Showing posts with label Kaunseling/Kaunselor. Show all posts
Showing posts with label Kaunseling/Kaunselor. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

RANDOM: Saya nak solat, TAPI....

Kisah 1
Cikgu: Kamu solat tak?
Murid 1: Solat cikgu. Tapi, subuh saya jarang solat.
Cikgu: Kenapa tak solat subuh ?
Murid 1: Susah la cikgu. Saya nak solat, tapi tak ada tempat.  Tempat yang saya selalu solat tu jadi tempat adik saya tidur. Dia kan tak bagun lagi, macam mana saya nak solat.
Cikgu: Tak ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 1: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil je.
Cikgu: Memang tak ada ruang langsung  ke dalam rumah kamu?
Murid 1: Tak ada cikgu.
Cikgu: Habis tu kamu tidur kat mana?
Murid 1: Saya tidur atas katil, adik saya tidur bawah.
Cikgu: Kamu boleh solat atas katil.
Murid 1: Boleh ke cikgu?
Cikgu: Boleh. Asalkan tempat tu bersih.

Kisah 2
Cikgu: Kamu solat tak kat rumah?
Murid 2: Kadang-kadang je cikgu.
Cikgu: Kenapa kadang-kadang?
Murid 2: Tak ada tempat nak solat kat rumah, cikgu. Kalau ada pun, depan tu ada sampah.
Cikgu: Tak  ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 2: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil ja, tak  ada ruang kosong pun.

Macam mana la hati tak menangis, macam mana la hati nak senang, macam mana la hati nak terima keadaan ni. Mungkin sebelum ni tak pernah terlintas di akal fikiran akan kejadian macam ni. Tapi, saya dah jumpa di alam realiti. Sedih, hiba, simpati, terkejut dan pelbagai rasa terdetik dalam hati.  

Ya Allah…diluar sana masih ramai yang mahu meyembahMu, tapi mereka tak terdaya. Ujian mereka hanya ruang untuk solat. Kita bagiamana? Ya Allah, kau campakkanlah kekuatan buat mereka yang punya hati yang tulus untuk menyembahMu. 

Di hari yang lain…
Cikgu: Bagaimana keadaan kamu hari ini?
Murid 2: Baik cikgu
Cikgu: Alhamdulillah. Bagaimana solat kamu?
Murid 2: Saya solat dekat surau sekarang cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. Ada surau dekat rumah kamu?
Murid 2: Ada. Surau tu depan rumah saya je.
Cikgu: Kamu pergi surau dengan siapa?
Murid 2: Saya pergi sorang la cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. (mau menitis air mata)

Kalau hati berkehendak, kalau hati mahu, walau macam mana susah, akan terus berusaha. Ya Allah, Kau tetapkanlah hati dia untuk terus terikat dan bergantung pada-Mu. 
Masalah adalah dari Allah. Ujian juga dari Allah. Kepada siapa lagi kalau mahu kita meminta pertolongan, kepada siapa lagi mahu kita mengadu masalah, kepada siapa lagi mahu kita bergantung harap.

Tiada alasan untuk tidak SOLAT

Dirikanlah SOLAT walau dimana kita berada.



Saturday, December 25, 2010

Coretan di KLCBF@PBKKKL

Assalamualaikum semua,
tadi pagi saya berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur kat PWTC. Pesta buku kali ni macam tak meriah sangat, gerai-gerai yang ada pun tak best macam tahun-tahun lepas, dan booth semua semestinya menjual buku-buku yang berkaitan kanak-kanak la. Orang pun tak ramai walau cuti sekolah. Ada sorang penulis buku kat JS ni cakap, kuasa membeli di tangan ibu bapa. Kalau dah ibu bapa tak bawak, tak kan kanak-kanak tu nak datang sendiri kot. Betul-betul.....Saya rasa gerai paling Gempak dan meriah tadi adalah booth PTS. Best giler buku-buku dia, ada potongan dan booth dia besar. Kelainan pesta tahun ni sebab ada pameran dari Petrosains kot walau tak banyak mana bahan pameran yang di bawa. Semuanya yang biasa-biasa yang saya dah tengok.

Masa kat pintu masuk, saya dah pesan kat Iffa, nanti kat dalam kalau ada orang tanya, cakap yang kita ni Cikgu. Bukanya apa, mesti orang-orang yang kat booth tu akan tanya kita ni siapa sebab dah pi Pesta Buku Kanak-Kanak. Saya dah ada pengalaman ni masa tahun-tahun lepas. Seperti yang di jangka, ketika saya tengah belek-belek barang kat satu booth ni, tukang jaga booth ni tanya saya "Cikgu ke? Cikgu tadika ke cikgu sekolah? Hehehe...saya senyum dan cakap "Lebih kurang la" Pastu dia tanya, "Mengajar apa" Saya cakap la kaunseling. Pastu dia cakap" Owh...BBM la ni..." Oh ya...BBM tu apa eh? :) Dia sambung lagi " Cikgu kat sekolah rendah mana?" Hehehe...mentang-mentang la saya ni kecik, dia ingat saya mengajar kat sekolah rendah ke? Huhuhu...sedih tau. Tapi tak pa. Maintain cool je la. "Saya cakap la, saya ni belajar dan belum habis lagi"

Tuesday, October 26, 2010

Jiwang Mode: Random kisah cinta lagi....

Assalamualaikum semua,
mau kongsi satu cerita.

Cerita: Kisah seorang adik perempuan dan abang yg dlm perjalanan nk balik umah.
Masa : lebih kurang pukul 11 mlm kot.
Tempat: dlm kereta  Honda Accord plat nombor JBA _ _ _ _ yg sedang bergerak


Adik: Abang...nak tny?

Abang: Apa dia?

Adik: Mcm mana kita nak tau sorg lelaki tu serius nak kawen ngan kita

Abang: Awat? Lelaki mana nk kawen ngan hg?

Adik: Tak dak la. Kwn org la. Ada org nak kat dia. Tp dia tak tau lelaki tu serius ke tak.

Abang: Ooooo. Ingat hg.

Adik: Ehm......(mmg la org nk kawen, tp tak dk org nk la - berani jwb dlm ati ja)

Abang: Lelaki ni, kalau dia kata nk kawen ngan sorg perempuan, makna dia dah 50% serius. Kalau dh mai umah, jumpa mak ayah plak, dia dh serius 80%. Bila dh akad nikah tu, maknanya, dah 100% la dia serius.

Adik: Hehehe...mcm tu ka abg. Bleh pkai ka teori ni?
Abang: betui apa.


Ehm....so, dpt tak msg kat sini. Ni pengalaman dr org yg dh kawen ni. Hehehe....Lepas ni, klu nk tau lelaki tu serius ke tak dgn kita, bila dia dh buka mulut kata nk kawen ngan kita. Tp, kalau ckp saja, tak jumpa mak bapak, tak guna gk kn. Sebaiknya, hal2 perkahwinan ni di bincang ngan keluarga. 


Ehm...entry mlm ni berkisar tentang cinta dan perhubungan lagi kan. Ada member tnya, " Awat, dh tak tahan telinga ka nk dengar psl cinta ni? " huhuhu....bukan tak larat nk dengar. Tp dah kerja kita sbg kaunselor menadah telinga mendengar apa saja. 

Cuma....isunya masih sama. Cinta antara lelaki & perempuan yg tak berkesudahan. Bila nk selesai pun tak tau la. Antara isu nya, tak tau nk pilih yg mana satu, tak tahu lelaki tu serius ke tak, dh lma kapel, tp keluarga pak we tak tau pun lagi, cinta yg tak sekufu, perempuan ada ijazah, pasangan dia ada diploma ja, si dara yg terjatuh suka kat seseorg tp tak tahu jejaka tu suka kt dia ke tak. Ada yg lagi best, keluarga nk bakal menantu perempuannya berkulit cerah, kulit mesti lebih cerah dr ank teruna dia. Huhuhu. Masalah...masalah...


Saya??? Mendengar ja la segala masalah ni. Nk ckp lebih2, bukannya ada pengalaman bercinta pun. Bagi nasihat sikit2 boleh la. Nak lebih2, cuba tnya org yg berpengalaman :)



Sunday, October 10, 2010

Kerja-kerja membuat kolaj

Assalamualaikum semua,
apa eh nk cerita? Sebenarnya dah lama tak jd org art, bermain dgn warna & menjdi kreatif. Tetiba, sem ni kena buat kolaj untuk subjek Counseling Skill 1. Oh...sungguh excited nak siapkan. Sir Khairul Zain tu nak 5 page kolaj. Tajuk atau tema kolaj tu ikut suka la, sembarang. Masa dapat task tu, rasa nk melompat ja sebab teruja ooo nk buat kolaj ni. Dah lama tak buat kot. Last dulu buat masa mengajar kat tadika masa zaman praktikal la. Tapi, agak tertanya-tanya gak la, apa motif atau sebab dia bagi task ni kat kami. Nak tanya direct kat Sir, rasa segan plak. Huhuhu...buat ja le tanpa byk ckp.

Kami kena hantar kolaj ni sebelum 30hb Oktober ni, kiranya sebelum final exam la. Dengan penuh gigih dan semangat membara, saya buat sikit-sikit  la. Mula-mula saya sketch dulu atas drawing blok gambar apa yg sy nak. Sekali ngan tulisan. Agak susah tapi best. Setakat ni baru siap 1 kolaj. Saya berjaya siapkan kolaj ni dlm masa 1 mlm je. 
ni la hasil kolaj yg pertama berjaya di siapkan. Bangga gak la dpt siap 1 kolaj dlm dok sibuk2 sepanjang minggu lepas.

main hentam letak tangga yg mcm ni ja. Tak tahu nk buat yg lagi cantik. ni pun hasil Google.

perasan tak background yg kaler merah tu dah mcm platelet darah je? mcm sosej ats pizza pepperoni pun ada gk ni. huhuhu....
Ni kolaj kedua yg masih dlm pembikinan. Mula-mula sy dh fedup nk siapkan bnda ni. Masa tu sy skit perut sbb angin. Tensen sy sebab sakit, lagi bertambah sakit sebab tak jadi yg mcm sy nk. Huhuhu...sedih dlm hati, hnya Allah yg tahu. Apa yg sy dah rancang awl2 dh tak jadi. Tapi....apply gak la "positive thinking" on this situation. Saya akn cuba nak mencantikan kolaj ni. Apa susah, kalau tak jadi, buat la lain. Huhuhu...

yg ni background dia, sy nk wat ala2 puzzle. amacam, jd tak?
Proses nak menyiapkan kolaj ni mmg menguji kesabaran. Tambahan pula kalau masa tu kita emosi tak stabil, lagi rasa nak koyak2 je benda ni semua.Huhuhu..sabar je la kan.

Sebenarnya,ART THERAPY adalh salah stu teknik dlm kaunseling juga. Biasanya kita apply teknik ni kat kanak-kanak sebab mereka ni susah nk berckp & meluahkan apa yg mereka rasa. Secara semulajadi, kanak-kanak ni mmg kraetif dan sukakan art. So, dr lukisan atau apa sahaja hasil seni yg mereka buat akan mengambarkan perasaan mereka. Dari situ, sebagai kaunselor kita akan terjemah maksud lukisan atau hasil seni tersebut samada kanak-kanak ni ada masalah atau isu yg menjejaskan hidup dia. 

p/s: Selamat Membuat kolaj buat Cik Ann yg nak kuar "meeting" someone sambil membeli brg2 untuk kolaj ni. Hati2 jln eh. Tapau le kat sy apa2 :)

Tuesday, September 28, 2010

Mencari Hati

Assalamualaikum semua,

Kata Imam Al-Ghazali:
"Carilah hatimu pada tiga tempat.
Carilah sewaktu membaca al-Quran
Jika kau tidak ketemui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika kau tidak ketemui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak ketemui juga, berdoalah kepada Allah,
PINTA HATI YANG BARU...
kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati."


Tepuk dada tanya hati. Adakah kita masih ada hati?
Bagaimana kedaan hati kita?
Adakah hati kita dalam keadaan KERING, SAKIT atau MATI???


Sesungguhnya kalau HATI dah KERING, masih lagi kita boleh siram dan bajai hati tersebut.
Kalau HATI dah SAKIT, kita masih sempat untuk mengubatinya.
TAPI, kalau HATI dah MATI, bagaimana nak hidupkan balik, sebab mustahil untuk hidupkan sesuatu yg dah mati bukan?


Marilah sama-sama kita menjaga HATI agar sentiasa HIDUP dan BASAH.


BAGAIMANA????


1) dengan membaca Al-Quran
2) sentiasa mengingati mati
3) zikrullah
4) berbuat baik (amar maaruf, nahi mungkar)
5) etc.
Sabda Rasulullah saw..

"dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging, jika baik daging itu,
baiklah seluruh anggota badan, jika jahat, jahatlah seluruh anggota
badan...ketahuilah, daging itu adalah HATI..."
p/s:  tengah mencari mood, bercerita pasal hati. Hari ini nak kena bentang tajuk "Penyakit hati dan penawarnya". Huhuhu...satu tajuk yg menarik, tapi cuak juga la nak bentang. Kepada pasangan saya, Miss Ann, GOOD LUCK.

Wednesday, May 12, 2010

kamu adalah apa yang kamu fikirkan

Assalamualaikum semua,
Motivasi untuk hari ni:
Kita adalah apa yg kita fikirkan,
Apa yg kita dah set kan dalam minda kita.
Hebat tak kuasa minda ni????
Jadi, kita perlulah sentiasa berfikiran positif dan optimis.
Jangan letak perkara negatif dalam diri. Merasakan diri tak sempurna, rasa lain dari orang lain, rasa tak mampu nak melakukan sesuatu, rasa rendah diri, rasa macam orang tak peduli kita, rasa orang tak sayang kita. Rasa Allah tak sayang kita. Oh itu sangatlah bahaya. Allah sayang setiap hambanya. Tapi hamba yang sentiasa ingat pada-Nya lah. Kalau kita lupa pada-Nya, Dia pun akan lupakan kita.
Okey berbalik kepada kuasa minda tadi.  
Kuasa minda sangat penting tau. Sebab dia yang akan mengerakan diri kita ni nak ke arah mana. Arah baik atau sebaliknya. Pilihan di tangan kita.
Minda yang positif akan membentuk tingkah laku yang positif juga. Ingat tu!!!! Bagi mereka yang suka berfikiran negatif, maka dalam diri mereka ada perkara yang negative aja la. Bukan itu sahaja, orang-orang spesies macam ni juga akan merasakan hidup ini tak bermakna dan rasa tak puas hati saja. Amacam? Anda dalam golongan mana?
Orang yang positif, yang berfikiran optimis akan berjaya sebab dia sentiasa dah setkan dalam minda, apa yang dia mahu. Sudah terbayang segala kejayaan yang bakal dia perolehi. Ingat, apa saja yang kita mahukan bermula dengan angan-angan dan impian. Berangan tak salah ok. Not a crime either!!!
Jangan pernah kata “TIDAK” untuk apa sekalipun. Katakan “YA” untuk Berjaya.
Saya selalu dengar lagu ni masa kecik-kecik. Siap hafal lagi. Lagu ni sangat bagus dan sweet untuk bagi motivasi dan membentuk minda positif.

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

 
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, November 21, 2009

Counselor -to-be Part II

Sambungan dari entry lepas.....

Sepanjang sy belajar kaunseling dalam setahun ni, apa yang saya rasa, menjadi kaunselor tu agak susah. Kerja kaunselor tak sama macam orang lain. Kena jaga etika, kena simpan rahsia, kena be ready all the time, tak boleh judgemental,tak boleh begitu, tak boleh macam ni, banyak benda kena ubah & korbankan etc. Yang tak best tak leh jatuh cinta or kawen ngan client sendiri. Boleh, tapi kna tunggu pas 5 tahun. Huhuhu. Susah tak? Ke saya yang make it complicated?

Actually, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau dah minat, kalau dah suka. Anything can happend. Ye tak? Saya tak kata being a counselor ni tak best. Tapi ada pro & con la kan. Macam tu gak ngan pekerjaan lain. Jadi kaunselor ni sebenarnya pekerjaan yang mulia. Ingat senang ke kita boleh tolong dengar masalah orang. Bukan semua boleh, bukan semua ada bakat, bukan semua ada kebolehan. Cuma yang terpilih aja. Cewah....Being a Counselor not a crime...Huhuhu....

Dan, saya sebenarnya dah mula jatuh cinta dalam bidang ni. Saya dah mula suka dengan apa yang saya dah belajar tentang kaunseling. Mungkin pengalaman semester ni banyak membantu la. Ye la kan, basic tak belajar, tetiba dah belajar subject in advanced masa semester lepas. Saya rasa, apa yang saya lalui semester ni sangat2 la membantu tuk memupuk minat dalam kaunseling ni. Saya dah hampir down dah sebelum ni, rasa macam nak tukar kos amik KAED je (huhuhu...tetiba). Pengalaman masa semester satu, sangat la buat saya rasa saya dah tersalah pilih kos. Masa tu, rasa nak balik umah, tak nak blajar, baik kawen je kan, sambung kontrak keje jadi cikgu, tak yah sambung belajar kat UIA ni. Tapi tu la kan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya dah nampak semua tu. Insyallah, saya tak akan menyesal dengan kos yang saya amik ni. Life must go on. Hehehe

Masa semester ni, bru la saya nampak dengan jelasnya, apa itu kaunseling sebenarnya. Kerjaya kaunselor ni macam mana. Banyak yang saya belajar. Saya rasa, pengalaman yang paling sweet adalah apabila dapat menjalankan sesi kaunseling dengan client. Saya sangat bangga and happy sangat bila tengok client saya tu dapat menyelesaikan masalah dia. Rasa heppy tak terkata sebab dapat tolong orang. Tu la dunia kaunseling, menjadi pendengar yang baik. Sesetengah masalah tu, bukan boleh di selesaikan, cukupla sekadar ada yang sudi mendengar. Ahah...tu la tugas kaunselor.

So, i will try my best to involve in this counseling world. Banyak lagi yang perlu saya tahu. So, mulai sekarang kena jadi INQUIRY COMMUNITY, yang sentiasa eager and enthuse untuk belajar mendalami ilmu kaunseling. Kena belajar rajin-rajin, kena kutip sebanyak mana yang mampu segala pengalaman, segala ilmu etc. Yeah, you can do it !!!!

Buat kawan-kawan yang sama kos dengan saya ni, saya doakan kita semua akan menjadi kaunselor yang berjaya. Saya tahu,sebahagian dari kita, kos kaunseling ni bukan pilihan kita, tapi, Allah dah takdirkan kita dalam bidang ni. So, kita adalah di kalangan yang terpilih. Walau apa pun bidang yang kita akan pilih nanti, jadilah kaunselor yang baik dan beretika. Perlu ada perasaan ingin menolong. Ingat tiga benda ni, perlu ada empathy, genuiness and uncondition positive regards, bru lah kita bleh tolong orang lain.Huhuhu...dan buat diri saya sendiri, kena reduce sikap judgemental ni. Huhuhu, sangat susah tu. Ok, saya tengah struggle nak ubah sikap ni. Huhuhu. Pray for me.




Counselor-to-be????

ARKIB : 04/11/2009

Kaunselor berdaftar kurang

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Bilangan siswazah dalam bidang kaunseling yang berdaftar dan benar- benar mengamalkan profesion itu masih tidak mencukupi berbanding jumlah yang diperlukan negara pada masa ini iaitu seramai 60,000 orang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kira-kira 2,000 siswazah yang menamatkan pengajian di dalam bidang itu tidak memasuki alam pekerjaan selari dengan kelulusan mereka di institut pengajian tinggi (IPT).

''Disebabkan itu, negara masih kekurangan kaunselor yang berdaftar. Kita masih perlukan kira-kira 60,000 kaunselor berdaftar di pelbagai peringkat termasuk IPT, kerajaan dan swasta,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Kebangsaan Kaunseling 2009 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Kaunseling Malaysia (Pekama) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, sehubungan itu, Kementerian Pengajian Tinggi sedang mengkaji aspek-aspek penting dalam bidang tersebut terutama dari segi kokurikulum untuk melihat kesesuaiannya dengan bidang pekerjaan.

Katanya, sehingga kini hanya terdapat 1,865 orang kaunselor berdaftar di seluruh negara yang bertugas di sektor kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), akademik dan swasta.

Terdahulu semasa berucap, Mohamed Khaled berkata, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan sektor penting dalam proses perkembangan dan kesihatan mental masyarakat.

''Ini terutama ketika masyarakat di negara ini mengharungi pelbagai bentuk cabaran kehidupan,'' katanya.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 12 IPTA yang menawarkan program kaunseling dengan melahirkan 2,000 siswazah dalam bidang itu setiap tahun.

My Komen:
Tengah surf internet, terjumpa pasal artikel ni. Huhuhu...Terfikir sejenak gak. Ehm...bila baca artikel ni, sy rasa sy akan jd part of student yang tak akan jd kaunselor. Sebab apa eh? Tah la. Susah nak cakap. Saya kan nak jadi full time house wife. Huhuhu...Tak la. Actually, jadi kaunselor ni bukan senang. Tanggungjawab dia berat. Bak kata Dr. Haniza la, Ingat jd kaunselor ni keje glamor ke? Bangga bila org panggil kita kaunselor. Huhuhu...susah ooo.

TO Be Continue.....

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm

Saturday, August 29, 2009

Counselor to be

Hari ini menjadi sejarah dalam hidup saya. Hari ini, buat pertama kalinya, saya menjalankan sesi kaunseling bersama klien. Walaupun tak rasmi, tapi ini merupakan pengalaman pertama saya. Huhuhu....

Rupanya, susah juga nak jadi kaunselor ni. Ya, masa belajar teori, rasa macam boleh faham dan boleh buat. Tapi, bila nak kena praktik tu, alahai....hilang segala teori yang belajar tu. Segala skill yang belajar tu pun, tah hilang ke mana. Agak blur nak buat apa.

Masa sesi berjalan, saya kusyuk je mendengar kisah klien. Yang tak bestnya, saya dah tahu kisah dia. So,saya dah boleh agak dan agak judgemental dah dari awal. Tu tak bagus bagi seorang kaunselor untuk ada persepsi awal terhadap kliennya. Huhuhuhu...nak wat macam mana. Klien tu dah kawan kita.

Sebab tu sebagai kaunselor, dia tak boleh nak buat sesi kaunseling dengan keluarga, kawan, atau orang-orang yang rapat dengan dia. Takut ada bias kat situ. Macam saya tadi la. Saya dah tahu kisah dia. Saya tahu apa yang dia rasa, saya faham situasi dia, saya tahu apa tindakan dia. Tapi, masa sesi tu, saya tak tahu nak buat apa. Agak blur. Dalam ati, Allah je la tahu apa rasanya. Nak tergelak pun ada. Tapi control la. Tak kan la Kaunselor ni nak gelak kot depan klien. Pastu, soklan apa-apa tah yg keluar. Kawan-kawan yang dok tengok kat depan, memang la nampak senang je sesi ni berlangsung. Dalam kepala mesti dah tertanya-tanya, kenapa tak tanya macam ni, kenapa tak buat macam ni. Weh...cuba pi dok kat depan tengok. Abis ilang segala benda skill yang kita dok blajar tu. Huhuhu...

Apa-apapun, banyak yang saya belajar hari ini. Sesi macam ni, membuatkan kami belajar kelemahan masing-masing. Banyak lagi yang nak kena belajar. Dah tak boleh main-main. Dah tak boleh tidor banyak. Lepas ni kena tukar role plak. Saya akan jadi klien, kawan saya ni jadi kaunselor plak.

Dear Ann, siap sedialah kamu dengan masalah saya. Hehehehe....pening kepala nanti kot. Newey, sesi tadi best gak. Baru saya tahu, apa yang saya tak tahu.