Monday, December 6, 2010
Selamat Dapat Keputusan & Selamat Tahun Baru
Wednesday, November 17, 2010
Sunday, October 31, 2010
Selamat Menghadapi Peperiksaan semua !!!
ehm..ehm...hari yg di tunggu dah tiba. Hari nak periksa final la. Ishk..ishk...tak sangka betul, semester 1 10/11 dah di penghujung. Sebenarnya final exam kat UIA mula 30 Oktober sampai 15 November. Pejam celik, dah habis satu sem pun. Semester ni saya rasa paling teruk kot. Rasa malas dlm diri dah berganda-ganda. Bak kata Cik Ann, dah jadi senior, tanduk tumbuh makin panjang la. Ye le kot :)
Semester ni paling teruk sebab semua assigment hantar bukan on time. Selamber aje, ikut suka nak hantar bila. Memang tak berperasaan pun bila hantar assigment lewat. Teruk kan? Ehm...ada subjek yg kena potong markah sebab hantar lewat. Nasib la, nak buat macam mana kan. Dah salah sendiri. Belajar dari kesilapan ye.
Subjek yg paling susah nk paham adalah Basic statistics. Dah la saya ni mmg tak gemar sgt dgn nombor ni. Nasib la. Dok dlm kelas pun bukan paham apa Dr. Nik ajar. Bila Dr. Nik tny paham, semua kata paham, tak ada soalan nk tny. Bila kena buat assgment, semua pakat tak tau buat. Tapi...nasib group mate sy sgt sporting. Kami ni sama-sama tak paham dan sama-sama belajar. Korang mmg best la. Moral support sgt penting. Apa yg penting...KERJASAMA.
Subjek kegemaran semester ni adalah UNGS 2050: Ethics & Fiqh for everyday life , sbb ust Kabuye yg ajar. Lagi satu, subjek Fiqh ni mmg feveret subjek sejak dr kolej lagi. Dapat plak lecturer yg best, lagi la suka byk2. Lepas ni mesti rindu kat kelas dia sebab cara dia mengajr mmg best.
Subjek lain semua best gak. Best ke tak best ke mmg kena amik kan sebab nak kena complete 144 credit hour. Nasibla, nak buat mcm mana. Lumrah hidup sbg pelajar :)
Okey la, sempena musim exam ni, saya nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan buat kawan-kawan di UIA dan juga di semua universiti yg periksa juga. Tidak di lupakan juga buat adik-adik saya di KUIN dan PSAS yg nk exam gk. Buat yg terbaik dlm exam ya. Doakan kejayaan kita bersama.
Jadual exam:
1) Social Work For Community Service - 31 Oct 2010
2) Ethics & Fiqh for Everyday Life - 2 Nov 2010
3) Career counseling - 4 Nov 2010
4) Introduction To Statistics - 6 Nov 2010
5) Introduction To Group Counseling - 10 Nov 2010
6) Islamic Approach to Counseling - 11 Nov 2010
7) Individual Appraisal : Counseling Children & Adolescents
Thursday, September 16, 2010
Selamat Hari Malaysia 16 September
![]() |
| sumber: Google |
![]() |
| sumber: Google |
Friday, September 10, 2010
Perutusan Hari Raya
Eid Kareem!
Eid Mubarak!
Eid Sa'eed!
Kullu 'Am Wa Antum Bi Khair
Taqabal Allah mina wa minkum
Ikhlas dr saya:
Friday, September 3, 2010
Selamat balik Kampung
semua org kat UIA dah dlm mood nak balik kampung dan beraya. Malam ni, ramailah rakan-rakan yg dah nak pulang ke kampung halaman masing-masing. Kalau kat UIA ni, nak balik raya tak la risau sangat sebab ada bas carter. Persatuan anak negeri masing-masing akan sediakan bas balik kampung. Selalunya, bas balik Kelantan la yg paling byk. PMIK persatuan anak negeri kedah pun ada bas, GEMADA persataun ank negeri Pulau Pinang pun ada satu bas mlm ni. Dengar kata org2 Singapore dah balik pun naik bas carter mlm smlm. Amboi...awai sungguh depa dah balik ni. Apa-apa pun, sudah pasti malam ni meriah org berkumpul kat port kesukaan ramai untuk tunggu bas masing2. Mana la gi kalau bukan tangga besar @ tangga firaun tu. Macam-macam org panggil tempat ni. Huhuhu...
![]() |
| ni la rupa tangga besar tersebut. |
Cik Ann juga sudah selamat sampai umah dia kat Selayang. Rumate saya Irma juga sudah sampai kampung dia kat Pahang tgh hari tadi. Sekejap lagi, lagi 2 org rumate saya pun nak balik dah kampung. Sorang naik bas PMIK balik kedah dan sorg lagi naik bas GEMADA balik Penang. Tinggalah saya sorg2 mlm ni. Sedih betul. Semua org dah nak balik.Huhuhu....
Saya ni nak balik bila pun tak tau lagi. Sampai saat ni, status saya masih pending. Huhuhu...tak tahu bila akan bertolak balik. Dalam hati dah tak sabaq nak balik ni. Tapi, apa kan daya.......Just wait & see; go with the flow.
Kepada kawan-kawan yg akan balik kampung malam ni, pagi besok dan juga yg dah sampai kat umah tu, saya ucapkan selamat pulang ke kampung. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Selamat bercuti raya. Jangan lupa bawak balik buku utk study & buat assgment. Cuti-cuti juga, jgn lupa balik nnt ada exam yg menanti kita :)
Tuesday, August 31, 2010
Salam Hari Kemerdekaan ke-53
Salam Ramadhan buat semua,
hari ini cuti umum untuk Malaysia,
kita semua bercuti sempena Hari Kemerdekaan negara kita yg ke-53.
![]() |
| Logo & tema kemerdekaan thn ini |
Alhamdulillah, dah 53 tahun negara kita merdeka.Apa erti kemedekaan kepada kita???
Soalan itu mmg susah nak jawab sebab kita tak rasa mcm mana org dulu-dulu memperjuangkan kemerdekaan. Betapa susah payahnya mereka yg terdahulu mengharungi hidup pada zaman penjajah. Pada zaman tu, semua benda yg kita nak buat terhad dan sukar. Tak bebas dan banyak kerenah. Mereka berkorban jiwa dan raga semata-mata nak menuntut kemerdekaan negara.
Alhamdulillah, selepas 53 thn, dah byak perubahan dan kemajuan yg negara kita dah capai. Kita dah boleh berbangga dengan kepelbagaian kaum yg tinggal bersama-sama dengan aman dan harmoni. Kita tidak perlu berperang setiap hari macam negara-negara lain. Kita bebas nak buat apa saja yg kita suka tanpa sekatan. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Kita bebas dalam erti kata kita ikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk dan membina jati diri bangsa Malaysia yg berdaulat. Berbanggalah sebab kita menjadi warganegara Malaysia.
Sempena Hari Kemerdekaan kita hari ini, marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah ats segala nikmat yg Allah kurniakan kepada negara kita ini.
![]() |
| semangat kemerdekaan ada dlm diri kami |
| hasil karya pelajar-pelajar tadika 4 thn |
Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Thursday, November 26, 2009
Salam Aidil Adha
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.
(al-Kautsar (108) : 2)
Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfa’at bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rizki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang kesusahan lagi fakir. (Qs. Al-Hajj (22): 27-28)
“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari’atkan penyembelihan Qurban supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah dirizkikan Allah kepada mereka, maka Rabb-MU adalah Allah yang satu karena itu berserah dirilah kamu kepada-NYA. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh.” (Qs. Al-Hajj (22): 34).
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menjalani Ibadah Qurban.
Wednesday, October 28, 2009
Salam Imtihan
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selamat menjawab peperiksaan buat semua kawan-kawan. Semoga peroleh keputusan yang cemerlang.
Moga mendapat DEAN LIST, dan juga tersenarai dalam menjadi DEEN LIST
Rasulullah bersabda :
“ barangsiapa inginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”
Saturday, September 19, 2009
Salam Aidilfitri...
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Assalamualaikum semua,
kita semakin menghampiri ke penghujung Ramadhan. Insyallah, kalau nampak anak bulan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri besok. Masyallah, sekejap je rasa dah hampir sebulan kita berpuasa. Tapi, rasanya saya sendiri belum cukup beribadat dan beramal dalam bulan yang mulia ni. Rasanya, banyak saya nak buat tapi tak terbuat-buat. Azam Ramadhan pun tak tercapai rasanya. Huhuhu...
Semoga kita semua, apabila keluar dari Madrasah Ramadhan ni, kita akan menjadi lebih baik. Terutama ibadat-ibadat yang kita dah terbiasa lakukan dalam bulan Ramdhan ni. Insyallah, moga Allah memberi kekuatan dan hidayah-Nya. Jangan malas-malas lagi nak beribadat dan berbuat kebaikan. (Peringatan untuk diri saya sendiri sebenarnya)
Semoga Allah terima ibadat kita dalam bulan Ramadhan ini, dan moga-moga terhapus segala dosa-dosa kita.
Aidilfitri adalah hari raya umat Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT di mana insan dikembalikan pada fitrahnya dengan mendapat ampunan dari Allah SWT. Ini sekaligus sebagai hari bergembiranya kaum muslimin dimana diperintahkan untuk makan dan minum sebagai ungkapan syukur kepada Allah SWT.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada:
-semua kawan-kawan saya
-kepada pelawat-pelawat yang sudi berkunjung ke sini,
-tak lupa buat kawan-kawan di IIUM,
-budak2 GUIDE,
-my beloved rumate,
-"kembar tak rasmi" saya di T'ganu,
-kenalan-kenalan yang saya kenal melalui blog,
-dan semua Muslimin & Muslimat, saudara seIslam.
Di sini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, andai ada yang berasa hati dengan lidah saya yang lancang berbicara, ada kelakuan saya yang tak menyenangkan mata yang memandang, dan segala kekurangan saya, pohon di maafkan segalanya.
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Kalau ada yang sudi, jemputlah beraya ke rumah saya.
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Akhir kalam,
Semoga Allah SWT menjadikan kita semua sebagai hamba-hamba-Nya yang kembali (kepada fitrah) dan sebagai hamba-hamba-Nya yang menang (melawan hawa nafsu). Dan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadat kita semua.
:::Eid mubarak:::
:::Kullu am wa antum bi-khair:::
Sunday, September 13, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Ahlan Ya Ramadhan
Tuesday, June 23, 2009
Selamat Berjuang
Dapatkanecard NasyidFM Disini
Saya nak ucapkan semoga berjaya kepada sahabat-sahabat saya yang akan menghadapi peperiksaan pada minggu ini dan juga tuk pembentangan projek. Kepada:
my dear sister kat UIA, Iffatullah Ghazali
My beloved friends kat USIM; Intan Zarina Mohd Hashim & Khairun Nisak Saad
My Best friend kat UteM, Nor Fazilah Ramli : moga sukses dan dipermudahkan masa hang nak present projek final hg k.
Dan juga kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan.
Bit taufiq wan najah fil imtihan







