Sunday, June 20, 2010

Selamat Bercuti Semua...

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, tadi pagi dah selamat menjawab kertas terakhir untuk final exam short sem. Ehm...hari minggu pun ada exam kan. Itulah "keistimewaan" kat UIA ni. Huhuhu...Alhamdulillah, kertas tadi dapat di jawab dengan jayanya walaupun baru mula belajar dan baca malam semalam. Huhuhu...sokmo macam tu, nak dekat exam baru terhegeh-hegeh nak baca. Okey, semalam sempat habes smua di baca. Masuk tak masuk lain kira, janji note segala habis di baca. Ok. Tunggu la result nnt macam mana plak. Bleh dapat cemerlang lagi ke tak. Sem ni macam tak confident sgt sebab macam banyak main-main je. Okey, padan muka sendiri :)


Tamat kisah exam. Sekarang masa untuk mengemas untuk balik la. Cuti 3 minggu. Cukup la kan. Tak yah banyak-banyak nnt bukan buat apa pun. Saya akan menuju ke selatan. Hehehe...bukan kampung di sana tapi nak menziarah abang. Nak tengok anak buah baru. Dalam ramai-ramai, saya je belum tengok anak abang ni. Zaheen....acik angah datang. Tunggu tau :) Dok sana tak pasti lagi berapa lama. Kalau best dok lama, kalau tak best awal-awal lagi nak cabut lah. Apa pun bergantung pada abang gak la. Dia yang nak sponsor tiket. Ikut suka dia nak beli bila. Huhuhu...


Sebenarnya, ni pertama kali nak pi Bkt Jalil ni dan juga pertama kali travel sorang-sorang pi Johor. Oh....takut la gak. Tak tahu nak expect apa. main redah ja kot. Persiapan awal adalah google and tanya org mcm mana nak ke sana. Saya siap kira masa dan tambang lagi tau. Surf la laman web RApid KL. Oh ya, bas transit Rapid ada ja dari Puduraya tu. Jangka masa nak sampai 45 min kalau tak jem. Kalau jem, masak gak la. So, saya rasa nak naik LRT je kot. Terus sampai Bkt Jalil tapi kena transit ke Masjid Jamek dulu. Ehm...kena fikir dulu. Lagi satu cara, naik bas 91, turun kat HKL, kemudian naik Start Lrt kat Titiwangsa. Saya rasa ni lebih praktikal kot. Macam jimat lagi. Huhuhuhu....ada member kata jangka masa nak pi Bkt Jalil tu dlm 3 jam dr UIA. Maknanya, saya harus keluar awal. Tiket bas kul 4 ptg.


Saya naik bas Transnasional. Tak sangka plak bas ke Johor adalah skyview bus. Huhuhu...maknanya, pertama kali gak la saya nak naik bas 2 tingkat ni. Takut, tak sabar, macam-macam rasa ok. Saya ada gak Google cari maklumat pasal bas ni. Rasanya macam boleh tahan. Tapi tak tahu la nnt macam mana. Tunggu dan lihat ok.

                                                                  Bas yg bakal di naiki


Doakan saya selamat sampai ke Johor. Pertama kali, balik main redah macam ni. Dah la sorang-sorang kan!!!!Moga Allah permudahkan perjalanan saya dan selamat sampai ke PAsir Gudang malam nanti. Insyallah.


Buat kawan-kawan, SELAMAT BERCUTI. SELAMAT BALIK KAMPUNG. Manfaatkan cuti dengan baik. Jumpa lagi di sem baru dengan cabaran yang lebih getir. Hehehe...moga kita semua dapat result yg gempak utk sem 3 ni.


Sekian,untuk hari ini. Terima Kasih. Wasalam.

Friday, June 18, 2010

RANDOM: Kertas Kedua Terakhir


Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, hari ni saya exam kertas kedua terakhir untuk short sem ni. Hari ni paper SEN atau nama penuh dia subject ni, Understanding Students with Special Educational Needs.  Saya suka sangat subjek ni sebab belajar tentang orang kurang upaya. Semestinya sebagai bakal guru, subjek ni penting sebab berkemungkinan nanti bila dah mengajar, kita akan jumpa pelajar yang istemewa macam ni. Kami belajar tentang jenis-jenis kecatatan, macam mana nak kenal setiap kecatatan ni, macam mana nak mengajar, macam mana nak deal ngan ibu bapa yang ada anak kurang upaya, hak-hak mereka, apa keperluan mereka dll. Pensyarah yang mengajar pun best, baik dan sempoi habis. Terima kasih Dr. Kannamah :)
Lepas dah abes belajar ni, saya rasa bersyukur sangat sebab di lahirkan sempurna. Saya rasa kesian sangat kepada mereka yang ada kecatatan ni. Bukan mereka yang pinta tp dah Allah takdirkan macam tu kan. Sebenarnya, mereka juga ada hak untuk teruskan hidup macam orang lain. Tapi, realitinya tak begitu. Mereka di sisihkan, banyak keperluan mereka yg kita tak penuhi. Cuba tengok KTM Komuter. Tak ada kemudahan untuk golongan mcm ni kan. Klu nak pergi stesen KTM, semua kena naik tangga, tak ada lif, kena seberang naik jejantas segala. Tak mesra OKU kn. Dan banyak lgi contoh-contoh lain.
Pensyarah saya ada cakap, ramai bekas pelajar dia yang kurang upaya ramai yang tak ada kerja. Mereka ada kelulusan yg tinggi, tapi tu la, diskriminasi berlaku. Ada yang ada degree, master dan Phd juga. Tapi, mereka bekerja bukan setaraf dengan kelulusan mereka.  Sepatutnya nisbah setiap 1000 pekerja perlu ada seorang pekerja OKU. Tapi, realitinya??? Ada dan juga tiada langsung di sesetengah tempat.
Lagi satu, budaya masyarakat Malaysia, kita ni kurang kesedaran tentang golongan macam ni. Mungkin kalau di kampung-kampung, kalau ada anak kurang upaya, akan letak di rumah ja. Kalau yang buas atau agresif sikit, budak tu kena ikat, kena kurung. Kesian kan. Itu dah kes dera, boleh kena dakwa. Kita kena ingat, mereka juga ada hak untuk hidup bebas mcm org lain.
Mereka ni perlu di didik dan di latih untuk berdikari. Ibu bapa boleh dapat khidmat nasihat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, apa keperluan anak mereka. Sekolah mana yang sesuai dan apa kemahiran yang patut anak mereka pelajari. Sesetengah ibu bapa akan rasa kesian, tak mau anak mereka susah sebab kalau pergi sekolah kena berdikari, semua benda kena buat sendiri. Itulah keperluan bagi mereka sebenarnya untuk bedikari. Belajar untuk hidup sendiri. Cuba bayangkan, kalau mak dan ayah meninggal dunia, sapa nak jaga mereka ni. Adik-beradik pun tak boleh harap. Kalau dari kecil mereka ni dah di biasakan untuk berdikari, nanti bila dah dewasa atau tiada siapa nak menjaga mereka, dengan kemahiran yang ada, mereka dapat menjaga diri mereka sendiri.  Oh ya, kalau berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, setiap bulan boleh dapat RM300 tau.
Menjadi seorang guru kepada pelajar yang berkeperluan khas mmg kena sabar la. Memang la dalam kelas kita ada seorang  atau dua orang murid, tapi nak mendidik dan mengajar mereka memang susah. Dulu saya selalu fikir yang cikgu pendidikan khas macam tak ada kerja kan, anak murid pun sikit. Hehehe…tapi sebaliknya. Lagi mencabar. Bukan senang nak melayan kerenah pelajar-pelajar ni.  Pensyarah saya kata, dia pernah kena kejar, kena tarik baju sampai koyak, dan macam-macam lagi. Malu memang la malu, tapi dah pelajar sendiri, bukannya mereka ni tahu pun. Huhuhu...ganas-ganas gak budak-budak ni kan. Apa-apa pun, kena Sabar dan ikhlas la. Saya sangat kagum la dengan cikgu pendidikan khas lepas ni :)
So, janganlah kita pandang rendah pada golongan ni ok. Mereke sesungguhnya sangat istimewa. Cuba hormat dan tolong mereka semampu kita. Kalau ada antara ahli keluarga kita yg dari golongan ni, baru kita akan faham macam mana keadaan mereka sebenarnya.  Buat bakal pendidik, jangan ingat kita tak kena mengajar pelajar yang kurang upaya ni walau apa pun major tau minor kita. Ada kawan saya yang amik Statistik kat UPSI, tapi kena mengajar pendidikan khas. Hah, macam mana tu????
Pendidikan khas best aje. Kalau saya kena mengajar??? Huhuhu...tak tahu la. Saya bukan yang penyabar sangat kot. Sabar ngan budak-budak kecil bleh la. Tu yang dulu amik pendidikan awal kanak-kanak tu :) Apa-apa pun, sebagai bakal guru, kena gak la bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Cikgu kaunseling pun kena belajar gak benda-benda ni kan. Nanti bleh di praktik semasa sesi kaunseling. Setakat ni, biarlah saya jadi guru kaunseling je kot. Dulu macam bercita-cita gak la nak buat pendidikan khas, tapi......tak dak rezeki ke situ kot. Dan mungkin saya tak layak untuk mendidik pelajar yang kurang upaya. Ehm.....jadi kaunselor lebih sesuai kot. HUhuhu...tah la. Tengok la mcam mana nanti.
Ok. sekian untuk hari ini. TErima Kasih. Wasalam.

P/s: Sedang menghitung hari nak abes xm. Tak sabar nak balik kampung :)

Tuesday, June 15, 2010

Malu Bertanya Sesat Jalan

Assalamualaikum semua,

tadi saya pegi beli tiket bas kat Pekeliling. Masa nak balik tunggu bas ke UIA, ada seorang mak cik ni menegur saya. Dia kata dah lama dia tunggu bas. Dia pun sekejap duduk, sekejap berdiri tengok bas. Dia macam gelisah semacam je. Dia ada cakap, dah lama tak naik bas. Dia dok kat Tmn Melati je. Sebenarnya, dia dari HKL. Selalu naik teksi, tapi hari ni nak balik naik bas. Dia kata teksi dah mahal, tambangnya RM15. Baik naik bas, lagipun hentian bas depan rumah ja. 

Di tanya saya nak ke mana? Saya jawab nak balik UIA. Kemudian kami sembang la sikit2. Oh....teramah la plak saya tadi. Huhuhu...bila dia tau saya UIA, dia pun ada la selit-selit cakap dalam bahasa Inggeris. Hehehe...Dari pemerhatian saya, mak cik ni mesti org berada dan pernah bekerja. Sambil dok sembang tu, dia bagun lagi tengok bas. Saya dah macam pelik. Huhuhu.....

Saya tanya dia, "nak naik bas no berapa?" 
Dia jawab, "entah la, saya pun tak tahu. Dekat bas ada tulis kan pegi Tmn Melati" 

Huhuhu...pastu ada sebuah bas rapid lalu. Dia tengok je bas tu pastu geleng kepala
.
"Tengok, bas ni tak tulis apa-apa pun. Kat sini pun tak ada tanda bagitau bas no berapa utuk pergi mana"

"Patutnya, tulis la kan. Kalau kat Luar negara, senang ja. Kalau sorang2 pun, boleh berjalan, tak sesat. Tapi negara sendiri?" Ehm.......

Saya??? tah la nak cakap macam mana. Saya kata, mak cik tanya orang la. Dia senyum ja. Aiseh, tak paham saya. Patut la mak cik tunggu lama. Nak naik bas apa pun tak tahu. Kemudian bas 91 sampai. Saya naik dan tinggal la mak cik tu. Huhuhu....

Kesimpulannya, kalau mak cik tu tanya orang, kan senang. Mesti tak lama nak tunggu. Bak kata pepatah, "malu bertanya, sesat jalan"

Sekian. untuk hari ini. Terima Kasih, Wasalam.

Sunday, June 13, 2010

Salam Imtihan

Assalamualaikum semua,

hanya nak ucap: 


Get More Islamic Testi Here!



Buat yg bakal menghadapi peperiksaan. Terutama kawan-kawan di UIA. Semoga dapat menjawab dengan baik. Bukan CGPA yg kita kejar tapi ilmu tu lebih penting. Moga apa yg kita belajar bukan semata-mata untuk exam tapi untuk kita sampaikan dan amalkan. Moga kita semua dapat keberkatan ilmu tu. 


Get More at (Islamic-Testi)!



SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT DEAN LIST DAN JUGA DEEN LIST!!!!

RANDOM: Penghujung Short Semester

Assalamualaikum semua,

di petang yg damai, tak ada apa yg sy nak coretkan. Sekadar mengisi masa lapang dan juga banyak sambil study untuk final xm. Yeah, 6 minggu telah berlalu di UIA, mengambil 3 subject utk short sem ni. Banyak perkara yg berlaku dalam short sem ni. Ada yg manis, ada yg pahit, ada yg tawar, dan pelbagai rasa lagi la. Secukup rasa. Alhamdulillah, saya dapat mengharungi segala rasa itu dgn jayanya. Hehehe....

Dulu masa mula-mula nak belajar masa short sem, byk yg saya bebelkan. Kesian rumate & coursemate sy sbb ari-ari dengar sy bebel. Huhuhu...sori guys!!!Rasa tak sanggup nak teruskan. Saya pernah mengadu kat Abang saya betapa sengsaranya amik short sem ni. Dia jwb "Tak pe la. Amik short sem, nnt habes awl belajar." bleh kawen cepat, mcm Abang. Hehehe...opss...ayat ni sy yg menambah. Okey, saya suka ayat pujuk dr Abang sy ni. Mama saya plak kata "Hah, baru tahu rasa amik short sem mcm mana. Dulu org amik short sem, dia bercuti. skrg Rasa la plak" Ok2, mama, dah rasa pun betapa "BESTNYA" short sem ni. 

Tapi, Alhamdulillah, saya rasa best je buat short sem ni. Bukan la teruk yg di sangka. Cuma, lepas ni dah tak mau amik short sem dah, sbb lepas ni mmg dah tak kena amik short sem pun. Hehehe...heaven!!! 

Okey2, saya dah nampak kenapa Allah pilih saya untuk buat short sem ni sedangkan saya bleh je nak bercuti 3 bulan, bersenang-lenang, goyang kaki kat umah. Huhuhu...sesungguhnya, byk benda yg sy dapat dan juga belajar. Semua ni menambahkan pengalaman dan juga mematangkan saya. Alhamdulillah. Dalam masa 6 minggu ni, byk benda yg saya lalui, belajar dan rasa. 

Saya buat sesuatu yg sy rasa selama ni sy tak mampu. Tp sy boleh buat je sebenarnya. Tapi yg paling saya suka, pengetahuan saya tentang isu Palestine makin bertambah. Selama ni saya tahu sikit sahaja, tapi Alhamdulillah, masa short sem ni, sy bnyk ikut program tentang Palestine ni. Insyallah, saya akan berkongsi di sini nnt. 

Ehm...lagi saya juga dpt offer jd cikgu tuisyen. Insyallah, kalau tak ada aral melintang, sem depan saya akan serius mengajar. Wah...tak sabar nak kembali ke profesyen perguruan. Dah lama tak mengajar ni. Sebenarnya, dah lama saya cari peluang mengajar. Sebagai pelajar universiti, ini adalah antara sumbangan yg boleh kita buat untuk masyarakat. Kongsi ilmu yg kita pelajari dan ada dengan org lain. Insyallah, saya akan cuba guna peluang ni dgn baik. Semoga Allah terus permudahkan urusan saya dan bagi kesihatan yg baik untuk meneruskan tugas ni. 

Dalam short sem ni gak saya belajar untuk berinteraksi dgn masyarakat. Ehm....dah lama sebenarnya tak wat benda ni. Rasa macam kekok plak pada mulanya. Program Kemasyarakatan yg saya sertai banyak mengajar saya yg masyarakat kita sekarang sangat perlukan mahasiswa dan mahasiswi untuk perbetulkan keadaan. Maksudnya, banyak lagi yg pincang dalam masyarakat yg perlukan penawar. Kitalah, pelajar mahasiswa dan mahasiswi terutamanya pelajar UIA yg perlu membantu dalam merawatnya. Mungkin selama ni saya banyak belajar teori je, tp praktikal dan realiti mmg tak sama. Ehm...masih banyak yg perlu saya belajar ni. 

Itulah, antara pengalaman saya masa short sem ni. Sebenarnya, byk lagi. Tp cukup la dulu setakat ni. Sesungguhnya, Setiap sesuatu yg Allah tetapkan, pasti ada hikmahnya kn. Ok. Got to Go. Nak pi makan, pastu nnt nak sambung study. 

"Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". (Hud :47)

Thursday, June 10, 2010

Waktu Kecederaan....

Assalamualaikum semua,

ehm...sekarang ni saya & kwn2 tgh bergelut dengan waktu kecederaa. Semua dah semput, tak cukup rehat, tak cukup tidur, tak cukup makan sebab nak siapkan segala benda sebelum final exam minggu depan. Huhuhu...maklumla, dah ujung2 sem, suasana macam ni mmg dah biasa. Pelik kan, short sem pun jdi mcm masa long sem gak. Dah nak final exam pun, masih ada assigment yg nk kena hantar, masih ada presentation yg nak kena buat, kuiz pun kena jawab. Semua benda ni kena buat sebab nak cukupkan carry marks. Tak pa lah, nak buat macam mana kn, itulah kehidupan seorang pelajar. Layan je lah.

Rupanya risiko gak la amik short sem ni. Banyak kerja nak kena buat dalam masa yg singkat. Pastu bila lecturer tak ada atau tak datang, tu agak sakit la. Sudah tentu kelas akan kena ganti dan topic yg kena belajar tertangguh. Maka, silibus mungkin tak abes. Banyak gak la yg sy dengar dr kwn2 yg lecturer dia ngajar tak abes lgipun. Final exam dah next week. Takut sy dengar. Alhamdulillah la, lecturer saya semua best sebab diaorang dah abeskan silibus awal2 lgi. Macam UNGS, hari khamis dah tak ada kelas sebab dah abes belajar. Klu kelas lain, topic diaorang ada lagi separuh lecturer tak abes cover lagi. Huhuhu...macam mana nak exam nnt. Jawabnya, kena baca sendiri la. SEN pun dah settle segala assigment. Tinggal TESTING je kot. Insyallah, ari jumaat ni kena hantar portfolio dan kami ODW siapkan.


Apa-apa pun, idup mesti di teruskan. Tak balik seharian ke bilik, sibuk ke sana sini adalah menjadi perkara biasa dalam minggu ni. Makan, tidur dan rehat dah tak hirau. Hehehe....sapa la tu. Tapi dalam dok sibuk2 ni, masih sempat "kawan" saya  nak pi dating, nak pi shoping, nak pi tengok wayang bersama so-called CF dia. Hehehe...awk, jgn marah eh. Mana aci,, org dok sibuk2, awk da masa lagi nak pi berlibur. Huhuhu....

Wahai kawan-kawan, ada masa lagi ni nak siapkan semua benda dalam minggu ni. Insyallah, sempat punya. Next week dah exam. Study pun belum kn. Aduhai, macam mana ni. Huhuhu...bersabar je la. Apa-apa pun, selamat menyiapkan diri sebelum nk exam. Study selagi ada masa. Hehehe...
SEMOGA BERJAYA buat semua.

Tuesday, June 8, 2010

Haramkah????

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
********************************************
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
********************************************
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta
 
p/s: It's complicated, huh??? 

Ya Allah, Jika aku di takdirkan jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang...
yang melabuhkan cintanya padaMu

Monday, June 7, 2010

Demo anti-Israel

Assalamualaikum semua,
hujung minggu saya agak padat pada minggu ni. Di mulai dengan hari Jumaat. Saya antara 50, 000 ribu orang yg hadir untuk Demonstrasi Penyerahan Memorandum Bantahan Kekejaman Israel anjuran CMT (Crisis Management Team) LL4G. Demonstrasi besar-besaran ini di adakan secara aman untuk mengutuk serangan rejim israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dan meneruskan desakan terhadap kerajaan amerika supaya campurtangan menghentikan keganasan israel kepada warga dunia.

Ramai sungguh yg hadir termasuk aktivis NGO seperti haluan, Aqsa-Syarif, JIM. Pelajar universiti yg saya nampak antanya UIA, UKM, UM, IIC, mungkin ada byk lgi IPT yg lain yg saya tak perasan. Semua org bersemangat mengutuk kekejaman Yahudi. Sesungguhnya mereka sangat zalim kerana menyerang sekumpulan manusia yg ingin menghantar bantuan kepada penduduk Palestine yg di kenakan sekatan oleh Yahudi Laknatullah selama ini.


Sungguh zalim dan biadap bangsa Yahudi ni. Mereka memusuhi sesiapa sahaja yg nak bantu Gaza. Perdana menterinya masih angkuh dan sombong mengatakan mereka mangsa hipokrasi dunia. Mereka tak benarkan sekatan yg selama ni mereka lakukan ke atas penduduk Palestine di robos. Sungguh sombong & angkuh bukan??? 


Demontrasi yg saya ikut ni anjuran NGO tak ada kena-mengena dengan mana-mana parti politik ya. Demontrasi anjuran aktivis NGO ni mula bergerak dr Masjid Tabung Haji pada pukul 2 ke Kedutaan Amerika di Jalan Ampang. Sambil bergerak ke sana, para-para aktivis melaung-laungkan kata-kata anti-Israel. Macam-macam banner yg di bawa menyatakan rasa benci pada rejim Zionis ini.

Alhamdulillah, cuaca sangat baik pada petang tu. Tak panas sangat, ada awan yg lindung, redup sahaja cuaca masa tu. Walaupun bersesak-sesak dengan orang yg ramai, tak rasa panas pun sebab ada angin yg bertiup. Sesungguhnya, Allah permudahkan segala urusan.

Kumpulan Aktivis NGO ni bersurai pada jam 3.00 ptg selepas wakil dari LifeLine4GAza menyerahkan memorandom kepada wakil Kedutaan Amerika. Lepas tu kami dapat arahan dr penganjur untuk bersurai. 

Sebelum tu, dalam jam 2.55 ptg lebih kurang, kumpulan Pakatan Rakyat yang berarak dari masjid Kampung Baru tiba. Keadaan agak tengang kot. Maklum la, dorang ni melaungkan apa yg tak patut, dan berbaur politik. Saya dah cuak masa tu, maklumla dah nampak anggota FRU dah meluru ke arah kumpulan PKR ni. Kemudian, ada wakil dr penganjur bagitau yg perhimpunan yg anjuran aktivis NGO dah selesai. Dah boleh bersurai, tp kalau nak join kumpulan PKR boleh tunggu. Huhuhu....kami pun bersurai la. Malas la nak tunggu sebab kami demontrasi secara aman. Tak mahu terlibat dengan perkara yg tak di ingini.

Apa-apa pun, kita kena tahu dan ingat bahawa isu Palestine adalah isu umat Islam keseluruhannya. Apa yg kita boleh buat adalah berdoa, sampaikan maklumat tentang Palestine dan juga jangan lupa boikot barang-barang Yahudi ni.

Sabda Rasulullah "Tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak menyayangi saudara sesama Islam sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri"

Ayuh  kita tunjukan keprihatinan kita kepada saudara Islam kita di Palestine.
Antara gambar yg di ambil:










Tuesday, June 1, 2010

Random: Muhasabah untuk hari ni.


Assalamualaikum semua,
pagi tadi semuanya serba tak kena, macam kelam-kabut. Pagi-pagi lagi dah nak emo. Maka, dalam kelas Testing tadi agak murung sebentar. Hah...rasanya macam padan muka sendiri kot. Huhuhu....

Alkisahnya, kelas patutnya pukul 8.30pg, tp hari ni terlambat sikit. 8.20 lebih kurang baru siap. Ada masa lagi 7 minit untuk berlari ke kelas dari marhalah ni, tapi gate belakang plak tak buka. Ya Allah...tak tau nak cakap apa. Cuba nak selit pintu pagar tu, tapi tak bleh plak. Maka kena la guna jalan jauh utk ke kelas. Muka jgn ckap la masa tu, tak bleh nak gambarkan. Hehehe...

Masa dok berjalan tu, dapat 1 msg. Okey, dapat 1 task yg sy tak gemar. Macam terpaksa nak terima. Dalam keadaan bengang, tak tau nak fikir macam mana tentang task tu. Nak marah pun ada, nak jerit pun ada, tapi still control. Masih cuba mencari rasional, tapi tak nampak. Benarlah, kalau kita sedang marah, kita memang tak bleh nak fikir baik2. Ya Allah...cuba bersabar. 

Sampai kelas, Dr Ainol dah masuk. Cuba maniskan diri dok dalam kelas. Tapi muka masih tegang dan murung seketika. Tak abis2 murung kan??? Tak pe, sabar2. Nak belajar ni. Tapi hati masih dok panas & rasa bengang. Tak tau la panas sebab apa. Sebab gate tu tak buka ke, rasa nak marah pak guard @ mak guard yg tak buka gate, atau sebab task yang dapat tu. Huhuhu...ok try to fokus and cool. Alhamdulillah....keadaan beransur baik kot sampai habis kelas. 

Kemudian ada kelas UNGS plak. Hati dah tak sedap tambah perut plak sakit. Angin plak melanda. Ya Allah...sabar je la. Hari ni mesti Ustaz bagi keputusan mid-term. Cuak balik. Dah la masa test tak perform dgn baik. Main hentam je. Pasti result teruk punya. Dan ternyata, result mmg teruk. Paling worst kot dalam sepanjang dok kt UIA ni. Markah penuh 20 dan dapat tak sampai pun separuh dari tu. Huhuhu....

Tapi yang bestnya, still leh cool. Macam tak ada apa2 pun. Kawan-kawan di sekeliling dah cuba tenangkan saya. Siap bg kata-kata semangat. Dorang pun terkejut dengan result saya. Yeah...sy tahu kenapa sy dapat result yg teruk tu. Ok...markah tu tak la distract sy sgt. Tp kawan kat sebelah asyik comfort sy je suruh sy try lg, jgn sedih bla...bla..bla....Okey the counselors-to-be are talking.  Thanx guys. Sy hargai. Tapi, serius, sy tak rasa apa-apa pun. 

Sebelum abes class, cuba kira balik kertas tu. Okey, ustaz silap kira markah sy. Ah...Alhamdulillah, dapat la tambah markah sikit, bukan sikit tp byk giler ustaz tambah. Dapat rezeki tambah markah yg byk, sungguh sy tak sangka. Okey la sikit dari yg mula2 dpt tu. Tapi saya wonder gak la, patut ke sy dapat. Ustaz bleh bg macam tu je. Dia kata, tak apa. Ya Allah, sampai sekarang masih tak percaya kot. Alhamdulillah rezeki.

So, sy dah tak murung dah untuk hari ni. Muka dah tak tengang. Dah bleh senyum balik. Hehehe...okey muhasabah untuk saya hari ni adalah, jgn terlepas solat subuh & tak baca Quran. Sebab tu pagi-pagi dah emo, kepala pun dah tak leh pikir dgn betul. Okey, smlm tidur lambat dan bagun pun lambat la. Maka terlewat subuh. Okey, salah sendiri. Hari tak akan bermula dengan baik kalau kita tinggal subuh. Ya Allah...ampunkan daku.

Sekian, terima kasih. Kisah dah tamat.


MORAL OF THE STORY:
- jgn tidur lambat sebab akan bagun lambat, tak pasal2 terlepas subuh
-al-quran jgn tak baca
-jgn rasa dunia ni mcm nak terbalik sebab dpt result xm yg teruk
-Yakin dengan Allah, sebab dia yg bgi rezeki
-jgn meniru dlm xm sbb nak dpt markah byk. bru sy tahu, masa test aritu ada yg buka buku, patut la dpt markah tinggi. ok, abaikan mereka.
-sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada, jgn tamak2

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim: 7)

Selamat Hari Lahir....Jun


Assalamualaikum semua,
dah masuk bulan Jun pun. Macam besa, bila masuk je bulan baru saya akan kongsikan personaliti rahsia kelahiran berdasarkan kajian oleh DR. Fadzilah Kamsah. Terpulang samada nak percaya atau tak. Pilihan di tangan anda. Saya tak kata 100% kajian ni betul tp, ada juga yg sama ciri-ciri tersebut dengan diri kita. Hanya kita yg kenal diri kita. Jadi terpulang. Selamat Hari Lahir kepada yang menyambut ulangtahun kelahiran ya.

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.