Assalamualaikum semua,
dua tiga hari ni dunia blog riuh-rendah sebab malware ke apa tah. Ada blogger yang gaduh-gaduh pasal ni. Relax la rakan-rakan blogger sekalian. Teknologi sekarang kita tak boleh nak jangka. Penat tau berperang dengan sistem yang kita tau memang di reka oleh manusia. Jadi jangan marah-marah nak salahkan pelbagai pihak bila blog kena serang malware, tuduh blog tertentu plak yang menjadi punca. Kita tak tahu ya mana satu blog yang di link yang menjadi punca. Jadi, janganlah tuduh sebarangan. Blog saya? Saya tak tahu la sihat ke tak? Tapi setakat ni macam okey kot. Tak pa, nanti bila saya ada masa sikit, saya cuba check.
Ehm...sebut pasal malware ni, semalam laptop saya di serang spyware ke apa tah. Tapi tu la namanya kot. Sedih tau tetiba tengah guna kena detect ngan spyware tu. Salahnya bermula dari saya kot. Saya silap pi buka spam mail kat akaun yahoo. Email tu dari Fedex dan kebetulan saya memang tengah tunggu parcel pun. Bila dah tengok email tu, apa lagi, cepat-cepat la saya buka. Email tu berbentuk zip file. Lepas dah download, archive file kat desktop dan kemudian nak buka la tengok isi kandungannya. Tiba-tiba, lepas saya klik file yang berbentuk pdf tu, terus hilang macam tu saja. Saya tak puas hati, saya download sekali lagi dan ulang save. Jadi, macam tu juga. Lepas tu, terus laptop saya keluar notification scanner by PC Tools apa tah. Saya jadi pelik la, bila plak saya install software PC Tools ni. Dia detect yang laptop saya ada 30 lebih worm, trojan, spyware, malware, backdoor apa tah lagi. Banyak giler kot. Saya dah cuak. Saya check balik sender email. Huhuhu...ternyata email tu memang corrupt. (klik kat gambar supaya lebih jelas)
okey, lepas ni kalau dpt email spam mcm ni jgn buka ye |
Saya dah tak tahu nak buat apa. Rasa mau nangis saja sebab banyak kerja nak di siapkan ni. Boleh patah kaki dan tangan saya kalau tak ada laptop. Saya nak guna internet pun tak boleh, asyik keluar notification "Your PC have been detected by spyware" gitu la lebih kurang. Saya pun dah lupa apa ayat yang betul. Tapi notification tu nak cakap yang laptop saya ni kena install PC Tools dan juga keluar notification suruh beli software tu, tah apa-apa kan. Saya cuba follow langkah yang notification tu bagi, tapi hampeh je. Memang kena beli jugak software ni. Saya tak tahu nak buat apa dah. Restart sudah, shut down and log in balik pun saya dah buat. Tapi masih sama ja. Memang tak boleh buat apa-apa dah.
Dalam keadaan yang genting tu, dalam pukul 1 kot, saya SMS la Riff, bagitau masalah laptop saya ni. Riff ni adalah orang yang saya hantar format laptop saya sebelum ni. Laptop saya baru je di format, baru sebulan lebih je, tak kan nak rosak dah kot. Sambil tunggu Riff balas, saya copy beberapa file yang penting masuk external hard disk, sebagai back up kalau jadi apa-apa. Bila tengok laptop saya jadi sedih sebab laptop saya "sakit". Nasib laptop ni tak hang atau gelap terus, sekurang-kurangnya masih boleh buka walau tak boleh berfungsi seperti biasa.
Sampai pagi Riff tak balas pun. Huhuhu....sedih lagi. Tak tahu nak buat macam mana ni. Pagi ada kelas 8.30. Pi kelas dulu apa-apa pun. Tapi, dalam hati tak siapa tahu, maintain cool je walau hati dah berperang sakan. Masuk kelas pun tak leh nak tumpu sangat sebab tengah berfikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Dalam kelas, saya sempat lagi SMS Riff lagi sekali. Saya cakap terus, "saya nak format laptop". Lepas dah abes kelas pukul 10 pun dia tak balas lagi. Saya pun dah pelik, selalunya, cepat je dia akan balas. Saya pun terus call dia. Rupanya, dia ada kelas sebab tu tak balas. Owh...Okey sorry. Saya terus balik bilik lepas tu.
Tak lama selepas tu, Riff call tanya masalah laptop tu. Saya cakap la kena spyware. Dia macam terkejut sebab jarang orang kena spyware, lagipun spyware tu bukan virus, kena guna anti-spyware je. Tapi dia tak ada, apa-apa pun dia nak tengok dulu. Lega sangat masa tu bila dia cakap macam tu. Bila dia tengok laptop saya, dia kata tak ada apa pun. Yang keluar notification banyak-banyak tu bukan virus tapi dia suruh beli software PC Tools la. Saya cakap yang bila scan keluar banyak-banyak pasal ada worm, trojan, backdoor etc apa hal plak. Dia kata tak ada apa la, kalau betul ada, laptop ni pun tak leh buka. Owh...dia siap cakap, "Sorry to said, kalau yang buta IT, dia memang tak tahu pasal benda ni." Siap dengan senyum simpul lagi tu. Nasib baik dia cakap Sorry sebab takut saya terasa kot. Tapi saya tak terasa sebab saya tak buta IT ye, cuma tak mahir sangat je. Saya tau je apa tu spyware, malware, back door etc. Pernah belajar la masa kat kolej. Dia tak pe la, budak ICT, dah memang kepakaran dia. OK2. Cut the crab crap, nanti melalut tah ke mana. Huhuhu....
Di pendekan cerita, laptop saya dia bawak balik sebab dia ingat boleh fix kat situ juga. Dia kata, kalau tak boleh buat apa-apa, dia nak format lain la. Saya cakap buat la apa-apa pun, nak format pun format la. Janji laptop saya "sihat" balik. Sebelum tu saya ada cerita kat dia pasal lepas saya buka spam email terus laptop saya jadi macam tu. Dia kata saya boleh saman dorang ni sebab dah kacau sistem laptop saya sebab nak suruh beli software PC Tools tu la. Dia kata dorang ni teror sebab dah boleh install terus macam tu. Macam tu la maksud dia. Saya tak jelas sangat term yang dia gunakan, tapi masih boleh faham la penerangan dia tu. Sebelum balik, dia sempat kata lain kali jangan buka spam email dah. Saya pun apa lagi, menjawab la, saya memang tak akan buka spam email kecuali yg berkaitan dan saya rasa penting. Kebetulan saya memang tengah tunggu parcel pun, bila tengok dari Fedex, terus la saya buka. Nak buat macam mana, benda dah jadi kan. Terima je lah. Huhuhu...
Alhamdulillah, laptop saya dah okey. Kalau tak, blog ni tak ter up-date la malam ni. Service Riff ni sangat best sebab hantar tengah hari, petang dah siap. Very effective, sebab tu saya suka refer kat dia berkaitan laptop ni. Ehm...yang lagi best Riff tak charge apa-apa pun kat saya. Cayalah, saya bertambah suka, dah la kewangan pun kurang mengizinkan. Saya cakap kenapa tak yah bayar? Riff kata, dia tak buat apa pun sangat, hanya fix mana yang tak kena ja. Cuma dia mintak dokan supaya lulus periksa akhir dia dan kawan-kawan dia. Siap tunjuk kawan-kawan dia seramai 3 orang yang tengah tunggu dalam kereta. Rupanya bukan dia yang fix kan laptop saya ni, tapi kawan dia, dia ada tunjuk la budak yang pakai baju putih, budak tu kot yang dia kata nak exam dan tahun akhir. Ehm, macam tu la lebih kurang. Huhuhu...
Alhamdulillah, apa-apa pun laptop saya dah kembali baik. Saya terharu sangat tadi bila Riff mintak doakan dorang supaya lulus exam. Macam toucing je, ye la kan, saya ingat laptop saya da teruk sampai kena format, pikir duit nak melayang lagi, pastu ada gak fikir, kalau rosak terus ke apa, macam mana saya nak siapkan assigment yang berlambak-lambak ni. Semua tu ada dalam fikiran saya sejak malam semalam. Bila Riff kata laptop dah okey dan tak perlu bayar, saya rasa Allah sangat permudahkan kerja saya. Benarlah janji Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Allah ulang kata-kata ni 2 kali dalam surah Insyirah. Jadi, nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan?
Ehm...sebagai pelajar, tak di nafikan laptop tu umpama nyawa sebab memudahkan kita nak siapkan assigment. Saya percaya, kita sering di uji dengan kecanggihan teknologi komputer ni. Apa-apa pun bila kita menggunakan teknologi, jangan tension. Teknologi komputer ni di reka oleh manusia, Insyaallah, akan ada juga penyelesaian apa-apa yang kita boleh buat jika berlaku sesuatu. Kalau kita tengah type assignment, kemudian tak save ke, hilang document tu ke, atau terdelete ke apa, file corrupt, file kena virus, document hilang ke apa, sabar je lah. Jangan nak bakar plak laptop, printer, keyboard etc sebab geram atau marah. Anggap je la Allah tengah menguji kita. Mungkin apa yang kita type tu tak bagus, tapi bila kita buat semula tu yang lebih baik. Dalam dunia ni tak ada yang kekal, begitu juga file yang kita save kalau hilang, anggap je la yang file tu akan hilang juga satu hari nanti, tak akan kekal. Ehm...itulah yang saya fikir bila segala folder gambar saya hilang selepas format laptop. Sedih dan terkilan pun ada, tapi nak buat macam mana. Allah Maha Mengetahui apa yang di sebalik semua ni. Jadi, berfikiran positif dan bersangka baik.
Kata-kata akhir, teknologi sangat membantu, tapi juga membuat kita pening kepala. Maka, gunakanlah dengan bijak. Zaman sekarang, sangat wajar kita belajar dan tahu tentang teknologi komputer ni. Dunia yang tanpa sempadan sekarang akan membuat kita ketinggalan jika kita buta IT. Kalau yang kurang mahir, mantapkan lagi dengan kemahiran yang lain. IT move very fast OK.
Sekian, Wassalam.
1 comment:
awk or kawan awk tau tak cane nak cari balik email spam yg dah terdelete ? dah delete baru pasan ade email dpada JPA, nak carik dalam trash folder mmg dah takde dah :(
Post a Comment