Showing posts with label Feeling/Emotion. Show all posts
Showing posts with label Feeling/Emotion. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013

Assalamualaikum semua,

Selamat Tahun Baru 2013 semua. Ada rasa kelainan hari ni? Ke sama ja? Ehm...memetik kata-kata Ustaz Hasrizal di Twitter: 


Malam ini 1 Januari 2013 sebagaimana sebulan lalu 1 Disember 2012 dan tahun depan 1 Januari 2014. Tiada apa yang signifikannya - @saifulislam 

Betul la kan. Setiap hari yang berlaku, sama saja. Tapi sebagai seorang Muslim, hari kita kena berbeza setiap hari. Perlu ada penambahbaikan. Hari ini perlu lebih baik dari semalam, dan esok perlu lebih baik dari hari ini. Kalau tak dapat, paling-paling kekalkan kebaikan yang kita telah buat semalam. Beruntunglah orang yang harinya lebih baik dari semalam, dan celaka bagi mereka yang sebaliknya. 

Bagi saya, hari ini seperti hari biasa cuma tarikh tertera 01.01.2013. Bertambahnya tahun, pasti bertambahnya umur. Dulu tak fikir sangat, tapi bila sekarang ni, itu yang menjadi persoalan pertama. Bila buka facebook, kawan-kawan seusia tulis pasal ni. Apa yang mereka rasa, saya turut rasa. Sebab apa ya? Mungkin sebab pada usia ni dah perlu lebih bertanggungjawab dan berfikir ke arah yang lebih serius. Kalau tengok zaman mak-mak kita dulu, pada usia saya sekarang ni, anak dah berderet-deret. Itu yang menjadi kayu ukur. Dah, nak buat macam mana kan, nasib setiap orang berbeza, saya cuba untuk merasionalkan diri. 

Nasib saya, di usia sekarang baru nak membina segalanya sebab baru habis belajar. Sedangkan kawan-kawan dah kerja bertahun, dah berkahwin, dah berkeluarga, dah ada kerja tetap, kewangan yang kukuh dll. Kadang-kadang rasa rendah diri tu ada bila berjumpa dengan mereka sebab saya tak ada pencapaian yang membanggakan. Saya ni, kerja tetap tak ada, rumah sendiri tak ada, kereta tak ada, pasangan pun tak ada. Walaubagaimanapun, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada & lalui selama ni. Saya yakin, pengalaman setiap orang berbeza. Jadi apa yang Allah takdirkan untuk saya pasti yang terbaik. He Knows Best. 

Saya harap, dengan kedatangan tahun baru ni, membawa sinar kebahagiaan buat saya dan orang-orang sekeliling yang saya sayangi. Tahun ni penuh dengan perancangan terutama kerjaya. Sebenarnya masih dalam dilema nak terus sambung Master atau bekerja dulu. Kalau ikut hati (emosi), nak sambung, tapi kalau ikut akal (fikiran), nak kerja dulu. Susah betul nak buat keputusan. Semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik untuk saya memilih. Ni baru nak pilih nak sambung belajar ke tak, dah stress semacam. Nanti kalau nak buat  keputusan nak pilihan calon suami macam mana la plak keadaanya kan? Eh...apa kes masuk bab ni plak ^_^

Okey lah. Tahun 2013 nak jadi lebih fokus dengan apa yang buat dan pilih. Moga tak ada gangguan yang akan memeningkan kepala dan yang boleh memuntahkan. Saya ni jenis terlalu fikir. Satu-satu tu nak fikir dalam sangat. Tah apa-apa kan. Tu yang stress semacam. Tahun ni juga nak berfikir lebih rasional bukan emotional. Penting untuk jadi matang untuk buat keputusan berdasarkan akal bukan emosi sebab natijahnya berbeza. Saya dah alami semua tu. Rugi betul kalau buat keputusan guna emosi. Nantilah, ada masa saya kongsi pengalaman saya tu. 

Hingga jumpa lagi ^_^

Wassalam 

Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013


Assalamualaikum semua,

Diam tak diam kita dah hampir ke hari terakhir 2012. Rasa masa cepat sangat berlalu. Tahun 2012 penuh kisah, yang pasti setiap pengalaman yang di lalui memberi banyak pengajaran pada diri sendiri. Membuatkan diri bertambah matang dan berfikir lebih rasional seiring dengan bertambahnya usia la kan.

Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mencoret banyak cerita. Suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat. Kini tahun baru telah menjengah, tibanya untuk memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan, buka lembaran kisah baru dengan semangat dan keceriaan. 

Setiap terbitnya mentari, semoga Allah memperbaharui iman ku, memperbaharui tekat ku, memperbaharui kesungguhan ku, semoga aku beralih lebih mendekati mu Ya Allah ...


Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Saturday, December 15, 2012

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan



Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa



Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai



Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri



Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala



p/s: Terinspirasi selepas membaca buku "Sebelum Aku Bernikah" karya Hilal Asyraf. Naskah yang patut di baca oleh semua orang terutama yang nak memulakan hidup berumah tangga, tapi kalau yang dah di alam rumahtangga pun boleh baca sebab buku ni sangat cool  ^_^
Ada masa nanti nak buat review pasal buku ni.

Friday, November 30, 2012

Langit ...Tetap Biru

Kata orang menunggu itu satu penyiksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu.
Cuma ‘dia’ sentiasa di ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit tetap biru...
Jika ada awan yang meliputinya?
Tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
…kerana pada Zahra, Langit tetap biru!
-Syud-

Just like how the sky is always blue
kdg2 cerah... dan kadang-kala mendung...dan kadang-kala hujan...
walau apa pun yg melanda, langit tetap biru
walaupun gelap jd biru gelap
Kita tak boleh tentukan awan warna apa sebab ALLAH saja yang tahu .. Bak kata orang tua2 , esok masih ada ..
kat mana2 pun, bila kita pndang,langit tetap biru

Selagi mampu tunggu, terus tunggu
Nanti kalau dah tak mampu, teruskan sahaja hidup
Sebab Allah Maha Mengetahui

Langit Tetap Biru……


p/s: Sekian entry sebulan sekali. edisi November. Jumpa lagi bulan hadapan, edisi Disember. Oh...tertinggal entry edisi bulan Oktober. Tak sedar Oktober dah berlalu sebab terlalu sibuk dengan tuntutan kerja dan convocation. 

Wednesday, July 6, 2011

RANDOM: Saya nak solat, TAPI....

Kisah 1
Cikgu: Kamu solat tak?
Murid 1: Solat cikgu. Tapi, subuh saya jarang solat.
Cikgu: Kenapa tak solat subuh ?
Murid 1: Susah la cikgu. Saya nak solat, tapi tak ada tempat.  Tempat yang saya selalu solat tu jadi tempat adik saya tidur. Dia kan tak bagun lagi, macam mana saya nak solat.
Cikgu: Tak ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 1: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil je.
Cikgu: Memang tak ada ruang langsung  ke dalam rumah kamu?
Murid 1: Tak ada cikgu.
Cikgu: Habis tu kamu tidur kat mana?
Murid 1: Saya tidur atas katil, adik saya tidur bawah.
Cikgu: Kamu boleh solat atas katil.
Murid 1: Boleh ke cikgu?
Cikgu: Boleh. Asalkan tempat tu bersih.

Kisah 2
Cikgu: Kamu solat tak kat rumah?
Murid 2: Kadang-kadang je cikgu.
Cikgu: Kenapa kadang-kadang?
Murid 2: Tak ada tempat nak solat kat rumah, cikgu. Kalau ada pun, depan tu ada sampah.
Cikgu: Tak  ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 2: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil ja, tak  ada ruang kosong pun.

Macam mana la hati tak menangis, macam mana la hati nak senang, macam mana la hati nak terima keadaan ni. Mungkin sebelum ni tak pernah terlintas di akal fikiran akan kejadian macam ni. Tapi, saya dah jumpa di alam realiti. Sedih, hiba, simpati, terkejut dan pelbagai rasa terdetik dalam hati.  

Ya Allah…diluar sana masih ramai yang mahu meyembahMu, tapi mereka tak terdaya. Ujian mereka hanya ruang untuk solat. Kita bagiamana? Ya Allah, kau campakkanlah kekuatan buat mereka yang punya hati yang tulus untuk menyembahMu. 

Di hari yang lain…
Cikgu: Bagaimana keadaan kamu hari ini?
Murid 2: Baik cikgu
Cikgu: Alhamdulillah. Bagaimana solat kamu?
Murid 2: Saya solat dekat surau sekarang cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. Ada surau dekat rumah kamu?
Murid 2: Ada. Surau tu depan rumah saya je.
Cikgu: Kamu pergi surau dengan siapa?
Murid 2: Saya pergi sorang la cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. (mau menitis air mata)

Kalau hati berkehendak, kalau hati mahu, walau macam mana susah, akan terus berusaha. Ya Allah, Kau tetapkanlah hati dia untuk terus terikat dan bergantung pada-Mu. 
Masalah adalah dari Allah. Ujian juga dari Allah. Kepada siapa lagi kalau mahu kita meminta pertolongan, kepada siapa lagi mahu kita mengadu masalah, kepada siapa lagi mahu kita bergantung harap.

Tiada alasan untuk tidak SOLAT

Dirikanlah SOLAT walau dimana kita berada.



Saturday, March 19, 2011

...........

Kita bermula di pelabuhan rindu
yang mekar mengharumkan disegenap waktu
Angin semilir dan deburan ombak
Menyanyikan puisi mawar yang sejambak

Kuingin melihat segalanya indah
Dan wangiannya lestari
Kasih tak sudah
Ini saatnya kita padamkan
Menggentas derita masa silam 

Membebat luka yang berdarah
Dengan doa dan mahabbah
Meneguk derita beragan
Mencium kasturi pengorbanan

Menyepuh kasih dengan zikir
Melenyap kesangsian yang pedih
Pintaku seorang yang murba
Menghalir dari ancala atma
Hingga sejat di lembah kama 

Aku hanyalah sang srikandi luka
Yang enggan melangsungkan keasyikan pesta
Ingin meminggir dan mendiam dendam
Mengalunkan qasidah damai yang mendalam