah mengadu segala masalah ni kat mama saya. Mama saya best je cakap “nak Berjaya bukan mudah, kena la susah dulu”. Betul, saya kena akui la. Tapi, nak terima tu perit rasanya.  Apa-apa pun , kena kuat semangat. I have to fight for it ^_^

Semoga hari kedua akan lebih baik. Kami akan ke sisi petang pula. Bagaimana hari esok, hanya Allah je yang tahu. Semoga segalanya berjalan lancar dan Allah permudahkan segala urusan kami. 

Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau
telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah. 
(Surah Al-Insyirah: 4-7)

Wednesday, April 27, 2011

Aktiviti Minggu Lepas

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, saya masih hidup walaupun sibuk. Ya la sibuk. Alasan yang selalu di gunakan bila tak up-date blog. Sebenarnya, rindu sangat nak menulis kat sini. Tapi, masa tak mengizinkan dan mood juga terbang tah ke mana. Ehm…mau cerita apa ya? Seperti yang di ketahui, saya sedang bercuti semester. Hanya 2 minggu sebab saya kan ambil semester pendek. Tak sangka eh, semester yang panjang dah berlalu dan saya dah lalui peperiksaan akhir dah pun. Oh ya, saya belum buat analisis tentang apa yang saya lalui sepanjang semester lepas. Banyak benda yang berlaku dan dan saya alami. Semester yang penuh suka, duka dan saya rasa paling banyak berperang dengan perasaan. Penat ooo kalau berperang dengan rasa sebab alih-alih kita yang sakit kepala dan juga sakit hati. Sabar je lah dengan apa yang saya alami semester lepas. Tu belum campur penyakit MALAS dan juga nak buat apa ikut suka hati. Parah juga kalau semester akan datang ni macam semester lepas. Rasa tak mau dah ulangi benda tu. Okey la, hal itu akan di ceritakan kemudian.
Ehm…ehm…ehm…mau cerita apa ni. Buat ringkasan je lah apa yang berlaku sepanjang minggu lepas.

15-16 April 2011
Kembali ke bumi UIA sebab ada program. Jadinya balik Penang hanya 3 hari. Okey la, buat lepas rindu. Sat pun tak pa la, janji balik. Saya balik  semula ke UIA sebab ada Mukhayam Dhakili@Indoor Camping. Program dalam UIA sahaja, dan bertempat di bagunan Admin dan juga Masjid SHAS. Program sangat best terutama masa solat kat masjid. Masa solat Jemaah teringat betapa syahdunya bacaan imam UIA dan juga muazin yang azan sedap giler. Rasa tenang je.  Itulah keistimewaan kat UIA sebab kalau masa solat kita boleh dengar bacaan Qiraat yang pelbagai. Program banyak di isi dengan penyampaian sahaja. Dah nama pun perkhemahan dalaman, maka dengar ceramah je la. Ceramah yang baik untuk makanan rohani ^_^

17,18,19 & 20 April 2011
Kemudian Selama 4 hari 3 malam saya berjaulah ke Padang, Indonesia.  Seronok juga dapat melawat tempat orang. Banyak pengalaman yang saya dapat.  Banyak tempat yang di lawat. Lepas balik dari sana, baru saya faham kata-kata "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri". Lain tempat lain keadaannya. Apa-apa pun, saya bangga jadi rakyat Malaysia sebab Malaysia sangat best walau kita rasa dah susah kat sini, kat sana lagi bertambah susahnya. Kalau ada peluang lagi, lepas ni saya nak menjelajah ke negara lain pula. Teringin nak pi melawat Sepanyol ^_^

21 & 22 April 2011
Balik dari Jaulah dari Indonesia saya buat LIDV dan stay sat kat UIA. Ehm…niat di hati nak selesaikan hal praktikal. Kalau ikut rancangan saya dan Ann nak pi melawat sekolah yang bakal kami buat praktikal. Semangat lho mau lihat-lihat sekolah dan berkenalan dengan “bakal majikan dan rakan setugas”. Tapi, apa kan daya. Hal praktikal ni belum selesai lagi pun, masih tergantung.  Agak bengang jugak bila pi pejabat tak ada orang. Saya punya la pergi lewat sikit dalam pukul 3 sebab kalau pergi pukul 2 mesti kakak-kakak tu belum balik solat & makan. Pi pukul 3 pun tak ada orang kat office tu. Sorang pun tak ada, yang ada anak kak Hamisah tu dok ngadap PC mak dia. Bila di tanya mana semua orang. Selamber je adik tu jawab, semua orang solat. Ek??? Solat mendenya dah pukul 3 kot. Lagi satu, masa rehat dah habis la. Huhuhu…okey sabar. Kemudian saya datang semula pukul 3.30 macam tu. Dah ada orang. Sekali lagi sakit hati sebab office academic affairs tu tak tahu pasal hal praktikal ni. Argh….sekali lagi. Saya cakap ada notis dekat luar kata boleh periksa tempat praktikal kat office Academic affairs. Boleh kak hamisah tu jawab, dia tak tahu pun, cuba Tanya office post-graduate. Saya jawab la, kat luar ada notis. Dia kata, sapa pulak yang letak. Ishk…ishk… tak puas hati saya. Dia ikut saya keluar kemudian tengok sendiri notis tu. Dia macam terkejut. Pastu tergagap-gagap nak jawab. Amek kau. Alahai, macam mana la depa ni buat kerja. Kesimpulannya, hari tu saya tak dapat jumpa sesiapun yang boleh terang pasal hal praktikal ni. Pi office post-graduate pun tak ada orang. Cuti kot. Huhuhu...

23 April 2011
Antara sebab saya stay di UIA adalah sebab nak pi Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur 2011. Tahun ni punya shopping pecah rekod sebab jalan-jalan kat sana 2 jam sahaja. Saya dan rumate kesayangan, Iffah hanya membeli ikut list yang telah di senaraikan. Awal-awal lagi dah tengok floor plan kat mana booth buku-buku yang mau di beli. Tujuan utama mestilah ke booth JS. Memborong sakan di sana. Saya membeli 17 buah dan Iffa 16 buah kot tak salah saya. Banyak tak? Hehehe…biasalah, dua-dua hantu novel. Tak boleh kata apa. Dapat beg comey dari JS dan juga kipas berlagak.  Oh ya, novel saya hanya 7 buah, yang lagi 10 buah tu kepunyaan Farah. Dia mintak tolong belikan. Sempat juga ambil tandatangan dari Syud dan juga Adeliah. Imaen yang pura-pura susun buku pun tak ketinggalan ambil tandatangan dia. Cuma Kak Su aja yang tak sempat. Masa kami sampai, dia baru nak pi solat. Selepas JS, baru boleh pi tengok buku kat booth lain. Saya nak pi PTS mau cari beberapa buku. Nasib booth PTS hanya berdepan dengan booth JS. Jadi, tak payah jalan jauh-jauh. Oh ya, ternampak buku baru lecturer kesayangan Cik Ann. Smart giler buku dia, sangat bewarna-warni, hard-cover dan nampak sangat mewah buku tu. Rasa mau beli tapi tak cukup bajet la pulak. Nanti la, beli sendiri dengan penulis dia, boleh dapat harga istimewa dan juga tandatangan dan juga boleh ambil gambar penulis kot ^_^. Kat PTS tak beli apa sangat sebab nak cari komik Takaza 2 je dan juga buku tulisan Mardiana. Kemudian gerak ke Booth Karangkraf yang luas itu. Dah tawaf 1 dewan tu, tapi tak jumpa pulak buku yang nak beli. Alih-alih, cakap je kat petugas di situ kata nak buku apa. Dengan sepantas kilat dia pi cari. Alhamdulillah, senang keje. Lepas tu, misi di teruskan untuk mencari buku akademik pulak. Mesti la kena seimbang antara buku pelajaran dan juga bukan pelajaran. Ehm…akademik la sangat, sebenarnya nak cari buku rujukan untuk adik saya. Maka, kami ke booth Sasbadi. Kat sini pun saya main tanya mana buku yang terbaik, berbaloi dan berguna. Malas nak belek satu-satu, saya ambil je yang mana di cadangkan oleh petugas kat situ. Senang kerja lagi ^_^. Sebenarnya, tak sempat pun nak melawat semua booth buku yang ada sebab nak kejar masa nak bertolak balik kampung malam tu juga. Maka, membeli apa yang dalam senarai je la. Dan malamnya, lepas maghrib bertolak balik ke kampung halaman dengan menaiki kereta Iffah. Ayah Iffah datang ambil dia sebab ada banyak barang yang nak di bawa balik.


Ehm...kalau di kira-kira, saya hanya bercuti 2 minggu aja la. Dah tolak dengan segala aktiviti yang di lakukan minggu lepas. Alahai...awat sat sangat cuti? Mana cukup. Huhuhu....sabar je la.

Sunday, April 17, 2011

Random: Kisah Kembara Mencari Ilmu

Assalamualaikum semua,

Terbang
Langit itu cantik sebab dia berwarna biru. Di mana-mana kita pandang, langit tetap biru. Biru yang membawa kedamaian pada hati. Pabila melihat burung yang bertebangan bebas di langit, hati terasa mahu terbang juga. Alangkah bagusnya kalau punya sayap. Boleh terbang ke mana sahaja yang kita mahu. Bebas bergerak tanpa gangguan. Boleh tengok pemandangan dari atas. Mesti sangat cantik kan? Tapi, saya bukan seekor burung manakan boleh terbang. 


Padang
Memandang padang yang luas membuatkan hati turut rasa damai. Kehijauan rumput boleh menenangkan hati yang rawan. Bau rumput yang segar juga boleh mendamaikan rasa resah hati. Melihat padang yang luas membuat hati mahu berlari-lari bebas di atasnya. Mahu mencari rahsia di sebalik kedamaian rumput-rumput yang menghijau di atas padang. Sebab kata pepatah, luas berjalan luas pemandangan.  Walaupun rumput itu tempatnya di bawah, menjadi hamparan untuk kita pijak namun rumput masih hijau. Rumput yang hijau terus mewarnai dunia dengan warna yang damai itu biarpun berbagai ujian menempias mengenai  diri. Banyak yang kita boleh pelajari apabila kita berada di padang bukan?



Jutawan
Ada orang kata kebahagian adalah kekayaan. Sebab kita perlukan duit untuk segalanya. Bak kata orang putih, No Money, No Talk. Betul ke? Tapi tak semua benda boleh di beli dengan wang ringgit kan. Kalau banyak duit tapi hati tak tenang tak guna jugak kan. Jadi bersederhanalah. Tak perlu kaya sangat dan jangan terlalu susah. Tapi kalau dah kaya, apalah salahnya kita mmebantu orang yang memerlukan. Bergelar jutawan memang seronok sebab kita punya wang untuk beli apa saja yang kita mahu. Tapi, kekayaan apa yang kita nak cari sebenarnya? Kekayaan dunia atau kekayaan akhirat?

Saya mahu terbang ke suatu tempat.................
Saya mahu melawat padang yang luas...............
Saya mahu bergelar jutawan.............................

Apa jua yang kita lakukan, carilah hikmah di setiapnya agar hidup kita tak sia-sia. Walau yang baik, walau yang buruk, pasti ia sesuatu yang baik atas kehendak Allah.  

P/s: Saya mahu mengembara ke suatu tempat hari ini. Mahu mengutip pengalaman, mahu meluaskan pemandangan, mahu mencari makna hidup, mahu ambil segala kebaikan di depan mata. Kali ini kembara saya jauh ke seberang. Ke satu tempat yang saya pernah bermimpi untuk jejaki. Tapi yang pasti bukan Sepanyol la ^_^ Semoga Allah permudahkan perjalanan ini. Semoga perjalanan ini di berkati. Tak sabar nak berlepas ni. Jumpa lagi nanti. Mesti banyak kisah yang menarik saya nak coretkan nanti.

Sekian. Wassalam. 


Tuesday, April 5, 2011

Praktikal- hari kedua

Assalamualaikum semua,
Hari ini saya pergi sekolah pukul 11 pagi sebab dah bagitau semalam kat pengetua saya dan Ann jadi nak pergi untuk sesi petang. Maka, pagi tadi seronok la sebab dapat tidur lebih dan Alhamdulillah dapat la rehat lebih sikit sebab dah masuk lewat sekolah.walaubagaimanapun, bagun pagi dengan tak ada perasaan nak pergi sekolah langsung. Serius, kenapa la tak ada perasaan teruja walau sedikit. Saya tak tahu macam mana nak hadapi lagi 26 hari yang mendatang kalau macam ni la hari-hari. Huhuhu… 
 
Sepanjang pagi dari bagun pagi sampai la saat nak bergerak ke sekolah, dalam kepala dok berfikir dan susun ayat macam mana nak bagitau kat ketua kaunselor tu yang jadual kami nanti akan jadi pagi dan petang. Jadual kami nanti akan jadi hari Isnin dan Rabu akan ke sesi pagi bermula jam 7.20 pagi – 1.15 tengah hari. Kemudian petang jam 2.00 – 5.00 petang akan ke UIA untuk kelas Moral Teaching 1. Untuk jadual hari Rabu dan Khamis masa kami akan bermula 7.20 pagi – 6.40 petang. Giler penat la nanti. Tapi nak buat macam mana, terpaksa la berkorban macam ni. Susah dulu, senang kemudian.

Macam-macam perasaan, gerun, cuak, berdebar tak tahu nak cakap kat ketua kaunselor tu macam mana. pasal jadual baru kami yang memeningkan ni. Saya bukannya apa, tak best la kan, kita dah pi praktikal tempat orang, lepas tu nak ikut jadual sendiri pulak. Ehm…dalam hati tak henti-henti berdoa. Segala ayat quran dan doa untuk lembut hati dah baca. Bila tengok je muka dia, terus tak jadi. Sebenarnya, masa kami sampai, semua kaunselor ada kat dewan sebab ada pameran dari IPT. Jadi, kami pun lepak kat sana juga la. Bila nampak je dia dalam dewan tadi, semangat berkobar-kobar yang dari rumah tadi terus menurun. Hati yang tadi dah besar, tiba-tiba jadi kecil. Tak tahu nak cakap macam mana. 

Dari pukul 11.15 sampai 12.30 juga la kami dok dalam dewan tu. Dalam jangka masa tu, apa yang nak cakap belum terluah. Awat tak tau payah sungguh nak cakap. Saya pandang Ann, Ann pandang saya, kemudian dua-dua tersengih. Akhirnya, tercakap la juga bila dia dok berkemas-kemas nak balik. Bila dah mula cakap, terus cerita perancangan kami ni. Alhamdulillah, dia okey ja. Phew…akhirnya tercakap la juga. Dalam hati rasa, awat la aku tak cakap awal-awal pasal ni. Hehehe...
Apa yang saya belajar untuk hari ini? Ehm…mestilah pasal bagaimana nak memberitahu benda yang penting tu. Ada orang sangat mudah untuk berkata-kata. Dia rasa apa, terus dia cakap. Ada orang sangat berhati-hati bila nak menyusun kata. Saya ni selalu suruh siapa-siapa kalau tak puas hati apa, cakap je terus terang. Tapi, bila datang kat diri sendiri, tak tahu pula nak meluahkan. Hari ini saya juga belajar untuk lebih berani bersuara dan pertahankan apa kemahuan kita. Satu kejayaan untuk diri sendiri ^_^

Ehm…sepanjang hari di sekolah kami hanya merangka program dan jadual sepanjang praktikal. Boring la juga sebab belum dapat klien. Tadi sempat juga la berbual-bual dengan beberapa orang cikgu. Lagi satu masalah adalah, saya ni tak cukup ramah. Saya lebih suka mendengar dari bercakap. Jadi, tak tahu macam mana nak tegur cikgu-cikgu kat situ. Tapi, kalau jumpa atau selisih dengan cikgu-cikgu tu, saya senyum je la. Rasanya, sepanjang praktikal kena belajar bagi ramah sikit kot. Lagipun, saya tengok kaunselor kat situ semua macam ramah dan mesra dengan semua cikgu dan pelajar.

Oh ya, hari ini keputusan peperiksaan semester lepas dah keluar. Sedih dan berdebar-debar nak tengok keputusan, tapi apa kan daya, masa tu masih lagi ada di sekolah.  Balik sekolah ja, 6.30 tadi terus on laptop. Tapi, line UIA pulak jam, tak boleh masuk web UIA. Takut dan berdebar makin bertambah. Tak sabar-sabar nak tengok. Apa-apa pun, keputusan dah dapat. Alhamdulillah, keputusan masih lagi boleh di bangga kan. Cuma macam saya dah jangka, paper pertama saya mesti teruk sebab masa tu saya kurang sihat. Masa jawab paper tu, saya memang macam dah give up, nak jadi apa jadi la. Jawab sampai habis tapi sikit tak puas hati la. Sebab saya rasa mampu buat lebih baik lagi masa tu, tapi saya tak cukup semangat nak berjuang menjawab paper tu sehabis baik. Tak apa la, rezeki setakat itu sahaja. Paper yang lain, Alhamdulillah okey. Terima kasih kepada semua lecturer saya yang bagi markah yang banyak. Apa-apa pun, cuba lagi semester depan dan kena lebih rajin berusaha ^_^

Sekian coretan untuk hari ini. Terima kasih kepada yang membaca ^_^

Praktikal- hari kedua

Assalamualaikum semua,
Hari ini saya pergi sekolah pukul 11 pagi sebab dah bagitau semalam kat pengetua saya dan Ann jadi nak pergi untuk sesi petang. Maka, pagi tadi seronok la sebab dapat tidur lebih dan Alhamdulillah dapat la rehat lebih sikit sebab dah masuk lewat sekolah.walaubagaimanapun, bagun pagi dengan tak ada perasaan nak pergi sekolah langsung. Serius, kenapa la tak ada perasaan teruja walau sedikit. Saya tak tahu macam mana nak hadapi lagi 26 hari yang mendatang kalau macam ni la hari-hari. Huhuhu… 
 
Sepanjang pagi dari bagun pagi sampai la saat nak bergerak ke sekolah, dalam kepala dok berfikir dan susun ayat macam mana nak bagitau kat ketua kaunselor tu yang jadual kami nanti akan jadi pagi dan petang. Jadual kami nanti akan jadi hari Isnin dan Rabu akan ke sesi pagi bermula jam 7.20 pagi – 1.15 tengah hari. Kemudian petang jam 2.00 – 5.00 petang akan ke UIA untuk kelas Moral Teaching 1. Untuk jadual hari Rabu dan Khamis masa kami akan bermula 7.20 pagi – 6.40 petang. Giler penat la nanti. Tapi nak buat macam mana, terpaksa la berkorban macam ni. Susah dulu, senang kemudian.

Macam-macam perasaan, gerun, cuak, berdebar tak tahu nak cakap kat ketua kaunselor tu macam mana. pasal jadual baru kami yang memeningkan ni. Saya bukannya apa, tak best la kan, kita dah pi praktikal tempat orang, lepas tu nak ikut jadual sendiri pulak. Ehm…dalam hati tak henti-henti berdoa. Segala ayat quran dan doa untuk lembut hati dah baca. Bila tengok je muka dia, terus tak jadi. Sebenarnya, masa kami sampai, semua kaunselor ada kat dewan sebab ada pameran dari IPT. Jadi, kami pun lepak kat sana juga la. Bila nampak je dia dalam dewan tadi, semangat berkobar-kobar yang dari rumah tadi terus menurun. Hati yang tadi dah besar, tiba-tiba jadi kecil. Tak tahu nak cakap macam mana. 

Dari pukul 11.15 sampai 12.30 juga la kami dok dalam dewan tu. Dalam jangka masa tu, apa yang nak cakap belum terluah. Awat tak tau payah sungguh nak cakap. Saya pandang Ann, Ann pandang saya, kemudian dua-dua tersengih. Akhirnya, tercakap la juga bila dia dok berkemas-kemas nak balik. Bila dah mula cakap, terus cerita perancangan kami ni. Alhamdulillah, dia okey ja. Phew…akhirnya tercakap la juga. Dalam hati rasa, awat la aku tak cakap awal-awal pasal ni. Hehehe...
Apa yang saya belajar untuk hari ini? Ehm…mestilah pasal bagaimana nak memberitahu benda yang penting tu. Ada orang sangat mudah untuk berkata-kata. Dia rasa apa, terus dia cakap. Ada orang sangat berhati-hati bila nak menyusun kata. Saya ni selalu suruh siapa-siapa kalau tak puas hati apa, cakap je terus terang. Tapi, bila datang kat diri sendiri, tak tahu pula nak meluahkan. Hari ini saya juga belajar untuk lebih berani bersuara dan pertahankan apa kemahuan kita. Satu kejayaan untuk diri sendiri ^_^

Ehm…sepanjang hari di sekolah kami hanya merangka program dan jadual sepanjang praktikal. Boring la juga sebab belum dapat klien. Tadi sempat juga la berbual-bual dengan beberapa orang cikgu. Lagi satu masalah adalah, saya ni tak cukup ramah. Saya lebih suka mendengar dari bercakap. Jadi, tak tahu macam mana nak tegur cikgu-cikgu kat situ. Tapi, kalau jumpa atau selisih dengan cikgu-cikgu tu, saya senyum je la. Rasanya, sepanjang praktikal kena belajar bagi ramah sikit kot. Lagipun, saya tengok kaunselor kat situ semua macam ramah dan mesra dengan semua cikgu dan pelajar.

Oh ya, hari ini keputusan peperiksaan semester lepas dah keluar. Sedih dan berdebar-debar nak tengok keputusan, tapi apa kan daya, masa tu masih lagi ada di sekolah.  Balik sekolah ja, 6.30 tadi terus on laptop. Tapi, line UIA pulak jam, tak boleh masuk web UIA. Takut dan berdebar makin bertambah. Tak sabar-sabar nak tengok. Apa-apa pun, keputusan dah dapat. Alhamdulillah, keputusan masih lagi boleh di bangga kan. Cuma macam saya dah jangka, paper pertama saya mesti teruk sebab masa tu saya kurang sihat. Masa jawab paper tu, saya memang macam dah give up, nak jadi apa jadi la. Jawab sampai habis tapi sikit tak puas hati la. Sebab saya rasa mampu buat lebih baik lagi masa tu, tapi saya tak cukup semangat nak berjuang menjawab paper tu sehabis baik. Tak apa la, rezeki setakat itu sahaja. Paper yang lain, Alhamdulillah okey. Terima kasih kepada semua lecturer saya yang bagi markah yang banyak. Apa-apa pun, cuba lagi semester depan dan kena lebih rajin berusaha ^_^

Sekian coretan untuk hari ini. Terima kasih kepada yang membaca ^_^

Sunday, April 3, 2011

RANDOM: Coretan sebelum EXAM.

Assalamualaikum semua,

Ehm…dah lama blog ni di biarkan. Sekarang ni, kat UIA dah masuk minggu final exam. Cepat je kan, dah final pun. Pasni, pastilah cuti panjang giler. Siapa yang tak ambil short semester akan cuti 6 bln tapi kalau siapa yang ambil short semester, 10hb 5 dah masuk balik la. Cuti hampir setengah tahun tu. Best kan? Ni la cuti paling heaven sepanjang dok kat UIA ni. Dalam 6 bulan tu, macam-macam boleh buat kan? Kalau nk kawen pun lepas ja. Uiks…gatai na. Hehehe…..sebenarnya berangan je dapat cuti 6 bulan tu. Saya cuti pendek ja, sebab saya ambil short semester. Huhuhu….okey la tu kan. Mau habes cepat-cepat maka pengorbanan perlu di buat ambil je la short semester tu.

Dah, cut the crab crap. Sebenarnya nak cerita pasal final exam je ni. Semester ni saya ambil 8 subjek bersamaan dengan 21.5 credit hour. Banyak tak? Orang mesti pelik dan hairan, apasal ambil banyak-banyak. Tak letih, tak penat ke? Ehm,….sebenarnya, 21 credit hour tu normal la bagi budak-budak kaunseling macam saya. So, no harm for me. Saya relax & cool ja. Setiap semester memang macam ni. So, dah biasa. Ya Allah….tadi nak cerita pasal paper exam je la. Okey…back to the track.

1st paper saya esok iaitu 4 hb 4. Sebenarnya UIA dah mula exam 31hb 3 lagi sampai 16hb 4. Jadual exam saya tahun ni tak cantik sikit. Mula 4 hb abes 11 hb. Ada paper yang berturut-turut. Takut la tak sempat nak study. Huhuhu…antara paper yang saya ambil semester ni

BASIC COUNSELING SKILLS 2 – tak ada exam sebab ni subjek co-curriculum je. Markah di kira berdasarkan folio yang di buat, persembahan berpasangan, persembahan folio, kedatangan, aktiviti dalam kelas, kehadiran ke seminar dll. Alhamdulillah, kalau di kira-kira, boleh la kot subjek ni dapat A. Boleh la kalau nak harap subjek ni nak naikan pointer. 

CIVICS AND CITIZENSHIP EDUCATION- exam paper ni 11hb iaitu paper last saya. Huhuhu…takut gak nak jawab paper ni sebab banyak fact nak kena ingat. Mana boleh goreng-goreng sebab sejarah Malaysia kot.  Sebab saya suka subjek sejarah, maka saya kena belajar dan score subjek ni. Carry marks lecturer tak bagi sebab dia tak sempat nak kira. Jadi, saya tak dapat agak nak score berapa dalam final nanti. Apa-apa pun, paper ni tak boleh di pandang ringan walaupun kebanyakan dah belajar. Lagi satu, ni paper last, kemungkinan semangat nak jawab mungkin menurun sebab teringat nak balik kampung ^_^

MORAL PHILOSOPHY FROM ISLAMIC PERSPECTIVE- exam paper ni 9hb. Paper lecturer kesayangan  saya yang no 1 ni, jadi wajib score A. Kebarangkalian nak dapat A tu ada tapi tak tau la, bergantung pada soalannya nanti boleh jawab ke tak dan juga bergantung pada kebaikan hati lecturer yang nak periksa paper ni. Hehehehe…  carry mark lecturer tak bagi juga. Tak tau la sebab apa, sibuk kot.

CONTEMPORARY MORAL ISSUES- Exam paper ni hari Ahad 10hb. Nervous betul nak jawab paper ni sebab lecturer subjek ni memang suka buat orang nervous. Hehehe….Alhamdulillah, carry marks tu dah okey la, cuma tinggal usaha jawab masa final nanti. Tapi, saya masih takut sebab kena bagi jawapan yang make sense, logik dan bukan metafizik. Untuk jawab paper ni, lecturer saya tu suruh kami ni berani bagi pendapat dan argue. Bila saya tanya macam mana nak argue? Tau dia jawab apa, Dia kata argue macam kamu bergaduh dengan boyfriend, mesti meleret-leret dan berkait-kait  kan? Ekk??? Jawapan yang tak boleh blah langsung. Ehm,  susah gak kan dan sangat mencabar nak jawab paper ni.  Sebab tu saya nervous. Saya ni dah la jenis yang tak suka nak argue, berdebat dan sewaktu dengannya. Ehm…still nervous la, nak tengok soalan dia. Susah ke senang ke atau out of mind????

COUNSELLING LAB II- tak ada final sebab ni subjek praktikal. Alhamdulillah, nasib tak ada final sebab kalau ada pun, ehm….susah gak kot.  Cukup la banyak kerja yang kami kena buat sepanjang semester ni. Harapnya dapat la A subjek ni. Ehm….agak-agak dapat tak? 

PSYCHO-EDUCATIONAL AND CONSULTATION- subjek paling susah kot dan paper ni adalah pada 6hb. Insyaallah, boleh kot nak score tapi kena kerja keras sikit la kalau nak dapat A. Banyak benda nk kena hafal dan faham. Carry marks tak tau la dapat berapa sebab lecturer tak bagi lagi. Chaiyok2 kena study hard ^_^

CROSS-CULTURAL COUNSELLING- paper ni 7hb. Subjek ni more to application. Lecturer kata bentuk soalan dia fill in the blank and essay form based on cases. Ehm…note nak kena baca banyak giler. Semalam baru dapat 483 page note yang perlu di tengok. Mau pengsan baca tu. Ehm…it’s not easy to success. I’m right? Subjek ni wajib score sebab ni subjek lecturer kesayangan saya yang no 3. ^_^ 

ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSE (EAP)- paper ni besok iaitu 4 hb merangkap 1st paper saya la. Nervous gak nak jawab paper ni sebab subjek ni baru di perkenalkan format baru. Kiranya  ni pengalaman baru untuk lecturer dan juga pelajar. Alhamdulillah, carry marks untuk subjek ni agak memuaskan dan boleh la kot kla nak score A. Harap dapat la sebab sebelum ni, ramai yang kata subjek ni susah nak dapat A, tapi bila dah tukar format, macam senang sikit kot. Apa-apa pun, kena study gak, kalau tak study macam mana nak score kan? 

Untuk semester ni saya sangat letak harapan untuk score semua subjek. Saya harap sem ni pointer untuk CGPA dan GPA naik la banyak. Saya ada misi yang perlu di capai. Ehm…harapnya tercapai la, dengan izin Allah juga. Usaha juga perlu sebab tak cukup dengan doa. Bila dah usaha baru boleh tawakal bukan?

Buat kawan-kawan yang exam, Selamat Menempuh Peperiksaan. All the best in your exam.  Janganlah kita terlalu tumpu pada exam, study sampai tak ingat dunia, ingat nak dapat dean's list je, sampai lupa benda lain. Makan, rehat yang penting ibadah jangan di abaikan ya. Doakan saya berjaya menempuh peperikasaan akhir semester ini dengan jayanya.

Sekian, Wassalam. Dah, Jom study. 

Wednesday, March 16, 2011

Saya terkena dengan SPAM mail.

Assalamualaikum semua,
dua tiga hari ni dunia blog riuh-rendah sebab malware ke apa tah. Ada blogger yang gaduh-gaduh pasal ni. Relax la rakan-rakan blogger sekalian. Teknologi sekarang kita tak boleh nak jangka. Penat tau berperang dengan sistem yang kita tau memang di reka oleh manusia. Jadi jangan marah-marah nak salahkan pelbagai pihak bila blog  kena serang malware, tuduh blog tertentu plak yang menjadi punca. Kita tak tahu ya mana satu blog yang di link yang menjadi punca. Jadi, janganlah tuduh sebarangan. Blog saya? Saya tak tahu la sihat ke tak? Tapi setakat ni macam okey kot. Tak pa, nanti bila saya ada masa sikit, saya cuba check.

Ehm...sebut pasal malware ni, semalam laptop saya di serang spyware ke apa tah. Tapi tu la namanya kot. Sedih tau tetiba tengah guna kena detect ngan spyware tu. Salahnya bermula dari saya kot. Saya silap pi buka spam mail kat akaun yahoo. Email tu dari Fedex dan kebetulan saya memang tengah tunggu parcel pun. Bila dah tengok email tu, apa lagi, cepat-cepat la saya buka. Email tu berbentuk zip file. Lepas dah download, archive file kat desktop dan kemudian nak buka la tengok isi kandungannya. Tiba-tiba, lepas saya klik file yang berbentuk pdf tu, terus hilang macam tu saja. Saya tak puas hati, saya download sekali lagi dan ulang save. Jadi, macam tu juga. Lepas tu, terus laptop saya keluar notification scanner by PC Tools apa tah. Saya jadi pelik la, bila plak saya install software PC Tools ni. Dia detect yang laptop saya ada 30 lebih worm, trojan, spyware, malware, backdoor apa tah lagi. Banyak giler kot. Saya dah cuak. Saya check balik sender email. Huhuhu...ternyata email tu memang corrupt. (klik kat gambar supaya lebih jelas)

okey, lepas ni kalau dpt email spam mcm ni jgn buka ye


 Saya dah tak tahu nak buat apa. Rasa mau nangis saja sebab banyak kerja nak di siapkan ni. Boleh patah kaki dan tangan saya kalau tak ada laptop. Saya nak guna internet pun tak boleh, asyik keluar notification "Your PC have been detected by spyware" gitu la lebih kurang. Saya pun dah lupa apa ayat yang betul. Tapi notification tu nak cakap yang laptop saya ni kena install PC Tools dan juga keluar notification suruh beli software tu, tah apa-apa kan. Saya cuba follow langkah yang notification tu bagi, tapi hampeh je. Memang kena beli jugak software ni. Saya tak tahu nak buat apa dah. Restart sudah, shut down and log in balik pun saya dah buat. Tapi masih sama ja. Memang tak boleh buat apa-apa dah. 

Dalam keadaan yang genting tu, dalam pukul 1 kot, saya SMS la Riff, bagitau masalah laptop saya ni. Riff ni adalah orang yang saya hantar format laptop saya sebelum ni. Laptop saya baru je di format, baru sebulan lebih je, tak kan nak rosak dah kot. Sambil tunggu Riff balas, saya copy beberapa file yang penting masuk external hard disk, sebagai back up kalau jadi apa-apa. Bila tengok laptop saya jadi sedih sebab laptop saya "sakit". Nasib laptop ni tak hang atau gelap terus, sekurang-kurangnya masih boleh buka walau tak boleh berfungsi seperti biasa.

Sampai pagi Riff tak balas pun. Huhuhu....sedih lagi. Tak tahu nak buat macam mana ni. Pagi ada kelas 8.30. Pi kelas dulu apa-apa pun. Tapi, dalam hati tak siapa tahu, maintain cool je walau hati dah berperang sakan. Masuk kelas pun tak leh nak tumpu sangat sebab tengah berfikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Dalam kelas, saya sempat lagi SMS Riff lagi sekali. Saya cakap terus, "saya nak format laptop". Lepas dah abes kelas pukul 10 pun dia tak balas lagi. Saya pun dah pelik, selalunya, cepat je dia akan balas. Saya pun terus call dia. Rupanya, dia ada kelas sebab tu tak balas. Owh...Okey sorry. Saya terus balik bilik lepas tu.

Tak lama selepas tu, Riff call tanya masalah  laptop tu. Saya cakap la kena spyware. Dia macam terkejut sebab jarang orang kena spyware, lagipun spyware tu bukan virus, kena guna anti-spyware je. Tapi dia tak ada, apa-apa pun dia nak tengok dulu. Lega sangat masa tu bila dia cakap macam tu. Bila dia tengok laptop saya, dia kata tak ada apa pun. Yang keluar notification banyak-banyak tu bukan virus tapi dia suruh beli software PC Tools la. Saya cakap yang bila scan keluar banyak-banyak pasal ada worm, trojan, backdoor etc apa  hal plak. Dia kata tak ada apa la, kalau betul ada, laptop ni pun tak leh buka. Owh...dia siap cakap, "Sorry to said, kalau yang buta IT, dia memang tak tahu pasal benda ni." Siap dengan senyum simpul lagi tu. Nasib baik dia cakap Sorry sebab takut saya terasa kot. Tapi saya tak terasa sebab saya tak buta IT ye, cuma tak mahir sangat je. Saya tau je apa tu spyware, malware, back door etc. Pernah belajar la masa kat kolej. Dia tak pe la, budak ICT, dah memang kepakaran dia. OK2. Cut the crab crap, nanti melalut tah ke mana. Huhuhu....

Di pendekan cerita, laptop saya dia bawak balik sebab dia ingat boleh fix kat situ juga. Dia kata, kalau tak boleh buat apa-apa, dia nak format lain la. Saya cakap buat la apa-apa pun, nak format pun format la. Janji laptop saya "sihat" balik.  Sebelum tu saya ada cerita kat dia pasal lepas saya buka spam email terus laptop saya jadi macam tu. Dia kata saya boleh saman dorang ni sebab dah kacau sistem laptop saya sebab nak suruh beli software PC Tools tu la. Dia kata dorang ni teror sebab dah boleh install terus macam tu.  Macam tu la maksud dia. Saya tak jelas sangat term yang dia gunakan, tapi masih boleh faham la penerangan dia tu. Sebelum balik, dia sempat kata lain kali jangan buka spam email dah. Saya pun apa lagi, menjawab la, saya memang tak akan buka spam email kecuali yg berkaitan dan saya rasa penting. Kebetulan saya memang tengah tunggu parcel pun, bila tengok dari Fedex, terus la saya buka. Nak buat macam mana, benda dah jadi kan. Terima je lah. Huhuhu...

Alhamdulillah, laptop saya dah okey. Kalau tak, blog ni tak ter up-date la malam ni. Service Riff ni sangat best sebab hantar tengah hari, petang dah siap. Very effective, sebab tu saya suka refer kat dia berkaitan laptop ni. Ehm...yang lagi best Riff tak charge apa-apa pun kat saya. Cayalah, saya bertambah suka, dah la kewangan pun kurang mengizinkan. Saya cakap kenapa tak yah bayar? Riff kata, dia tak buat apa pun sangat, hanya fix mana yang tak kena ja. Cuma dia mintak dokan supaya lulus periksa akhir dia dan kawan-kawan dia. Siap tunjuk kawan-kawan dia seramai 3 orang yang tengah tunggu dalam kereta. Rupanya bukan dia yang fix kan laptop saya ni, tapi kawan dia,  dia ada tunjuk la budak yang pakai baju putih, budak tu kot yang dia kata nak exam dan tahun akhir. Ehm, macam tu la lebih kurang. Huhuhu...

Alhamdulillah, apa-apa pun laptop saya dah kembali baik. Saya terharu sangat tadi bila Riff mintak doakan dorang supaya lulus exam. Macam toucing je, ye la kan, saya ingat laptop saya da teruk sampai kena format, pikir duit nak melayang lagi, pastu ada gak fikir, kalau rosak terus ke apa, macam mana saya nak siapkan assigment yang berlambak-lambak ni. Semua tu ada dalam fikiran saya sejak malam semalam. Bila Riff kata laptop dah okey dan tak perlu bayar, saya rasa Allah sangat permudahkan kerja saya. Benarlah janji Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Allah ulang kata-kata ni 2 kali dalam surah Insyirah. Jadi, nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan? 

Ehm...sebagai pelajar, tak di nafikan laptop tu umpama nyawa sebab memudahkan kita nak siapkan assigment. Saya percaya, kita sering di uji dengan kecanggihan teknologi  komputer ni. Apa-apa pun bila kita menggunakan teknologi, jangan tension.  Teknologi komputer ni di reka oleh manusia, Insyaallah, akan ada juga penyelesaian apa-apa yang kita boleh buat jika berlaku sesuatu. Kalau kita tengah type assignment, kemudian tak save ke, hilang document tu ke, atau terdelete ke apa, file corrupt, file kena virus, document hilang ke apa, sabar je lah. Jangan nak bakar plak laptop, printer, keyboard etc sebab geram atau marah. Anggap je la Allah tengah menguji kita. Mungkin apa yang kita type tu tak bagus, tapi bila kita buat semula tu yang lebih baik. Dalam dunia ni tak ada yang kekal, begitu juga file yang kita save kalau hilang, anggap je la yang file tu akan hilang juga satu hari nanti, tak akan kekal. Ehm...itulah yang saya fikir bila segala folder gambar saya hilang selepas format laptop. Sedih dan terkilan pun ada, tapi nak buat macam mana. Allah Maha Mengetahui apa yang di sebalik semua ni. Jadi, berfikiran positif dan bersangka baik.

Kata-kata akhir, teknologi sangat membantu, tapi juga membuat kita pening kepala. Maka, gunakanlah dengan bijak. Zaman sekarang, sangat wajar kita belajar dan tahu tentang teknologi komputer ni. Dunia yang tanpa sempadan sekarang akan membuat kita ketinggalan jika kita buta IT. Kalau yang kurang mahir, mantapkan lagi dengan kemahiran yang lain. IT move very fast OK. 

Sekian, Wassalam.