Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

...........

Kita bermula di pelabuhan rindu
yang mekar mengharumkan disegenap waktu
Angin semilir dan deburan ombak
Menyanyikan puisi mawar yang sejambak

Kuingin melihat segalanya indah
Dan wangiannya lestari
Kasih tak sudah
Ini saatnya kita padamkan
Menggentas derita masa silam 

Membebat luka yang berdarah
Dengan doa dan mahabbah
Meneguk derita beragan
Mencium kasturi pengorbanan

Menyepuh kasih dengan zikir
Melenyap kesangsian yang pedih
Pintaku seorang yang murba
Menghalir dari ancala atma
Hingga sejat di lembah kama 

Aku hanyalah sang srikandi luka
Yang enggan melangsungkan keasyikan pesta
Ingin meminggir dan mendiam dendam
Mengalunkan qasidah damai yang mendalam

 

Tuesday, October 26, 2010

Jiwang Mode: Random kisah cinta lagi....

Assalamualaikum semua,
mau kongsi satu cerita.

Cerita: Kisah seorang adik perempuan dan abang yg dlm perjalanan nk balik umah.
Masa : lebih kurang pukul 11 mlm kot.
Tempat: dlm kereta  Honda Accord plat nombor JBA _ _ _ _ yg sedang bergerak


Adik: Abang...nak tny?

Abang: Apa dia?

Adik: Mcm mana kita nak tau sorg lelaki tu serius nak kawen ngan kita

Abang: Awat? Lelaki mana nk kawen ngan hg?

Adik: Tak dak la. Kwn org la. Ada org nak kat dia. Tp dia tak tau lelaki tu serius ke tak.

Abang: Ooooo. Ingat hg.

Adik: Ehm......(mmg la org nk kawen, tp tak dk org nk la - berani jwb dlm ati ja)

Abang: Lelaki ni, kalau dia kata nk kawen ngan sorg perempuan, makna dia dah 50% serius. Kalau dh mai umah, jumpa mak ayah plak, dia dh serius 80%. Bila dh akad nikah tu, maknanya, dah 100% la dia serius.

Adik: Hehehe...mcm tu ka abg. Bleh pkai ka teori ni?
Abang: betui apa.


Ehm....so, dpt tak msg kat sini. Ni pengalaman dr org yg dh kawen ni. Hehehe....Lepas ni, klu nk tau lelaki tu serius ke tak dgn kita, bila dia dh buka mulut kata nk kawen ngan kita. Tp, kalau ckp saja, tak jumpa mak bapak, tak guna gk kn. Sebaiknya, hal2 perkahwinan ni di bincang ngan keluarga. 


Ehm...entry mlm ni berkisar tentang cinta dan perhubungan lagi kan. Ada member tnya, " Awat, dh tak tahan telinga ka nk dengar psl cinta ni? " huhuhu....bukan tak larat nk dengar. Tp dah kerja kita sbg kaunselor menadah telinga mendengar apa saja. 

Cuma....isunya masih sama. Cinta antara lelaki & perempuan yg tak berkesudahan. Bila nk selesai pun tak tau la. Antara isu nya, tak tau nk pilih yg mana satu, tak tahu lelaki tu serius ke tak, dh lma kapel, tp keluarga pak we tak tau pun lagi, cinta yg tak sekufu, perempuan ada ijazah, pasangan dia ada diploma ja, si dara yg terjatuh suka kat seseorg tp tak tahu jejaka tu suka kt dia ke tak. Ada yg lagi best, keluarga nk bakal menantu perempuannya berkulit cerah, kulit mesti lebih cerah dr ank teruna dia. Huhuhu. Masalah...masalah...


Saya??? Mendengar ja la segala masalah ni. Nk ckp lebih2, bukannya ada pengalaman bercinta pun. Bagi nasihat sikit2 boleh la. Nak lebih2, cuba tnya org yg berpengalaman :)



Monday, October 25, 2010

Hatiku dah kau tawan, Hidupku tak keruan

Assalamualaikum semua,

apa khabar hari ini? Bleh tak nak berjiwang mode mlm2 mcm ni. Tak larat nk menghadap statistik ni. Huhuhu....

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Kau tinggalkan diriku
Oh! kekasih mengapakah
Kau sunyikan hidupku
Oh! kekasih mengapakah
Manusia begitu

Mengapa ku di siksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Kepada yg "berkenaan" @ berada dlm situasi ni:
Tolong la...cuba jadi kuat sikit. 
Jgn nk tunjuk diri tu lemah sgt. 
Bunga bukan sekuntum, kumbang juga bukan seekor. 
Byk lagi kuntum bunga yg mekar yg boleh di petik.
Byk lagi kumbang yg bertebangan yg belum berjumpa bunganya.

Benda yg lepas, usah di kenang.
Kalau di kenang buat sakit hati ja.
Teruskan hidup dan cuba sayangkan diri sendiri.
Sebab dirimu begitu berharga.

Sakit bercinta tu, biasalah.
Kan dah jadi adat.
Kalau takut di lambung ombak, jgnlah cuba nk berumah di tepi pantai.
Pegi bina cinta tu jauh sikit dari pantai.
Jangan bina cinta di istana pasir sudah la.
Ada kemungkinan juga nk di bawa ombak. 

Belajarlah untuk bertegas dgn hati.
Tiada alasan untuk itu.
Kalau di turutkan rasa, pasti akan binasa.
Kalau di turutkan hati, matilah kita.

Dalam hidup ni, ada dua pilihan ja.
Terima atau menolak.
Menjadi kuat, atau memilih untuk terus lemah.
Pilihan di tangan kita.


P/s: okey, dah abes berleter. Boring tau ari2 telinga ni di sumbat dgn cerita cinta yg tak berkesudahan. Huhuhu...

"Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan"

 (I really mean this. Oh men...what should I do? Huhuhu...)

 

Thursday, August 26, 2010

Ku Serah Cinta

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia

Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan


Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


p/s: Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, marilah sama-sama kita meningkatkan kecintaan kita kepada Allah SWT. Sesungguhnya cinta Allah cinta-Nya yg sejati. 

Ya Allah, Kau berikanlah aku cinta & rahmat-Mu

Tuesday, June 8, 2010

Haramkah????

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
********************************************
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
********************************************
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta
 
p/s: It's complicated, huh??? 

Ya Allah, Jika aku di takdirkan jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang...
yang melabuhkan cintanya padaMu

Friday, May 14, 2010

Buat kamu....

Assalamualaikum semua,

testing...testing...testing...
1
2
3

Entry ini adalah entry yg khusus. Buat orang tertentu je. Kalau nak baca, kena guna "magic word", bru boleh access.

Bru belajar aplikasi ni. Baru nak cuba.
Inilah di namakan "entry rahsia"

Buat "si dia",
akhirnya....dah berjaya nak buat entry rahsia mcm ni.
Enjoy reading about....



Sunday, November 29, 2009

Cinta, Kasih, Sayang...hATI????

CINTA:
(sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama saja.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia saja.
A = ada tak ada, bagi anak reti lah.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?


tetapi yang seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I
-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=31&topic=34801

Saturday, October 24, 2009

Tentang CINTA....

Jangan kerana cinta kita gugur.
Jangan kerana cinta prinsip akan menjadi larut dan cair.

Cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

Kesetiaan akan mengikat cinta.
Kecurangan akan meranapkan cinta.

Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta dibajai dan disuburkan melalui kaedah-kaedah yang di restui, di berkati dan diredhai Allah.


Ehm...tetiba masuk topic cinta. Dalam beberapa hari ini, telinga saya ni asyik berkisar tentang kisah cinta je. Kisah sedih pasal cinta, kisah gembira, kisah cinta tak berbalas, kisah kecurangan kekasih dia, macam-macam lagi. Pening juga la kita yang dengar ni. Very complicated. Rasa macam unsolved je. Huhuhu.....

Kalau tanya saya, apa saya nak cakap. Ni soal hati dan perasaan. Saya pun tak ada pengalaman bab-bab mcm ni. Dengar boleh, tapi nak tolong, rasanya dorang kena pikir sendiri la. Huhuhu...tu la sapa suruh bercinta kan???? hehehe

Ok. Istilah cinta atau hubb dalam bahasa arab, atau love dalam bahasa inggeris adalah satu fitrah kurniaan Allah yang murni. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). -surah Ali Imran: 14)

Ayat ini menunjukkan bahawa perasaan suka, sayang dan cinta kepada manusia, harta dan kekayaan adalah fitrah semulajadi manusia. Namum fitrah memerlukan kepada panduan bagaimana untuk mengendalikannya. Sudah tentu sebaik-baik panduan adalah berpandukan Al-Quran Dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, cinta Allah dan Rasul-Nya yang telah memberikan panduan bagaimana untuk menyalurkan fitrah ini adalah sebaik-baik cinta.

Perasaan cinta adalah anugerah paling suci. Cinta itu harapan, cinta itu keindahan, cinta itu kekuatan dan cinta itu keajaiban. Tuhan menganugerahkan cinta sebagai wadah bagi manusia menjalinkan ukhwah dan menjalani kehidupan berlandaskkan syariat dan hukum, bukannya mengikut hawa nafsu semata-mata.

Kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta manusia.Dalam mencintai Allah, seseorang hamba tidak akan kecewa. Cinta Allah akan sentiasa terbalas, malah Allah s.w.t. memang sentiasa menunggu-nunggu hamba-Nya yang setia dengan menjanjikan syurga yang abadi.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


credit: hasil dr bacaan buku Cinta IPT by Ust. Maszlee Malik & Ustz Hamidah Mat.

Wednesday, July 15, 2009

bercinta????

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekarang saya dah berada di kampus UIA. Semester dah bermula, tapi kelas kat kuliah saya belum banyak yang mula. Pensyarah belum masuk. Dorang sibuk dengan hal masing-masing. Biasalah tu, keadaan yang biasa pada awal-awal semester ni.

Saya ingin berkongsi sesuatu, tapi tak tahu nak tulis apa. Idea entah hilang ke mana. Insyallah, nanti saya nak tulis satu N3 tentang subjek-subjek yang saya ambil pada semester ini.

Jadi, saya post yang saya baca ni. Saya suka artikel ni sebab membawa maksud yang mendalam tu. Sebagai peringatan dan juga panduan. Hehehe...
Moga peroleh manfaat bersama.

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,

Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,

***a takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.


Kenapa saya masukkan N3 ni? Adakah saya dalam proses bertunang? Huhuhu...
Saya pun tak tahu. Sebenarnya tidak sama sekali. Saja nak berkongsi di sini.

Sesungguhnya, dalam Islam dah ada panduan yang perlu kita ikuti dalam hal bercinta ni. Walaupun dah bertunang secara sah, ia bukan sebagai tiket untuk kita berbuat sesuka hati, bukan tiket untuk kita berdua-dua dengan pasangan seperti suami-isteri. Sebenarnya, tempoh bertunang ni ,merupakan tempoh untuk kita membina kematangan, ia umpama masa untuk kita berfikir tentang alam rumah tangga yang bakal kita bina. Dalam tempoh ini la, merupakan masa untuk kita menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih serius dengan apa yang kita nak lakukan. (ni apa yang saya perhatikan dari abang dan kakak saya.

Kadang-kadang saya terfikir juga, perlukah bertunang ni??????
Lebih baik terus kahwin je kn?



p/s: artikel ni saya ambil dari seseorang. Dah tak ingt kat mana.

Saturday, June 13, 2009

Taaruf Cinta

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,


***a takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,

Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,

Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,

Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,

Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, May 22, 2009

pesona cinta




“Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu”